Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

May 4, 2009

Insurance? Takaful? Headache...

Lots of unexpected things can happen in life. Some people are well-prepared while others don’t and just hoping that nothing bad happens to them or their family. Honestly speaking, as a student, insurance is my least concern although I think it’s considered something importance right now considering that I’m getting old and we never knows what’s going to happen in the future.

I don’t know in other country but here, it’s become a culture not to bother about this kind of stuffs until we reach certain stage of our life or when we entered into the workforce because everything is already done by the company. Not many willing to learn by themselves. Plus, with current economy crisis right now, we tend to save our money and spend it on other things.

Like many others out there, I have no idea whatsoever about insurance and after watching Michael Moore’s Sicko, it really made me thinking whether I should buy insurance or not. Any of you here have watched the movie? I’m sure you understand what I’m talking about.

In Malaysia, we have options between insurance and takaful. I don’t want to go further into takaful at the moment because there are many things involved. If you opted for conventional health protection, you might want to check out health insurance quotes first to get the best deal. Cheap doesn’t always mean it’s the best for you. You need to consider many things but most importantly, what suits you the best in the future.

As I said earlier, there are many types of insurance out there but the major ones are health insurance, life insurance, home insurance and auto insurance. Some I’ve never heard before such as renters insurance and condo insurance which is famous in United States. With many big insurance company competing with each other, some of the even offered fast auto insurance. Anyone bother to tell me how long it’s going to take to process auto insurance? I’m curious…

Apr 22, 2009

Roslin Hashim Bersumpah Tidak Pernah Bersetubuh Dengan Isteri


Sejak kebelakangan ini semakin kerap kes penceraian dan khalwat di kalangan celebriti tanahair. Dah macam Hollywood pun ada. Apa nak jadi pun tak tahulah.

Terbaru dalam Utusan Online hari ini, muka hadapan terpampang kes cerai yang melibatkan 3 celebriti terkenal Malaysia iaitu Ako Mustafa, Roslin Hashim dan Radhi OAG. Sebenarnya saya agak terkejut melihat gambar Ako Mustafa kerana saya tidak tahu menahu apa yang berlaku sebelum ini. Jika diikutkan rating, Ako adalah antara pelakon tempatan yang saya agak gemari kerana gaya lakonan yang berkualiti.

Kes Roslin memang saya pernah terbaca sebelum ini. 12 hari sahaja rumah tangga beliau bertahan. Penceraian dikatakan akibat tiada keserasian. Saya rasa ianya lebih dari itu, mungkin ianya terlalu peribadi untuk dikongsi bersama oleh Roslin. Tak logik rasanya kalau bercerai hanya kerana sebab sedemikian.

Persoalannya, adakah artis Malaysia ini sudah mula terikut-ikut dengan trend artis di barat yang terkenal dengan gaya hidup bebas dan kurang kepercayaan terhadap institusi kekeluargaan?

Apapun, saya berharap trend ini tidak berlarutan kerana percaya ataupun tidak, artis memainkan peranan penting sebagai role model dalam masyarakat. Dalam keadaan sekarang ini pun saya lihat sudah semakin ramai pasangan yang menganggap kahwin cerai umpama suatu permainan.


Mar 27, 2009

Rapidshare di'Throttle' TMNet?



Ada sesiapa di sini menggunakan Rapidshare? Saya ingin bertanya jika anda perasan kelajuan mendownload menjadi perlahan tiba-tiba. Pelik pun ada tetapi sejak kebelakangan ini ia semakin menjadi-jadi.

Simpang malaikat empat puluh empat, janganlah TMNut Screamyx throttle Rapidshare sekali. Kami semua bukan pendownload free, akaun Rapidshare perlu dibayar setiap bulan wahai admin Telekom sekalian. Jika ianya dithrottle, saya berpendapat ianya telah menyalahi hak kita sebagai pengguna.

Beberapa bulan lepas, kelajuan Rapidshare boleh mencecah 150kbps bagi satu fail yang didownload pada satu-satu masa tetapi kini ada fail yang hanya mencecah 10kbps sahaja. Rasa bengang pun ada sebab kalau dahulu satu movie bersaiz 700MB hanya mengambil masa dalam 45 minit sekarang 2 - 3 jam pun belum tentu dapat siap. Sakit hati betul!

Mar 26, 2009

Perang Bloggers: Menj vs ShadowFox



Nampaknya perang blogger antara Menj dan ShadowFox sudah sampai ke kemuncaknya dengan Menj membuat laporan polis mendakwa ShadowFox memfitnah beliau di samping terdapat unsur-unsur menghina Allah s.w.t, Rasulullah, dan umat Islam di blognya.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana saya sendiri tidak tahu hujung pangkal cerita tetapi yang saya hairan mengapa terdapat blogger yang sibuk mencelah. Pada saya, ini adalah perbalahan secara personal antara kedua-dua blogger, tidak perlulah memarakkan lagi api kemarahan.

Apapun, saya berharap kedua-dua blogger dapat berbaik semula dan tidak menggunakan blog untuk tujuan memarakkan api kemarahan antara kaum mahupun yang melibatkan agama. Saya percaya dalam mana-mana agama (kecuali Yahudi) sekalipun, kita tidak digalakkan untuk bermusuhan antara satu sama lain.

