Mar 20, 2009

JANGAN Kahwin Lelaki Pakistan!

Saya tidak tahu kenapa tetapi kebelakangan ini semakin kerap kedengaran berita mengenai perkahwinan campur yang membawa kepada kisah duka terutamanya kepada kaum hawa di kalangan warga tempatan. Perkahwinan campur maksud saya adalah dengan lelaki asing terutamanya dari Pakistan.

Terbaru jika anda terbaca artikel di muka hadapan Metro Online mengenai kisah seorang isteri yang malang di mana hartanya dikikis oleh suami berbangsa Pakistan. Mereka ini sememangnya diketahui umum memiliki wajah yang kacak ala-ala pelakon Bollywood dan paling penting memang manis apabila menyusun kata-kata. Bak kata orang, bukan main hebatlah "pickup line" mereka.

Namun begitu, segalanya akan berubah sebaik sahaja mereka mengahwini wanita tempatan. Ada antara mereka menggunakan kesempatan tersebut bagi mendapatkan hak warganegara Malaysia dan seperti dalam kisah di atas, mereka mahu mengaut keuntungan dengan sekelip mata.

Satu lagi perkara yang agak common yang sentiasa saya lihat pada lelaki Pakistan adalah, mereka ini sangat malas bekerja dan suka bergantung kepada hasil titik peluh isteri mereka. Anda mungkin merasakan bahawa komen saya agak racist tetapi ianya kenyataan. Bagi anda yang tidak tahu, ada beberapa negara di dunia ini yang memiliki prinsip di mana si isteri akan keluar bekerja manakala si suami "goyang kaki" di rumah.

Malah berhampiran dengan rumah saya terdapat seorang peniaga nasi lemak yang suaminya berbangsa Pakistan. Si isteri setiap hari bangun awal membuka gerai bagi menyara keluarga tetapi si suami dengan muka bengis sentiasa memarahi si isteri. Dari apa yang saya lihat, si suami tidak bekerja. Lebih menyedihkan, adik saya pernah terlihat lelaki Pakistan tersebut menunjukkan "middle finger" kepada si isteri selepas bertengkar. Si isteri hanya tersenyum memandang adik saya tetapi di dalam hatinya mungkin terasa malu yang teramat.


Berhati-hati kaum hawa sekalian, fikir dua kali sebelum mahu bercinta dengan mereka kerana silap langkah mungkin boleh membawa musibah. Walaupun saya percaya bahawa jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan tetapi pada saya, lebih baik tidak berkahwin daripada menjadi mangsa kezaliman suami.

39 comments:

Miss Hazzy said...

macam2 ragam manusia skg neyh...
tapi tak boleh khususkan bangsa ni je

mgkin ada lagi bangsa lain yg berperangai serupa "hantu"

fikir2kanlah

Anonymous said...

Di samping itu, biasa didengari ada kecenderungan/kebiasaan bagi lelaki Pakistan memukul isteri.

encikizzat said...

harap muke je..
mmg x bole diharap ;(
^&^$%#

-WaN- said...

isteri bg diorang mmg dipandang rendah.jadi pikir banyak-banyak kali seblom menyesal...

ramai lagi lelaki Melayu yg boleh dicarik..

Dayu said...

sebab tu ramai yg sanggup jadik anak dara tua
tapi actually perempuan tu sendiri
sila lah berani
jgn bodohkan diri *maaf*
jgn diam je kalau suami naik tgn
kalau tak naik tgn pun tp kalau dah memaki hamun
sila la sedar...

jgnbiarkan diri terus kena buli

lankapo said...

kahwin lah dengan lelaki yang kuat pegangan agamanya.

Kalau dia menjaga agamanya race tidak penting.

Melayu pun ramai pengikis, malas.

So fikir2 kan la

krio said...

tu la layan sgt cite hindustan.. smpi tebawak2 cr laki pn nk yg ala2 bollywood..mase cinte semue indah tiap2 hari anta karpet free tanda cinta/sayang tp bile da kahwin silap2 jadik mangse sepak terajang!!
pikir la masak2 sblom belakikn warga asing nih!!!!!!!

krio said...

tu la layan sgt cite hindustan.. smpi tebawak2 cr laki pn nk yg ala2 bollywood..mase cinte semue indah tiap2 hari anta karpet free tanda cinta/sayang tp bile da kahwin silap2 jadik mangse sepak terajang!!
pikir la masak2 sblom belakikn warga asing nih!!!!!!!

sharamli said...

xnak kawennnnnnn

dBa said...

yeke?
thx 4 info!

