Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Mar 4, 2009
Hebat Sangatkah Belajar di Universiti?
Pernahkah anda terasa bahawa apa yang anda pelajari selama ini seolah-olah tidak praktikal dan membazirkan masa?
Setiap manusia memiliki cita-cita dan kerjaya impian. Bagi mencapai cita-cita tersebut kita belajar bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading. Menara gading tu maksudnya sampai ke universiti, kolej dan sebagainya.
Saya sentiasa mempunyai dilemma mengenai pendekatan yang diamalkan dalam sistem pendidikan sedia ada. Masalahnya bukan apa, sebab utama saya melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti bukan sekadar ingin mendapatkan segulung sijil tetapi belajar selok-belok dan kemahiran yang melibatkan bidang yang saya minati.
Namun begitu, kebanyakkan pelajaran yang diajar hanya berbentuk teori dan bukannya praktikal. Contohnya saya berminat dengan Internet programming tetapi tidak banyak yang diajar di sana kecuali teori. Begitu juga dengan networking dan beberapa matapelajaran yang lain. Walaupun selain dari Lecture terdapat masa Lab, apa yang diajar sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi praktikal dengan peredaran zaman.
Nota-nota semuanya diambil dari buku teks di mana ianya diajar berulang-ulang kali kepada pelajar tanpa sebarang pengemaskinian dan yang lebih menyedihkan ada antara lecturer yang kurang pasti dengan apa yang mereka bentangkan. Yang anehnya, assignment tidak setara dengan tahap pengajaran mereka. Rungutan yang sentiasa saya dengari adalah, "mengajar macam hape, tapi soalan bagi susah-susah".
Dari pemerhatian saya, selepas tamat belajar ramai yang memilih untuk menceburi bidang yang tiada kena mengena dengan apa yang mereka pelajari. Ini berlaku samada mereka sudah hilang minat ataupun kemahiran yang mereka miliki tidak mencukupi untuk berhadapan dengan realiti.
Siapa yang hebat menghafal nota biasanya akan berjaya mendapat markah tinggi tetapi ada antara mereka yang tidak memiliki kemahiran langsung. Bagi yang berkemampuan, mereka mengambil kursus sijil contohnya bagi pelajar IT, kursus seperti Cisco, Microsoft, dan sebagainya untuk mempelajari sesuatu matapelajaran dengan lebih teknikal.
Kita sibuk bercerita mengenai PPSMI tetapi pada hakikatnya pelajar di universiti/kolej yang lebih hampir sebagai bakal pelapis negara tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dunia sebenar.
Subscribe to:
Posts (Atom)