Earth Hour 2009: Kasihanilah Bumi Kita!

Ada sesiapa perasan beberapa hari ini cuaca agak panas? Bukan sekadar panas, tetapi terik yang melampau. Parking kereta sekejap sahaja tetapi haba di dalamnya sudah terasa bahang. Biasanya saya jarang merungut apabila cuaca panas sebab saya lebih prefer cuaca sebegini berbanding musim hujan.

Agaknya inilah yang digelar sebagai climate change dan sudah tibalah masanya kita menjalankan tanggungjawab sebagai warga bumi yang prihatin dengan menyahut seruan Earth Hour 2009. Pada hari Sabtu bersamaan 28 March 2009, seluruh penduduk dunia diminta untuk menutup lampu selama 1 jam bermula pada pukul 8:30 malam bagi menunjukkan kesungguhan usaha kita membasmi global warming yang semakin kritikal.

Berikut adalah cadangan aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan dalam tempoh 1 jam tersebut: -

  1. Attend a local Earth Hour event or organize your own by throwing an Earth Hour street party with your neighbors
  2. Gather family & friends for a night picnic in your local park and look at the stars
  3. Enjoy a family dinner by candlelight
  4. Organize a treasure hunt in the dark
  5. Take the dog for a night walk
  6. Have a candle-lit bath
  7. Sit in the dark and share stories
  8. Organize a family night playing board games
  9. Share a romantic night in with your loved one
  10. Upload your ‘on the night’ photos and videos to flickr and YouTube respectively, and then add them to the Earth Hour flickr group and the global YouTube Group.
Berikut pula adalah video rasmi bagi Earth Hour 2009: -



Bersediakah anda untuk menyahut cabaran ini?

Mar 20, 2009

JANGAN Kahwin Lelaki Pakistan!

Saya tidak tahu kenapa tetapi kebelakangan ini semakin kerap kedengaran berita mengenai perkahwinan campur yang membawa kepada kisah duka terutamanya kepada kaum hawa di kalangan warga tempatan. Perkahwinan campur maksud saya adalah dengan lelaki asing terutamanya dari Pakistan.

Terbaru jika anda terbaca artikel di muka hadapan Metro Online mengenai kisah seorang isteri yang malang di mana hartanya dikikis oleh suami berbangsa Pakistan. Mereka ini sememangnya diketahui umum memiliki wajah yang kacak ala-ala pelakon Bollywood dan paling penting memang manis apabila menyusun kata-kata. Bak kata orang, bukan main hebatlah "pickup line" mereka.

Namun begitu, segalanya akan berubah sebaik sahaja mereka mengahwini wanita tempatan. Ada antara mereka menggunakan kesempatan tersebut bagi mendapatkan hak warganegara Malaysia dan seperti dalam kisah di atas, mereka mahu mengaut keuntungan dengan sekelip mata.

Satu lagi perkara yang agak common yang sentiasa saya lihat pada lelaki Pakistan adalah, mereka ini sangat malas bekerja dan suka bergantung kepada hasil titik peluh isteri mereka. Anda mungkin merasakan bahawa komen saya agak racist tetapi ianya kenyataan. Bagi anda yang tidak tahu, ada beberapa negara di dunia ini yang memiliki prinsip di mana si isteri akan keluar bekerja manakala si suami "goyang kaki" di rumah.

Malah berhampiran dengan rumah saya terdapat seorang peniaga nasi lemak yang suaminya berbangsa Pakistan. Si isteri setiap hari bangun awal membuka gerai bagi menyara keluarga tetapi si suami dengan muka bengis sentiasa memarahi si isteri. Dari apa yang saya lihat, si suami tidak bekerja. Lebih menyedihkan, adik saya pernah terlihat lelaki Pakistan tersebut menunjukkan "middle finger" kepada si isteri selepas bertengkar. Si isteri hanya tersenyum memandang adik saya tetapi di dalam hatinya mungkin terasa malu yang teramat.


Berhati-hati kaum hawa sekalian, fikir dua kali sebelum mahu bercinta dengan mereka kerana silap langkah mungkin boleh membawa musibah. Walaupun saya percaya bahawa jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan tetapi pada saya, lebih baik tidak berkahwin daripada menjadi mangsa kezaliman suami.

Mar 16, 2009

Artis Disanjung, Cendekiawan Dicemuh!

Satu lagi artikel yang saya sudah simpan agak lama tetapi agak risau dengan respond dari pembaca sehinggalah baru-baru ini saya terbaca post di blog mohdismail. Jika anda perasan, rancangan televisyen kini di monopoli oleh banyak rancangan berbentuk realiti TV di mana ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari para penonton terutamanya dari golongan remaja. Fine by me!

Saya ingin membuat pengakuan jujur kepada para pembaca. Saya benci melihat artis yang dihasilkan daripada rancangan sebegini yang tidak mencapai standard "artis yang sebenar". Saya setuju kebanyakkan mereka memiliki rupa artis tetapi malangnya kurang dari segi bakat. Jika anda tidak percaya, tontonilah konsert JomHeboh di TV3 pada hari Ahad. Terlompat-lompat tetapi suara sumbang.