Jimi said...

miss hazzy: post saya agak stereotype tapi saya melihatnya dari sudut umum. sudah banyak sangat kes sebegini. ada yang lebih teruk, anak dibawa lari ke pakistan. kesihan si ibu terpaksa mencari jalan membawa pulang anak ke tanahair.

anonymous: benarkah? yang itu saya tidak pasti.

-wan-: betul tu kaum hawa. cuba tanya samada abg wan kita ni dah berpunya belum.

dayu: bagus nasihat tu. kadangkala isteri terlalu takut untuk membuat aduan menjadikan mereka terus menjadi bahan buli.

lankapo: betul tu bro.

krio: masih kuat lagi ke pengaruh hindustan kat malaysia nie? ingatkan dah berakhir zaman tu :)

sharamli: isk, jangan camtu sekali. ada aja lelaki baik di luar sana. kalau ada jodoh x ke mana.

dba: sama2

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara yang dirahmati Allah.....

Saya juga ingin berkongsi dengan pengalaman saya bercinta dengan lelaki Pakistan. tapi sudah semestinya pengalaman saya ini tak boleh dijadikan kayu pengukur untuk orang lain kerana setiap pengalaman orang itu berbeza....

lewat pertemuan saya dan S, kami hanya sekadar sebagai kawan...kemudian ditakdirkan saya jatuh cinta dengannya. Alhamdulillah, S yang saya kenal baik akhlak dan agamanya...

saya mengenalinya setelah saya tamat belajar di U, semasa di U saya berkenalan dengan ramai lelaki Melayu, antaranya pelajar seperti saya, pensyarah, arkitek, peguam, guru, ahli perniagaan, ir dan lain-lain lagi. Tapi saya telah dipertemukan oleh Allah dengan para intelek yang tidak berpegang teguh dengan Islam, yang tak berduit suka mengikis dan yang berduit pula cuba mengambil kesempatan dengan keikhlasan seorang wanita. Ada juga yang mengaku bujang pada awalnya tetapi rupanya suami orang...

Akhirnya saya dipertemukan dengan S. dia senang bila berbicara soal agama dengan saya. di bulan ramadhan tahun lepas, setiap malam dia kejutkan saya untuk membuat tahajud dan mengaji. sentiasa mengambil berat tentang solat saya dan setiap hari mengingati saya tentang membaca al-quran selain banyak memberi nasihat kepada saya dalam menjadi muslimah yang lebih baik.dan perkara ini masih berterusan sehingga sekarang.

dan walaupun setelah saya memberitahunya saya ingin dia menjadi suami saya, dia tidak terus menerima saya malahan menasihati saya. selepas enam bulan berlalu, akhirnya Allah membukakan pintu hatinya.

kini kami telah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi. S mahu kami berkahwin hanya setelah dia dapat memberikan saya kehidupan yang selesa..Insya Allah....saya tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada hari esok.....tapi doakan lah untuk kebahagiaan kami..... Insya Allah....selagi S menjadi seorang muslim dan anak yang baik, dia boleh menjadi suami, menantu, dan ayah yang baik juga........Insya Allah.

Saya minta maaf kalau ada yang tidak bersependapat dengan saya. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri..... Wassalam

Anonymous said...

saya pun begitu la..sy msih blaja di universiti..ramai lelaki yg sy kenali semuanya x mengikut ajaran islam, x boleh dipercayai dan semestinya orang2 seperti ini yg x mampu mebimbing diri, bakal pasangan dan bakal generasi dgn ajaran agama.setiap kali menjalin cinta yg bertahun2 x menunjukan perhubungan ke arah yg bermatlamat iaitu perkahwinan..jadi sy sy sentiasa berdoa agar dpertemukan dgn insan yang mampu membawa sy ke jalan kebenaran dan Islam.

pertemuan sy dgn si dia, warga pakistan yg berkerja sbgi jurutera mekanikal di syarikat di sri petaling hanya berlaku di alam siber..kami berhubung di dalam friendster.kami saling mengenali dan bertukar2 pendapat..mungkin kerana educational backgound, kami lebih selesa berkomunikasi dan menjadi lebih rapat.

