Mar 4, 2009
Hebat Sangatkah Belajar di Universiti?
Pernahkah anda terasa bahawa apa yang anda pelajari selama ini seolah-olah tidak praktikal dan membazirkan masa?
Setiap manusia memiliki cita-cita dan kerjaya impian. Bagi mencapai cita-cita tersebut kita belajar bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading. Menara gading tu maksudnya sampai ke universiti, kolej dan sebagainya.
Saya sentiasa mempunyai dilemma mengenai pendekatan yang diamalkan dalam sistem pendidikan sedia ada. Masalahnya bukan apa, sebab utama saya melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti bukan sekadar ingin mendapatkan segulung sijil tetapi belajar selok-belok dan kemahiran yang melibatkan bidang yang saya minati.
Namun begitu, kebanyakkan pelajaran yang diajar hanya berbentuk teori dan bukannya praktikal. Contohnya saya berminat dengan Internet programming tetapi tidak banyak yang diajar di sana kecuali teori. Begitu juga dengan networking dan beberapa matapelajaran yang lain. Walaupun selain dari Lecture terdapat masa Lab, apa yang diajar sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi praktikal dengan peredaran zaman.
Nota-nota semuanya diambil dari buku teks di mana ianya diajar berulang-ulang kali kepada pelajar tanpa sebarang pengemaskinian dan yang lebih menyedihkan ada antara lecturer yang kurang pasti dengan apa yang mereka bentangkan. Yang anehnya, assignment tidak setara dengan tahap pengajaran mereka. Rungutan yang sentiasa saya dengari adalah, "mengajar macam hape, tapi soalan bagi susah-susah".
Dari pemerhatian saya, selepas tamat belajar ramai yang memilih untuk menceburi bidang yang tiada kena mengena dengan apa yang mereka pelajari. Ini berlaku samada mereka sudah hilang minat ataupun kemahiran yang mereka miliki tidak mencukupi untuk berhadapan dengan realiti.
Siapa yang hebat menghafal nota biasanya akan berjaya mendapat markah tinggi tetapi ada antara mereka yang tidak memiliki kemahiran langsung. Bagi yang berkemampuan, mereka mengambil kursus sijil contohnya bagi pelajar IT, kursus seperti Cisco, Microsoft, dan sebagainya untuk mempelajari sesuatu matapelajaran dengan lebih teknikal.
Kita sibuk bercerita mengenai PPSMI tetapi pada hakikatnya pelajar di universiti/kolej yang lebih hampir sebagai bakal pelapis negara tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dunia sebenar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
saya setuju..
dulu aku anggap u tempat bersaing..
tp dh masuk, dh kluar rs tak seronok..
yg hafal+bodek dpt a..
sedangkan yg present bgus detail thp gaban..x dipandang..setakat puji+bg markah lebih sket..
sedangkan soklan yg ditanya advantagenya pd mr/mrs "fotostat"..
ade kes yg 100% ayat buku..
aku sendiri pernah tgk..
lecturer tunjuk..
ms kerja, terkial2..
xtahu r, xpandai r..
ada yg mengelak time kerja..
itulah universiti:-)
ada baik ada buruk nye,ikut kepandaian masing2 bawak diri,cuma mmg skrg budak U la ssh nk cr keje,takut x dpt byr gaji yg setimpal...
haha.. dah lama aku nak buat entry macam nie.. tapi idea tak sampai2.. bagus ar ko dah buat.. hehe..
bagi aku la.. sekarang masuk u hanya sekadar untuk mendapatkan sehelai kertas yang menjadi 'jalan' untuk mencari kerja..
tapi pencapaian? takde!
banyak kali aku berurusan dengan orang yang kononnya tinggi kelayakan dia.. tapi dia pulak tanya kita 'macam mana? dan 'apa tu?'
what?
i pun tak tau asyik hafal ini hafal itu buat ape~
semua bukannye akan digunakan dlm masa depan~
semuanye hanya utk sijil, sijil dan sijil~
sekarang, semua bukak belajar bknnye mengikut minat, tapi mengikut sijil shj~
Salam Bro,
Aku masuk U pun lambat..dah kerja dekat 10 tahun baru masuk U sambung buat partime amik degree, memang terasa lain... dari yang lain.. tapi pengalaman bekerja tu penting banyak membantu memudahkan segala urusan termasuk lah dalam bahasa inggeris ni....
Orait..
kalo cam aku...grafik...aku rsa pengajaran dlm kelas dari dilpoma sampai lah aku dah degree...dah habis pun...bagi aku ler.....mmg bnyak praktikal..teori dlm kelas...aku rsa dlm 2 kali jer....tak bnyk teori pun...
hmm..tapi msalahnya..biler aku kja..bielr dah kja nie..lari langsung...huarrgghh..pasni abis ar skill aku...:(
pada aku, waktu belajar adalah saat yg paling menyeronokan. dah keje sekrag ni pun masih rindu nak beljar lagi..
mslh graduan tak boleh nak apply apa yg mereka beljar bila dah keje disebabkan pelbagai faktor. ada subjek yg ditawarkan adalah tidak selari dgn apa yg dikehendaki oleh industri.
contohnya, ada benda yg dipelajari merupakan sesuatu yg dh lapok dan basi!
i baru je masuk uni..
huhuh..tataw la camne nnt..
course yg amik xde la minat sgt,tp akan ku cuba pupuk minat itu..
stuju gak ngn menteil..
and bak kata abg aku;'bukan nak pandai,nak carik keje!' huh?
if i was given a chance again, i will not study in uni, its waste of time and money
salam..
ape yang ko cakap ne..lebih pada salah universiti..salah lecturer..aku rasa..belajar kat U memang bagus..x kisah laa ade ajar subjek ketinggalan zaman ke...yang penting mentaliti kita..klu dia ajar basic2..kita pergi aa sendiri cari yang advance...internet ade ape...takde praktikal? kita buat sendiri..semua nak tunggu suap ker?
dan pada aku..tak perlu nak downgrade sistem pendidikan yang sedia ada..sebabnya ko pun lahir dari sistem itu. yang penting.macamna nak ubah mentaliti orang kita supaya boleh adaptasi dengan semua keadaan semasa kerja.sistem skrg dah bagus..cuma mentaliti orang kita yang nak menunggu disuap tu yang perlu diubah..termasuklah ko..hahaha..
(sori aa beb-aku memang panas klu mentaliti mcm ni diamalkan.aku kerja dengan 99% foreigner.nak tunggu suap ker? you decide)
Post a Comment