Stesyen TV pula semakin rakus mengeluarkan rancangan sebegini tanpa memikirkan samada kualiti dan impaknya kepada masyarakat. Namun begitu saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana stesyen TV sememangnya terkenal dengan sikap kapitalis dan dengan adanya sistem undi SMS, mereka dapat memaksimakan keuntungan stesyen mereka di samping dapat mengurangkan pembayaran cukai kepada negara.

Oh ya, bagi anda yang tidak tahu atau tertanya-tanya "apa yang stesyen TV dapat dengan mengadakan rancangan berbentuk game show yang menawarkan ganjaran lumayan kepada para peserta?", jawapannya adalah ia merupakan salah satu cara untuk syarikat TV mengelakkan diri dari membayar cukai yang tinggi.

Berbalik kepada isu hiburan, artis di negara kita muncul bagaikan cendawan selepas hujan. Malah ada ibu bapa yang mula mendedahkan anak-anak mereka seawal usia 2 - 3 tahun dengan hiburan tanpa henti dengan harapan anak-anak mereka bakal menjadi artis terkenal apabila usia dewasa nanti.

Masalahnya bukan apa, negara kita semakin lama semakin kurang cendekiawan dan semakin ramai yang gilakan populariti dengan menggunakan jalan mudah. Golongan pemikir tidak diberikan peluang untuk menampilkan keunikan ciptaan mereka di mata dunia. Ambil contoh rancangan American Inventor di U.S di mana ia memberi dorongan kepada rakyat negara tersebut untuk mencipta dan memikirkan idea yang unik yang mungkin dapat membantu manusia memudahkan kehidupan seharian mereka.

Rancangan berbentuk diskusi atau pertandingan forum peringkat universiti tidak mendapat liputan yang sewajarnya daripada stesyen TV walaupun mereka inilah yang bakal menjadi pelapis pemimpin negara ini. Hanya stesyen RTM sahaja yang memaparkan rancangan sebegini tetapi berapa keratlah golongan remaja yang menonton stesyen RTM berbanding TV3 dan Astro.

Saya bersetuju dengan cadangan mohdismail di mana pensyarah universiti terutamanya dari fakulti engineering dan IT diberikan peluang melakukan presentation mengenai kertas kerja mereka. Begitu juga dengan ahli agama yang bertahun lamanya membuat kajian mengenai Islam, Al-Quran dan Sunnah.

Entahlah, jika begini gayanya, amat sukar sekali bagi Malaysia untuk mencapai wawasan 2020 kerana golongan pemikir tidak mendapat tempat yang sewajarnya di mata masyarakat. Penyanyi dan artis disanjung dan diberikan pelbagai gelaran dan pangkat tetapi para ilmuan dibiarkan tanpa terabai.

Mar 13, 2009

PPSMI: Hapus Atau Tidak? Saya Ada Penyelesaiannya!

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini, permintaan dari xsanz. Cewah, terasa seperti DJ radio pun ada. Saya sebenarnya sudah lama ingin menulis artikel ini cuma masa tidak mengizinkan. Dalam masa yang sama, saya agak bimbang jika apa yang ingin saya perkatakan di sini mungkin tidak sehaluan dengan pendapat ramai dalam isu ini. Jika anda mengikuti blog ini, anda mungkin sedar yang kebanyakkan artikel saya mungkin menimbulkan kontroversi kerana saya agak liberal dalam menyuarakan pendapat.

Berbalik semula kepada isu PPSMI, saya bersetuju bahawa ianya patut dihapuskan tetapi pada masa yang sama saya berpendapat bahawa sudah sampai masanya di mana Malaysia mengubah polisi bahasa rasmi dari bahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris. Ini bermakna segala pembelajaran di peringkat rendah perlu ditukarkan kepada bahasa Inggeris kecuali subjek Bahasa Malaysia dan Agama/Moral. Dengan cara ini, tidak akan timbul lagi masalah di mana pelajar menjadi keliru kerana mereka sudah membiasakan diri dengan bahasa Inggeris.

Saya terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa, sekiranya seseorang gagal menguasai sesuatu bahasa selepas mereka berusia 8 tahun, maka bahasa tersebut akan kekal sebagai bahasa kedua mereka dan mereka mengalami kesukaran untuk menguasainya kelak.

Anda mungkin tidak bersetuju dengan pendapat saya tetapi cuba lihat di sekeliling anda, hampir kebanyakkan perkara dalam kehidupan seharian anda memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris. Dari rancangan TV, radio, muzik, buku, majalah, surat khabar, dan banyak lagi.

Selain itu, ada sebab lain mengapa saya bertegas dengan pendirian saya: -

1) Peranan kerajaan yang tidak membantu untuk benar-benar memperkasakan bahasa Malaysia. Saya terbaca di sebuah blog mengatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa ke-4 paling banyak digunakan selepas Mandarin, English dan Spanish, kerana populasi Indonesia + Malaysia. Namun begitu, jika kita bandingkan bahasa Jepun dengan bahasa Malaysia, martabat bahasa kita jauh lebih rendah.

2) Universiti, syarikat berstatus MSC dan antarabangsa menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantara. Ini bermakna apabila anda tamat sahaja persekolahan peringkat menengah, anda boleh katakan bye-bye kepada bahasa Malaysia.