kdg2 sesuatu yg tak disangka mungkin adla satu ketetapan ilahi untuk diri kita..insyaalllah kami akan mencipta kebahagiaan bersama dalam masa yang ditetapkan.

missvernon1 said...

pd pndapt sy, lelaki paling teruk kt malaysia ni adalah lelaki melayu.Bkn nk mnuduh tp knyataan, wlupn ibu sy org mlayu dn ayah sy Belgian.Semua org nampak@p'puan2 mlayu pn tahu.Kawan2 sy sndri dh tkena ngn l'laki mlayu.Konon bkeja tp habuk pn xde.Bkn semua tp majoritinya suka minta kesian ngn awek.Minta blanja topup la,blanja mkn la, isi mnyak kete or moto.Dah 2, if jantan pns baran brani nek tgn kt awek.Dh la xensem keje pn tah ke mn! Muka xmlu! Pas 2 xsdr dri blm kwin lg dh byk songeh kongkong sn cni.2 psl P'puan mlayu@malaysia prefer org luar wlupn slps kwin ada yg mkn ati.

Anonymous said...

pendek kat manusia spesis lelaki kat dunia ni ape bangsa pun
sama aje..selamat memilih..

mynameisDILLA said...

suami sy org pakistani,alhamdulilah kami bahagia..xsemua Pakistani tu malas..suami sy bekerja,sy surirumah..suami xbenarkan sy beKerja..suami sy juga xde niat nk jd warganegara malaysia,sbb keje dia pindah randah,berkemungkinan kami akan brpinDah kE Australia...klu nk pilih pasangan brbngsa pakistan,cari y elok la..sbb xsume bernasib baik..

Anonymous said...

u peoples very easily saying orang pakistan ni la tu la apa la kamu orng bkn semua sama lg pun sini puya perempuan mana ada paling baik satu perempuan lepas kawin pun ada boy friend ada mcm mcm so siapa blh tahan u orng blh tahan ,,,,,memamng pakistan x blh tahan lg islam also cant.... bkn pakistan ja sini pun bnyk sngt selalu i bacha suami bunnuh isteri pasal apa mesti la isteri ada lain banyak boy frnds betul k x ,..... fikir dlu seblum ckp

Anonymous said...

so many malaysian girls kawin dengan pakistan...... suadah berapa lama i tengok dia semua ok ja xda apa pn ada anak anak pun.......klou orng sendri baik memang lain orng pun baik i respect malaysian girls specially melayu very nice person tapi tolong jangan ckp semua jahat ,,, pls,,, i suka juga melayu orang sngt baik kita datang sini .,..u orang pun hurmat juga kita ,,,, ada orng jahat tapi kmu tegk dlu seblum kawin ,,,,i klw dapat melayu perempuan inshahALLAH I PUN KAWIN JUGA I AKAN JAGA BAIK BAIK PASAL U ORNG PERCAYA SAMA LUAR NEGARA GOD BLESS ALL PEOPLES ,,,,, MY FB ID ,,PLS SAVE,,,,,,, KASHIF KHAN............... THNX

Anonymous said...

saya rasa bergantung pd nasib. sy bersuamikan melayu tp panas baran, kaki pukul duit berkira, suka ungkit, muka xhensem tp perasan hensem. sampai suami kawan saya ckp macammana sy blh terkawin dgn dia....mmg jodoh kan. lelaki semua sama xkira bangsa yang penting atas diri sendiri macammana nk jadi

mira_n said...

mynameisDILLA said...
suami sy org pakistani,alhamdulilah kami bahagia..xsemua Pakistani tu malas..suami sy bekerja,sy surirumah..suami xbenarkan sy beKerja..suami sy juga xde niat nk jd warganegara malaysia,sbb keje dia pindah randah,berkemungkinan kami akan brpinDah kE Australia...klu nk pilih pasangan brbngsa pakistan,cari y elok la..sbb xsume bernasib baik..

Sunday, July 01, 2012 8:09:00 AM



oh suami akak orang pakistan ye? bf sy pun orang pakistan.baik orangnye, x mcm ex yg melayu before that. harapnye ke jinjang pelamin lah. tapi kalau boleh nk tahu cerita orang2 yg dh perngalman dulu ni.

siti Aisah Khalim said...

Tak baik ckp bangsa lain mcm tu, bangsa melayu pun sama & dan kdg2 lg dahsyat daripada apa yg anda tulis dlm blog ini. Klu nak tahu lelki melayu kdg2 bergaya jer lebih tp poket kosong.

