Mar 31, 2009

Cyberjaya: Senibina Artistik


Dalam banyak benda yang saya suka mengenai Cyberjaya adalah bentuk bangunan yang begitu unik. Berlainan dengan bangunan di tengah ibu kota Kuala Lumpur, saya rasa tiada satu pun yang boleh digelar pencakar langit kerana rata-rata bangunan tidaklah begitu tinggi. Mungkin disebabkan oleh kawasan yang luas berbanding di Lembah Klang membolehkan senibina bangunan di sana dipamerkan dengan bangganya.

Berikut adalah beberapa bangunan yang sempat saya rakamkan: -

Lim Kok Wing






MDec


Century Square






Bangunan Komersial





Jambatan pun nampak cantik!



Perhentian teksi bas dan teksi pun sama!

10 Jawapan Paling Mengarut Untuk Peperiksaan!

Terjumpa post ini di salah sebuah blog. Saya terbayangkan reaksi guru yang menanda kertas jawapan tersebut. Samada ketawa pecah perut ataupun bengang tahap super. Apa pun saya memang tabik pada pelajar yang begitu berani memberikan jawapan sebegini. Walaubagaimanapun, adik-adik yang masih bersekolah jangan meniru aksi sebegini.










Mar 30, 2009

Ampang Menjadi Sasaran Utama Penjenayah?


Saya ingin mendedikasikan categori baru di blog ini -> Jenayah. Bukan apa, sejak kebelakangan ini, semakin menjadi-jadi kegiatan jenayah berhampiran kawasan rumah saya. Apa yang lebih menakutkan adalah, ianya berlaku berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Gila tak gila penjenayah zaman sekarang.

Jika anda membaca myMetro hari ini, artikel di muka hadapan yang bertajuk "Malam Berdarah" cukup menimbulkan rasa resah di hati saya. Mana tidaknya, beberapa bulan lepas berlaku kes bunuh betul-betul berhampiran tempat saya parking kereta. Nampaknya semakin menjadi-jadi kes bunuh di kawasan Ampang.

Malah baru-baru ini saya terlihat video di Youtube di mana berlaku kes samun menggunakan senjata di kawasan Taman Maluri. Nasib baiklah mangsa tidak diapa-apakan.



Suka ataupun tidak saya percaya bahawa penyelesaian kepada permasalahan ini adalah dengan menjalankan hukum hudud. Ini kerana penjenayah tidak lagi takut dengan hukuman sedia-ada. Saya berasakan bahawa pada pandangan penjenayah, "kalau kena tangkap, masuk penjara je, dapat makan free" dan banyak duit kerajaan (datangnya dari duit cukai rakyat) dihabiskan bagi menampung kebanjiran banduan di penjara-penjara negara ini. Ini belum termasuk lagi kem-kem pendatang asing tanpa izin.

Sampai bilakah kerajaan ingin berdegil dan prinsip "negara Islam" hanya pada nama? Sudah banyak perubahan yang kita lakukan sejak zaman merdeka termasuklah mengadakan perbankan Islam dan sebagainya. Mengapa tidak ditukarkan undang-undang penjajah British kepada undang-undang Islam. Saya bukan ekstremis Islam tetapi saya melihat dari statistik kes jenayah di Arab Saudi yang jauh lebih rendah berbanding Malaysia dengan penggunaan hukum hudud di negera tersebut.

Apakah Obsesi Anda? (Amaran: Anda Mungkin Terkejut Dengan Apa Yang Bakal Anda Saksikan)

Setiap kita memiliki obsesi masing-masing, di mana ianya terbentuk sejak dari kecil lagi. Bagi saya ianya umpama satu ketagihan (addiction) dan sukar untuk dikawal ataupun dihapuskan.

Ada orang suka kumpul teddy bear, robot, setem, buku, poskad, majalah, dan bermacam-macam lagi mengikut citarasa tersendiri.

Saya masih ingat seseorang bertanyakan kepada saya, mengapa saya tidak merokok? Ini jawapannya: -


Saya mula mengumpul komik sejak berusia 12 tahun lagi bermula dengan komik Dragon Ball. Saya percaya ramai antara anda yang menggilai komik ini dan disebabkan ini jugalah filem Dragon Ball mendapat kritikan hebat dari penggemar dari seluruh dunia. Berbalik kepada kisah saya, mungkin sebab itulah saya tidak merokok atau melepak di arked seperti rakan-rakan lain. Duit poket saya dihabiskan begitu sahaja dengan koleksi-koleksi komik dari Jepun dan Hong Kong. Mari saya tunjukkan buktinya: -

Bermula dengan Dragon Ball, diikuti dengan Jaguh Bola Sepak atau Captain Tsubasa: -


Kemudiannya Doraemon (tak ingat letak mana) diikuti Dragon Quest aka Misteri Naga: -


Penyiasat Remaja: -



Misteri Naga: -


Dr. Slump, Get Backers, Slam Dunk, Feel 100%: -



Detective Q: -


GTO: -


Conan: -


Wira Tunggal: -


Taufan Limau Tachibana: -


Lat Budak Kampung: -


Crayon Shin Chan aka Dik Cerdas: -


King of Fighter: -


Parang Gila: -


Naruto: -


Pelbagai komik tunggal: -


Sebenarnya ada banyak lagi cuma ada antaranya yang sudah hilang atau berada di dalam kotak di atas loteng rumah saya.

Ada sesiapa lagi gila macam saya?