3) Pengaruh media massa dari barat dan kemasukan banyak rancangan berbahasa Inggeris. Saya tidak pasti samada anda sedar tetapi terdapat banyak rancangan di Astro yang tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Malaysia, maka anda perlu tahu bahasa Inggeris bagi menonton rancangan kegemaran anda. Bagi peminat bola sepak, anda pasti faham maksud saya.

4) Kebanyakkan bahan rujukan seperti buku dan Internet adalah dalam bahasa Inggeris. Kesukaran mencari sumber dalam bahasa Malaysia menjadikan bahasa Inggeris sesuatu yang wajib dalam kehidupan seharian.

5) Semakin banyak perkataan Melayu yang diterjemah terus dari bahasa Inggeris. Ini secara tidak langsung merendahkan martabat dan hilangnya kredibiliti bahasa Malaysia di mata dunia walhal bahasa Melayu adalah merupakan
lingua franca satu ketika dahulu.

Saya tidak mengatakan bahawa Bahasa Malaysia perlu dihapuskan sama sekali. Seperti juga adat resam, tidak bermakna apabila kita memasuki abad ke-21, semuanya perlu kita abaikan. Setiap bangsa di dunia ini bangga dengan budaya dan turun temurun mereka. Cuba kita lihat Singapura, mereka juga mempunyai etnik berbilang bangsa, tetapi majoritinya adalah bangsa Cina. Namun begitu, mereka tidak menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi sebaliknya bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka memilih bahasa yang lebih neutral dan tidak menyebelahi mana-mana bangsa.

Saya lihat bangsa Melayu di Singapura masih ramai yang boleh berbahasa Malaysia, bangsa Cina boleh berbahasa Mandarin / Cantonese dan bangsa India masih boleh bertutur dalam bahasa Tamil. Adakah negara mereka lebih mundur dari negara kita? Kita semua tahu jawapannya.

Seperti yang saya sebutkan di awal tadi, pendapat saya mungkin tidak sehaluan dengan anda semua tetapi saya melihat dari sudut di mana kurangnya peranan kerajaan untuk benar-benar menjadikan untuk memperkasakan bahasa Inggeris. Sebagai seorang pelajar di universiti swasta, saya melihat bagaimana rakan-rakan berbangsa Melayu mengalami masalah bertutur dalam bahasa Inggeris sedangkan rakan-rakan berbangsa Cina dan India dengan mudah menyesuaikan diri mereka.

Saya bukan semata-mata mahu mengkritik tetapi semuanya ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Segala pembelajaran saya sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah, dan kemudiannya kolej adalah dalam bahasa Malaysia tetapi apabila melangkah ke alam universiti, saya mengalami kesukaran dalam persekitaran pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Tambahan pula, saya kurang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Apa yang merisaukan, rata-rata temuduga kerja adalah dalam bahasa Inggeris. Jika saya tidak bersiap sedia maka saya tidak mampu untuk bersaing dengan graduan-graduan lain yang berbangsa Cina dan India.

Ketika ini anda mungkin agak bengang dengan saya tetapi jika anda baca penjelasan saya di atas, sebenarnya bangsa Melayu sendiri yang menerima kesan yang paling teruk. Bangsa Cina & India mampu bertutur sekurang-kurangnya 3 bahasa manakala kita pula, bahasa Malaysia sendiri pun kebanyakkannya adalah bahasa rojak. Bilakah kali terakhir anda menggunakan bahasa baku dalam pertuturan seharian anda. Malah, ramai anak Melayu yang gagal memperolehi A dalam subjek Bahasa Malaysia di peringkat UPSR, PMR dan SPM manakala bangsa lain cemerlang dalam subjek tersebut.

Apa pendapat anda?

Mar 10, 2009

Bencinya Tengok Orang Cantik!


Kenapa agaknya lelaki kacak dan wanita cantik, kurang disenangi oleh mereka yang kurang bernasib baik?

Here's my theory.

Sebenarnya kebanyakkan kita bukannya benci dengan anugerah yang dikurniakan Tuhan kepada mereka. Walaupun ada yang mungkin tidak bersetuju dengan pendapat ini tetapi saya percaya ramai antara anda yang suka berkawan dengan orang yang cantik atau kacak. Malah, jangan terkejut jika saya katakan ada antara individu yang hanya berkawan dengan mereka yang mempunyai paras rupa yang cantik.

Namun begitu, apa yang menimbulkan iri hati di kalangan kita adalah bagaimana alam semesta berfungsi. Maksud saya mereka ini beruntung dalam pelbagai aspek. Peluang bagi mereka ini lebih luas berbanding orang biasa seperti kita dalam kehidupan seharian mereka. Sedangkan orang biasa seperti kita perlu melakukan sesuatu yang extraordinary.

Contohnya, ada sesetengah bidang dikhaskan semata-mata untuk golongan ini contohnya bidang modelling, lakonan dan sebagainya. Walaupun ada juga yang tidak berapa cantik masih mampu menembusi pasaran tersebut, majoritinya adalah sebaliknya.

Hidup ini tidak adil.

Saya teringat lagi seseorang berkata kepada saya, "dah la cantik, kaya pula tu, senangnya hidup dia". Contoh yang paling mudah adalah Ivanka Trump, anak billionaire Donald Trump. Atau bagi lelaki pula, "ala senanglah dia dapat awek cun, kita tak macam dia".