Anonymous said...

pelik ya
Melayu-pakistan-salah
Melayu-bangladesh-salah
Melayu-indonesia-salah
Selalunya orang pandang rendah pada tiga negara ni sebab negara diaorang miskin tapi kalau
Melayu-english-tak salah
Sebab negara diaorang kaya dan berwawasan
Ader pulak yang cakap tak tahan bau pakistan ermmmm mungkin mat saleh lebih diterima sebab ketiak diaorg wangi kut

Anonymous said...

18thn saya bersuamikan lelaki Melayu yang panas baran..kerap memaki hamun tak kira dimana...memukul..kaki segala kaki...paling hebat kaki perempuan..kini dah 3 tahun saya sendiri melayari kehidupan sederhana tapi bahagia bersama anak2 yang meningkat dewasa..2 diperingkat universiti dan 2 sekolah rendah..selepas meletakkan jawatan agak baik dalam bidang jualan dan pemasaran...saya berusaha keras mencari rezeki dgn menjalankan perniagaan makanan

baru-baru ini saya diperkenalkan oleh seorang rakan dengan seorang peniaga berjaya berbangsa Pakistan yg menjalankan perniagaan restaurant..beliau berterus terang ingin memperisterikan saya dan letak nama saya sebagai director dan share holder dalam syarikatnya..beliau lebih selesa dgn cara begini kerana pernah ditipu ratusan ribu ringgit oleh orang Melayu kita...

saya tak cepat melatah dengan tawaran beliau kerana saya cukup faham dengan syarat2 penubuhan syarikat orang asing ini...saya tak boleh menerimanya atas dasar perniagaan...saya bersedia untuk perkahwinan kali kedua tapi bukan kerana gelap mata dengan wang ringgit

setakat hari ini..alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik..dia menerima saya dan anak2 seadanya...kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi dan peranan masing-masing dalam usaha menyesuaikan diri jika ingin hidup bersama..inshaAllah...doa saya jika memang dia jodoh saya yang baik...moga Allah kukuhkan hubungan kami..tapi jika sebaliknya...moga Allah bantu saya leraikan ia segera..aamin

Anonymous said...

Sy juga isteri kpd seorang lelaki pakistan. Syukur kpd Allah suami sy sgt baik hati. Dah hmpir 4 thn sy menikah dgnnya. Tdk prnh dia minta duit sy malah dia layan sy dgn baik sekali. Tak pernah langsung naik tgn dan tak pernah curang tapi kurang romantis jer.. Hehehe... utk pengetahuan tuan2 dan puan2 sy tak pula minat cite hindustan.. dan pd zaman dara dlu berhajat kawin dgn melayu jer. Jodoh kan ditentukan Allah. Ingat lah semua Allah jadikan semua insan di muka bumi ini pelbagai bangsa. Hanya ibadat kita shj yg mmbuatkan Allah pandang kita. Allah tdk melihat pd rupa paras harta atau pun bangsa seseorang. Knp pula kita nk menghakimi org dgn keadaan kita yg serba kekurangan di sisi Allah ini.. so jgn menuduh dan bersikap racist yeee...yg baik dari Allah. Yg buruk dari kita.

Anonymous said...

