Showing posts with label Perayaan. Show all posts
Showing posts with label Perayaan. Show all posts

Dec 31, 2012

Selamat Menyambut 2013, Selamat Tinggal 2012!


Sekelip mata sahaja masa berlalu. Pejam celik kita sudah bakal memasuki 2013. Ya, dunia masih belum berakhir, tafsiran kalender Mayan adalah bohong semata-mata. Tak sangka ramai yang mempercayainya. Haha!

Seperti biasa, apabila memasuki tahun baru, ramai yang sibuk dengan azam tahun baru. Persoalannya, adakah azam 2012 telah terlaksana?

Saya sendiri belum sepenuhnya memenuhi azam tahun ini tetapi bermula tahun baru ini, telah banyak plan-plan yang menanti. Sudah tidak sabar rasanya!

Buat pengetahuan anda, saya terlibat secara aktif dalam membangunkan beberapa rangkaian blog-blog tempatan yang mungkin bakal menjadi periuk nasi bermula dari 2013. Ia merupakan salah satu daripada azam 2012 tetapi tertangguh sehingga penghujung tahun... *haih*

Bak kata orang puteh, "easier said than done".

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, buat masa ini saya belum bercadang untuk menyambut 2013 di mana-mana. Mungkin lepak di rumah sahaja sambil memfokuskan kepada projek-projek tersebut. Masa berlalu dengan pantas, setiap saat sangat berharga! :)

Apakah perancangan anda untuk 2013? Sambut atau tidak?


Feb 13, 2009

Happy Valentines Day



Saya ingin mengucapkan Happy Valentines Day kepada mereka yang menyambutnya. Kepada sesiapa yang ingin berkongsi coklat (mungkin terlalu banyak peminat), saya amat mengalu-alukannya.

Jan 26, 2009

Gong Xi Fa Chai & Happy Holiday



Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti kepada semua!

Jan 1, 2009

2008 Menjadi Sejarah, Tirai Baru 2009



2008 menutup tirainya dan bermulalah 2009. Pelbagai pengalaman yang saya lalui sepanjang tahun lepas, kenangan manis dan pahit. Dan yang paling penting, blog slumbeRAJA mengembangkan sayapnya pada tahun tersebut.

Bermula sebagai sebuah blog yang percubaan, saya tidak sangka masa yang luangkan bersama blog ini tidak sia-sia. Dalam tempoh 4 bulan sahaja, blog ini berjaya meningkat rankingnya walaupun kadangkala saya terlalu sibuk sehinggakan mengabaikan blog ini.

Tidak lupa, saya berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang sudi singgah di blog yang tidak seberapa ini. Ada antara mereka yang sanggup meluangkan masa membantu dalam dunia blogging. Jasa anda tidak akan saya lupakan. Kepada para pengunjung yang sudi memberikan komen-komen membina, saya amat mengalu-alukan pandangan anda.

Apakah matlamat utama anda untuk tahun 2009?

Dec 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430 dari slumbeRAJA



Apakah azam tahun baru anda? Sudahkah tercapai azam lama anda?

Dec 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha!



Kepada umat Islam di mana jua anda berada saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga hari yang bermakna dipenuhi dengan keberkatan dan dilimpahi rahmat.

Sep 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Yang pulang beraya di kampung, dinasihati supaya berhati-hati ketika memandu. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan jika ada salah dan silap dengan sesiapa sahaja. Kepada adik-adik, maaflah kerana tiada duit raya ^^!

Sep 28, 2008

Iklan Raya Petronas!



Mungkin saya agak ketinggalan zaman tetapi saya baru menonton iklan raya Petronas tahun ini. Simple tetapi membawa mesej yang hebat impaknya. Cuma dua kelemahan sahaja, pelakon lelakinya nampak seperti budak pengakap dan ibunya seperti orang bandar ^^. Other than that, it's perfect!

Sep 1, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan!

(sumber: http://f4iqun.files.wordpress.com)

$lumbeR@J@ ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada dengan harapan jangan ponteng² puasa yerks! ;p