Saya percaya ada pengalaman di mana sewaktu di sekolah, cikgu anda hanya menumpukan perhatian kepada sesetengah pelajar yang cantik. Atau, anda gagal ujibakat/temuduga kerana kurang cantik berbanding rakan anda walaupun anda lebih berbakat. Atau, jawatan dalam persatuan atau kerja diberikan kepada mereka walaupun anda merasakan diri anda lebih layak.

Saya bukan anti terhadap golongan ini jauh sekali mempertikaikan kurniaan Tuhan kepada mereka cuma ini adalah apa yang saya lihat sepanjang pengamatan saya. Cuma saya berpendapat bahawa setiap manusia perlu diberikan peluang sama rata dan bukan hanya menilai kepada luaran. Masalahnya bukan apa, orang biasa seperti kini ini jugalah yang sebenarnya menjadikan golongan cantik/kacak ini 'istimewa'. Jika kita semua menganggap antara satu sama lain adalah setaraf, maka perkara sebegini tidak akan berlaku.

Tidak hairanlah mengapa produk kecantikan sangat laris dijual. Macam-macam produk aneh yang saya lihat di kaca TV; yang gemuk ingin jadi kurus, yang gelap mahu menjadi cerah. Dan bagi mereka yang semakin lanjut usia dan memiliki kemampuan akan mencuba botox dan pembedahan plastik bagi mengembalikan rupa asal mereka. Ada yang lebih ekstrem terutamanya bagi golongan wanita, sanggup melakukan implant untuk membesarkan sesetengah bahagian badan atau menggunakan khidmat bomoh untuk memasukkan susuk ke dalam tubuh mereka.

Dunia kini semakin menjurus kepada generasi yang superficial terutamanya dengan pengaruh media massa di sekeliling kita. Kita kini terbahagi kepada 2 jenis;
  1. Tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.
  2. Pedulikan apa yang orang lain cakap.
Apapun yang ingin anda lakukan terhadap diri anda, fikirlah terlebih dahulu baik dan buruknya kerana setiap perlakuan kita pasti ada pembalasannya.

Feb 13, 2009

Berhati-Hati Memilih Filem Hollywood!





Saya rasa mungkin ramai antara anda yang telah mengetahuinya tetapi saya tetap ingin berkongsi dengan mereka yang masih belum pernah membacanya. Di atas adalah komen dari artis terkenal Hollywood mengenai isu Israel dan Palestine.

Jadi, selepas ini jika anda ingin menonton mana-mana filem yang dibintangi oleh artis-artis berikut, fikir dahulu sebelum membeli tiket wayang. Wang tiket anda mungkin digunakan oleh artis-artis tertentu bagi disalurkan kepada Israel.

Jan 18, 2009

Isreal Bersetuju Mengadakan Genjatan Senjata


(sumber: http://www.ap.org/)


Israel akhirnya bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selepas serangan berterusan selama 3 minggu ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih dari 1000 nyawa dan ribuan yang lain cedera. Diibaratkan seperti 'neraka dunia' hampir keseluruhan bandar tersebut lumpuh apabila dibedil tentera rejim yang kononnya menjadikan kumpulan Hamas sebagai sasaran utama. Walaubagaimanapun, tentera Israel masih belum mahu mengundurkan askarnya dari bandar tersebut walaupun telah didesak oleh kebanyakkan pihak yang kesal dengan serangan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.

Namun begitu pada pendapat saya, apa yang lebih dikesali adalah kegagalan negara-negara Islam mencapai kesepakatan dalam menangani krisis ini. Arab Saudi dan Qatar bertelagah antara satu sama lain mengenai lokasi pertemuan sidang tergempar negara-negara Islam sementara Mesir enggan membuka sempadannya bagi membenarkan pelarian Palestine memasuki negara tersebut bagi menyelamatkan diri dari kerakusan tentera rejim.

Saya merasakan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi menyatukan negara-negara Islam dengan rekod kita pernah menjadi pengurusi negara-negara OIC tidak lama dahulu. Arab Saudi sememangnya bukan sebuah negara yang boleh diharap kerana mereka mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat dan sentiasa tunduk kepada kemahuan negara kuasa besar tersebut.


(sumber: http://www.dscdredge.com/)

Paling mendukacitakan saya adalah di saat di mana ramai umat Islam di Gaza berada dalam kesengsaraan, pemilik Abu Dhabi Group iaitu Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sibuk dengan transaksi pembelian bintang AC Milan, Kaka. Spekulasi mengatakan transaksi tersebut bernilai lebih dari 100 juta Euro. Suatu pembaziran di mana jumlah tersebut mampu menyelamatkan ramai mangsa perang di Gaza. Tidak hairanlah mengapa umat Islam dipijak-pijak oleh umat lain kerana sifat sesetengah penganut Islam sendiri yang pentingkan diri sendiri dan tidak mahu membantu mereka yang dalam kesusahan.

Walaupun pihak Israel bersetuju meletakkan senjata, ini tidak bermakna perang ini akan berakhir. Ada kemungkinan Gaza akan terus dibedil kerana Israel sememangnya terkenal sebagai bangsa yang tidak berpegang kepada janji.

