Mar 16, 2009

Artis Disanjung, Cendekiawan Dicemuh!

Satu lagi artikel yang saya sudah simpan agak lama tetapi agak risau dengan respond dari pembaca sehinggalah baru-baru ini saya terbaca post di blog mohdismail. Jika anda perasan, rancangan televisyen kini di monopoli oleh banyak rancangan berbentuk realiti TV di mana ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari para penonton terutamanya dari golongan remaja. Fine by me!

Saya ingin membuat pengakuan jujur kepada para pembaca. Saya benci melihat artis yang dihasilkan daripada rancangan sebegini yang tidak mencapai standard "artis yang sebenar". Saya setuju kebanyakkan mereka memiliki rupa artis tetapi malangnya kurang dari segi bakat. Jika anda tidak percaya, tontonilah konsert JomHeboh di TV3 pada hari Ahad. Terlompat-lompat tetapi suara sumbang.

Stesyen TV pula semakin rakus mengeluarkan rancangan sebegini tanpa memikirkan samada kualiti dan impaknya kepada masyarakat. Namun begitu saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana stesyen TV sememangnya terkenal dengan sikap kapitalis dan dengan adanya sistem undi SMS, mereka dapat memaksimakan keuntungan stesyen mereka di samping dapat mengurangkan pembayaran cukai kepada negara.

Oh ya, bagi anda yang tidak tahu atau tertanya-tanya "apa yang stesyen TV dapat dengan mengadakan rancangan berbentuk game show yang menawarkan ganjaran lumayan kepada para peserta?", jawapannya adalah ia merupakan salah satu cara untuk syarikat TV mengelakkan diri dari membayar cukai yang tinggi.

Berbalik kepada isu hiburan, artis di negara kita muncul bagaikan cendawan selepas hujan. Malah ada ibu bapa yang mula mendedahkan anak-anak mereka seawal usia 2 - 3 tahun dengan hiburan tanpa henti dengan harapan anak-anak mereka bakal menjadi artis terkenal apabila usia dewasa nanti.

Masalahnya bukan apa, negara kita semakin lama semakin kurang cendekiawan dan semakin ramai yang gilakan populariti dengan menggunakan jalan mudah. Golongan pemikir tidak diberikan peluang untuk menampilkan keunikan ciptaan mereka di mata dunia. Ambil contoh rancangan American Inventor di U.S di mana ia memberi dorongan kepada rakyat negara tersebut untuk mencipta dan memikirkan idea yang unik yang mungkin dapat membantu manusia memudahkan kehidupan seharian mereka.

Rancangan berbentuk diskusi atau pertandingan forum peringkat universiti tidak mendapat liputan yang sewajarnya daripada stesyen TV walaupun mereka inilah yang bakal menjadi pelapis pemimpin negara ini. Hanya stesyen RTM sahaja yang memaparkan rancangan sebegini tetapi berapa keratlah golongan remaja yang menonton stesyen RTM berbanding TV3 dan Astro.

Saya bersetuju dengan cadangan mohdismail di mana pensyarah universiti terutamanya dari fakulti engineering dan IT diberikan peluang melakukan presentation mengenai kertas kerja mereka. Begitu juga dengan ahli agama yang bertahun lamanya membuat kajian mengenai Islam, Al-Quran dan Sunnah.

Entahlah, jika begini gayanya, amat sukar sekali bagi Malaysia untuk mencapai wawasan 2020 kerana golongan pemikir tidak mendapat tempat yang sewajarnya di mata masyarakat. Penyanyi dan artis disanjung dan diberikan pelbagai gelaran dan pangkat tetapi para ilmuan dibiarkan tanpa terabai.

5 comments:

DeLLa said...

mmg remaja skrg aisyik nak berhibur jer..tgk saje audition AF7..beribu2 dtg..kalau ceramah2 agama percuma..boleh kira berapa kerat yg dtg..

lg satu mak bapak pun sama..ramai yg kemaruk nak ank2 jd artis..pelik

@kelantanstreet said...

brapa kerat je artis realiti yg bgus? faizal tahir, mawi antara yg betul2 mantop la...lelain tu suam2 kuku je...

stesen tv berebut2 buat realiti tv adalah kerana diorang nak DUIT...dgn org undi sms tu juta2 diorang untung...x masuk lg hakcipta ekslusif, tajaan dll..

kaklong said...

ye, bg peluang researchers2 bentangkan result dan hasil research, biar mereka jd idola, dan biar lebih ramai2 muda mudi malaysia berminat ke arah itu..jika itu boleh berlaku, malaysia x perlu harapkn teknologi luar lg :)

Adry said...

Betul betul betul.... apa lah sangat artis kalau nak disanjung sangat kan.. walhal golongan yang boleh menentukan masa depan negara terdiri daripada golongan pemikir...

budaya hiburan ni tak ble di sanjung sangat nanti semua leka... takda yang ambil peduli tentang isu isu penting berkaitan negara kita yang tercinta...

@dmin said...

della: dah jadi trend, nak buat macam mana.

eins: sorry bro, faizal tahir saya terima lagi, mawi... errkkk...

kaklong: x menguntungkan stesyen TV, sebab tu dorang x nak buat

adry: sebab tu bangsa melayu x maju, hari-hari berhibur.