Jan 8, 2009

Malaysia: Negara ke-17 Paling Gembira Di Dunia?



Adakah anda gembira?

Jika Ya jawapan anda mungkin benar kajian yang dilakukan oleh Adrian G. White, seorang social psychologist dari Universiti of Leicester, UK. Sebenarnya, perasaan gembira adalah sesuatu yang subjektif kerana definasi gembira adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang gembira kerana memiliki keluarga yang bahagia, ada yang gembira kerana memiliki karier yang baik, ada yang gembira kerana memiliki harta yang banyak dan sebagainya.

Bagi memastikan data yang diambil adalah tidak menyebelahi mana-mana pihak, pelbagai kriteria diambil kira seperti jangka hayat penduduk di sesebuah negara, dan sebagainya.

Berikut adalah peta bagi mewakili negara-negara yang ada di muka bumi ini. Warna gelap menandakan negara tersebut gembira manakala yang cerah adalah kurang gembira: -



Dec 4, 2008

Nov 29, 2008

Toilet oh Toilet!



Berapa ramaikah di antara anda yang mempunyai "pengalaman ngeri" / fobia apabila memasuki tandas?

Post ini ditujukan khas kepada mereka yang tiada kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan tandas awam. Saya tidak faham mengapa masih ada yang mengambil sikap sambil lewa sedangkan sudah banyak kali diingatkan oleh pihak berkuasa mengenai isu ini.

Saya secara peribadi mempunyai dilemma setiap kali menggunakan tandas awam terutamanya ketika membuka pintu tandas. Saya tidak pasti jika anda berhadapan dengan masalah yang sama tetapi setiap kali ke tandas, saya berdoa/berharap agar tandas tersebut "bersih" untuk digunakan.

Bersih bukan bermaksud lantainya perlulah berkilat, baunya mesti semerbak haruman lavender dan sebagainya tetapi cukuplah setakat mangkuk tandasnya diflush oleh setiap orang yang menggunakannya.



Bayangkan anda membuka pintu tandas tersebut, pengguna sebelumnya lupa atau sengaja tidak mahu menekan butang flush dan meninggalkan "saki-baki" mereka. Saya sudah banyak kali melihat fenomena yang menjijikkan ini dan ianya telah berlarutan sejak sekian lama.

Ini mesej saya kepada anda, "sekiranya anda sendiri berasa jijik dengan **** anda, apatah lagi orang lain yang melihatnya". Apa perasaan anda jika pengguna yang lain melakukan perkara yang sama terhadap anda.



Kadangkala saya tertanya, bagaimanakah agaknya keadaan tandas di kediaman mereka? Adakah mereka tidak flush mangkuk tandas mereka selepas menggunakannya? Atau mungkin mereka masih lagi mengorek lubang di belakang rumah mereka dan kemudiannya mengkambuskan sisa buangan mereka dengan pasir?

Sikap sebegini tidak ubah seperti mementingkan diri sendiri kerana ianya boleh menyebabkan wabak penyakit tersebar. Malah ia memberi mesej jelas bahawa rakyat kita masih berada dalam kelompok mentaliti dunia ketiga walaupun kita terkenal sebagai sebuah negara membangun dan ingin mencapai status sebagai negara maju pada 2020.

Nov 27, 2008

Senarai 25 Bandar Paling Bersih Di Dunia: Di Manakah Kita?



Jawapannya ialah TIADA DALAM SENARAI! Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Mercer Human Resources Consulting ke atas 300 buah bandar terkemuka di seluruh dunia, mereka telah berjaya mengenalpasti 25 bandar paling bersih di dunia berdasarkan beberapa kriteria pemilihan.

Apa yang mengejutkan pada pendapat saya adalah negara jiran kita, Singapura yang terkenal sebagai sebuah bandar terbersih di rantau ini tidak tersenarai langsung dalam pemilihan kali ini.

Berikut adalah senarai 25 Bandar Paling Bersih di Dunia: -



Mengikut kepada budaya hidup masyarakat bandar terutamanya di Kuala Lumpur, saya tidak merasakan bahawa kita mampu untuk tersenarai dalam ranking tersebut untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 10 tahun dari sekarang. Peranan kerajaan dan badan bertanggungjawab sahaja tidak cukup jika rakyat sendiri tidak mahu menghargai keindahan yang dikurniakan kepada kita.


Perkhidmatan Broadband No. 1 di Malaysia: Going Nut + Screaming!


(sumber: http://hanief.blogspot.com)

Di kala menulis post ini, kemarahan agak membara di hati saya. Apa tidaknya, 4 jam saya menunggu Internet untuk pulih kepada sediakala, "terima kasih" kepada TMNet Streamyx yang memberikan perkhidmatan yang "bermutu tinggi". Banyak tugasan yang terpaksa ditangguhkan kerana rangkaian internet terganggu. 

Malah, saya cuba menghubungi pihak Streamyx bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah ini. Malangnya, tiada seorang pun operator yang bertugas bagi menerima panggilan. Mesej yang saya terima adalah, terdapat gangguan yang berlaku di kawasan utara dan juga beberapa kawasan lain.

Persoalannya, bolehkah kita meminta ganti-rugi akibat gangguan sebegini kerana kita tetap perlu membayar dengan harga tetap bergantung kepada pakej masing-masing sedangkan perkhidmatan yang diberikan kurang berkualiti?

Perkara ini bukanlah fenomena yang ganjil bagi perkhidmatan Streamyx. Sebelum ini saya pernah mengalami masalah yang sama di mana ia mengambil masa beberapa hari sebelum masalah tersebut dapat diselesaikan. Sudahlah kualiti internet pun bukan di tahap terbaik, kualiti penyelenggaraan juga amat teruk. Masa beberapa hari untuk menyelesaikan satu masalah bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Nov 26, 2008

Kami Memang Ah Long, Kami Cuma Mau "Tolong"!

Walaupun kita seringkali mendengar keganasan dan kerakusan ceti haram yang lebih dikenali sebagai Ah Long, saya percaya tidak ramai antara kita yang pernah bertemu atau bersua muka dengan mereka. Saya juga tergolong dalam kategori tersebut sehinggalah beberapa hari yang lalu.


(sumber: http://skullbase.blogspot.com)

Pada malam tersebut, saya dan rakan-rakan lepak di sebuah restauran mamak di kawasan berdekatan Hartamas. Kebetulan kami duduk berdekatan dengan meja di mana Ah Long dan peminjamnya berjumpa. Mereka bergiat aktif dalam kumpulan seramai kira-kira 5 orang manakala si peminjam pula ditemani oleh pasangannya.



Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka duduk lepak seperti orang lain tetapi secara tiba-tiba situasi menjadi tegang apabila salah seorang ahli kumpulan terbabit naik berang (sebab-sebab tidak diketahui). Pasangan wanita si peminjam cuba menenangkan keadaan dengan menarik tangan Ah Long tersebut supaya duduk dan bertenang.

Apa yang menyedihkan adalah, kesemua ahli kumpulan Ah Long tersebut adalah orang Melayu. Cara percakapan mereka sememangnya kasar dan kurang ajar sekali umpama mereka ini tidak mempunyai agama langsung. Nasib baik si peminjam agak bijak memilih kawasan tempat awam untuk bertemu kerana jika tidak, saya pasti bahawa sesuatu yang buruk pasti berlaku. 


(sumber: http://wikimedia.org)

Sukar untuk meletakkan kesalahan di bahu sesiapa kerana si peminjam meminjam wang kerana kesempitan hidup dan memerlukan wang secepat mungkin, pihak bank pula menetapkan syarat-syarat yang ketat serta mengambil masa yang lama untuk memproses permohonan sehinggakan ramai yang berfikir dua kali sebelum meminjam, Ah Long pula bijak mengambil peluang kerana masih ramai yang berani meminjam walaupun tahu risikonya disebabkan tiada jalan lain.

Sampai bilakah kegiatan ceti haram akan terus berleluasa? Dan berapa ramai lagikah yang bakal menjadi mangsa?

Nov 24, 2008

Air Dicincang Tidak Akan Putus: Sejauh Manakah Kebenaran Pepatah Ini?

Tidak dinafikan masalah sosial dan juga kadar jenayah semakin meningkat hari demi hari. Namun begitu, cerita yang bakal anda baca ini (jika rajin) mungkin agak mengejutkan kerana ia berlaku di negara kita yang tercinta ini dan terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan majoritinya adalah penganut beragama Islam.

Negara-negara di sebelah Asia cukup terkenal dengan tradisi memukul anak-anak mereka bagi tujuan "mengajar/mengasuh" tetapi ada ibu bapa yang sanggup menjadikannya alasan bagi mendera anak-anak mereka sehingga menyebabkan mental dan fizikal anak mereka terganggu. Alasan yang biasa kita dengar adalah: -

"Kalau dari kecil tidak diajar, besar nanti jadi hantulah jawabnya"

Masalahnya, kebanyakkan jiran-jiran tidak mahu masuk campur ataupun sekurang-kurangnya melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa kerana mereka "bersetuju" dengan cara yang digunakan bagi tujuan "mendidik" anak-anak.













Jika perkara ini berlaku kepada menantu, mungkin ianya tidak mengejutkan kerana memang sudah menjadi lumrah kebanyakkan ibu mertua tidak menyukai/merestu menantu mereka yang dikahwini atas dasar cinta tetapi masalahnya dalam kisah di atas, ibu yang mengandungkan anak tersebut dan mempunyai talian darah secara langsung sanggup melakukan perkara sebegini.

Cuma satu sahaja persoalan yang bermain di fikiran saya kini iaitu,

Bolehkah anak tersebut "menderhaka" kepada ibunya jika keadaan memaksanya berbuat demikian dan apakah akibatnya kerana dalam Islam "syurga berada di bawah tapak kaki ibu"?

Nov 12, 2008

Bunuh, Bunuh & Bunuh






Kes jenayah nampaknya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dengan hampir setiap hari kita mendengar kes rompakan, samun dan bunuh. 

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, kes bunuh yang dilaporkan pada tahun 2007 sahaja mencecah 588 kes manakala bagi tahun 2008 sehingga bulan Jun sahaja sudah mencecah 319 kes. Ini bermakna setiap hari hampir 2 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pembunuhan dan ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan (mungkin termasuk dalam kes Orang Hilang).

Penjenayah nampaknya semakin berani melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat mereka walaupun terpaksa mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa. 

Tidak lama dahulu, saya ada mendengar ura-ura bahawa kerajaan ingin mengkaji langkah bagi mengimplementasikan sistem CCTV di kawasan terbuka. Walaupun saya tidak pasti apakah implikasinya dalam masyarakat dari segi privacy, tetapi mungkin ianya langkah yang baik bagi mengekang kes-kes jenayah sebegini.

Selain kes bunuh, kes samun berkawan dengan senjata api dan tanpa senjata api juga turut meningkat. Pada 2007, kes samun berkawan dengan senjata api mencatatkan sebanyak 77 kes di mana ianya meningkat secara mendadak pada tahun ini sebanyak 102 dalam tempoh 6 bulan pertama. Kes samun berkawan tanpa senjata api juga turut menunjukkan trend yang hampir sama dengan 7067 kes dilaporkan sepanjang pada 2007 di mana pada 2008, setakat bulan Jun sahaja sudah mencatatkan 10,707 kes.

Kes samun melibatkan individu pula mengalami penurunan. Ini bermakna penjenayah lebih gemar melakukan kerja kotor ini dalam kumpulan dan kebanyakkannya berlaku pada waktu malam ataupun awal pagi. Jadi, nasihat saya adalah kurangkan melakukan aktiviti pada sebelah malam jika anda bimbangkan keselamatan anda.

Oct 31, 2008

Cuaca dan Serangga. Macam-Macam Ada!

Mula-mula sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung semua terutamanya kepada jard the great, corcraze, ainsya, cutemiut78, alliyah , faizura dan agent sesat kerana mendoakan saya cepat sembuh. Dan kini saya hampir sembuh (90%) ^^.

Cuaca di negara kita semakin tidak menentu. Awal bulan October yang lalu, hujan turun mencurah-curah tidak tentu masa, pagi petang dan juga malam. Malah ada kawasan yang ditimpa bencana alam seperti banjir kilat dan juga tanah runtuh. Kini, tidak sampai satu bulan dari tempoh tersebut, suhu meningkat mendadak sehinggakan di waktu malam juga terasa kehangatan. Bagi yang memiliki air-cond di rumah pastinya tidak merasakan perubahan yang ketara tetapi bagi kurang berkemampuan, terasa bahananya.

Membuka tingkap bagi membolehkan angin sejuk dari luar masuk ke dalam rumah mungkin adalah cara yang baik. Namun begitu, kita diancam oleh bahaya nyamuk Aedes yang boleh membawa maut. Malah kebanyakkan daripada rakan-rakan saya yang mengakui bahawa mereka pernah dijangkiti demam denggi.


(sumber:http://www.comune.torino.it)

Selain dari ancaman nyamuk, saya mendapati kawasan bandar terutamanya di gerai tepi jalan dan kawasan perumahan diancam oleh satu lagi fenomena iaitu: TIKUS. Beberapa minggu lepas saya sempat singgah di kawasan flat kos rendah di mana kebersihan di kawasan persekitaran tersebut tidak terjaga dan menjadi pusat "penternakan" tikus. Sambil menunggu di dalam kereta, saya sempat mengira jumlah tikus yang lalu lalang di kawasan tersebut. Percaya atau tidak, ianya melebih 10 ekor dan saiznya cukup menakutkan, lebih besar dari betis saya!

(source: http://bbc.co.uk)

Jadi jangan terkejut jika gerai mamak kesayangan anda adalah sarang tempat tinggal tikus.

Lipas dan semut juga turut termasuk dalam kategori serangga perosak. Kawasan rumah setinggan dan juga flat kos rendah seringkali menjadi kawasan pembiakan serangga seperti ini. Ini disebabkan oleh tempat pembuangan sampah yang terbuka serta tidak dijaga rapi oleh pihak pengurusan bangunan. Ia juga menyebabkan kawasan tersebut berbau busuk dan menarik serangga lain seperti lalat, langau, dan sebagainya.

Saya tidak pasti siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini.

Adakah ini berpunca dari sikap rakyat kita sendiri yang terlalu mengabaikan kebersihan tempat tinggal mereka?
Adakah majlis perbandaran mengambil sikap sambil lewa atau tidak mengambil langkah yang secukupnya bagi menangani masalah ini?

Saya tidak mengatakan bahawa saya seorang yang sangat prihatin terhadap persekitaran tetapi sebagai individu saya cuba sedaya-upaya melakukan yang terbaik seperti tidak membuang sampah merata-rata (jika saya makan gula-gula, plastiknya saya simpan di dalam poket sehinggalah berjumpa dengan bakul sampah) dan juga mengamalkan tabiat kitar semula (dapat duit... ^^).


(sumber: http://scribalterror.blogs.com)

Saya percaya jika kita SEMUA tidak membuang sampah merata-rata, maka kebersihan kawasan persekitaran kita dapat dipelihara. Kempen gotong-royong perlu dihidupkan semula bagi memberi kesedaran kepada orang ramai selain dapat merapatkan hubungan masyarakat setempat. Jika tidak, mungkin tidak lama lagi, muncul lagi penyakit-penyakit baru yang boleh membahayakan kita semua berpunca dari persekitaran yang kotor.


(sumber:http://www.bbc.co.uk)