hahahaha,bodoh punya kerja. Siapa kawin llki pakistan memang kena tanggung risiko ye,apatah lagi kalau dapat suami tembirang ini. Dengar cerita aku ni! Aku punya laki orang pakistan. Aku bukan peminta hindustan,k.. Tapi jodoh Allah tentukan,aku ditakdirkan bertemu dengan dia dan jatuh cinta dengan dia. Dulu,masa bercinta,dia baik sangat dengan aku. Aku rasa bahagia kerana sikap dia yang suka bagi nasihat dan penyabar. Kira macam alim le. Tak pernah dia sakitkan hati aku pun. Dia berniat mau bernikah dengan aku dan kami pun nikahlah selepas beberapa lama tu.
Mula2 kawin,dia baik sangat dengan aku. Aku jadi surirumah,tak dibenarkan bekerja. Tapi tidak lama tu,nampak perangai buruk dia. Suka marah aku,pukul aku,cederakan aku... Beberapa tahun dia buat aku begitu. Ya,kami ada anak,aku fikir adanya anak boleh membahagiakan kami,tapi sorry lah. Hari2 kami bergaduh. Aku silap sikit saja pun,dia nak marah bagai nak meletup gunung berapi. Kalau dia silap,senang je,dia keluar dari rumah supaya aku tak meleter.
Aku sayang dia tapi macam dia tak sayang aku je. Seperti dia nikah dengan aku kerana nak hidup senang je dengan membuka cawangan perniagaan atas nama ku. Tapi bila aku minta duit,banyak bising lah dia.
Tapi yang buat aku sakit hati ialah dia suka melayan perangai perempuan lain. Siap senyum2 sama girl lain,tapi kalau dgn aku,macam masam ja tu muka seperti cuka. Selama kami kawin,dia tak pernah bawa aku pi honeymoon. Alasan dia konon banyak orang jahat kalau berada 1 tempat untuk makan angin..Huh,alasan,waktu aku single pi jalan2 seorang diri pun,mana ada orang kacau aku pun. Dia jalan2 makan angin dgn kawan2 dia saja. Nak sembunyi kecurangan dia lah tu. Kawan dia sama ja 1 kepala dgn dia. Dia fikir aku tak tahu dia curang sama aku? Ini aku lah. Lelaki tak cukup 1. Kononnya,org pakistan yg ada bini d msia ni,mereka sebenarnya ada angan2 mau kawin lagi dgn girl senegaranya. Sebab,girl msia mana ada cantik,seperti d pakistan yg girlnya mata cantik,hidung mancung,badan tinggi,muka cantik.
Tapi dia memang terer mengayat lah kat aku. Bila kecurangan dia kedapatan aku,banyak alasan cantik2 dia keluarkan. Ambil hati lagi,cakap dia sayang aku lah...
Nak kawin pakistan? Fikir banyak kali lah. Muka memang lah handsome tapi lepas kawin,kita yg merana. Kalau kita sikit menjawap,tunggu lah kena pukul...siap kena hina2 lagi.
ni wedding aku dah nak hancur dah ni kerna hati dia dah suka dgn girl senegara dia dan dia berniat nak putuskan aku lagi. Tak pe,banyak lagi lelaki dlm dunia ni. Yg baiik hatinya,alim,tidak hipokrit,tidak mata keranjang...dan sedar diri. = girl, malaysia...

Anonymous said...

1 question: Adakah semua lelaki Pk nie jahat? N adakah semua lelaki M'sia nie baik? Pikir2 kan lah yer.. Chow dlu~ *anti racist

Anonymous said...

tak kisah la berkahwin dgn sape pun.. org malaysia pun ade jugak yg macam tu.. so kenapa nak tuding jari pada sebelah pihak je.. Jodoh rahsia Allah.. segala yg terjadi tu dgn kehendak Allah.. sebaik2nya redha dan berlapang dada.. kahwin dgn sape pun risiko tetap sama cuma amalan dan taqwa menjadi benteng segala kejahatan.. pilihlah yg berAGAMA insyaAllah bahagia ke Jannah

Anonymous said...

memang ada benarnya..suami saya seorang pakistan campur arabian.berasal dari sialkot.kacak orangnya.tetapi tiap2 hari saya dimaki,dihina,dikata perempuan gila dan macam2 lagi.pengikis .malah sering meminta wang untuk dihantar kepada ibunya..orangnya berlagak sombong dan bergaya tetapi poket zero.mementingkan kawannya.semua duit dari poket saya..pembohong, playboy malah saya melihat dia membuka akaun lucah di fb..dia menetap di kl dan saya di jb.itu adalah yang terbaik..selama 2 tahun saya menyara hidupnya yang mmg dasar pengikis dankini saya dah x sanggup lagi..mungkin tidak semua begitu tetapi berhati2lah ..jangan terjadi apa yang telah terjadi kepada saya..

Anonymous said...

salam...sy nk bertanya kpd admin...adakah admin mempunyai kwn dr bangsa pakistan atau pun pernah bekerjasama dgn mereka dlm apa hal perkara pun?betulkah lelaki pakistan begitu??pemalas??pd pendapat sy,ayat admin x berapa sdp dibaca sbb bnr2 focus on pakistanies...sy ad byk pengalaman dgn pakistanies...alhamdulillah mereka semua x seperti admin katakan...sbnrnyer bergantung pd nasib jodoh seseorang...solat istikharah dahulu sblm memilih pasangan,.,itu adalah terbaik...siapa pun jodoh kita,org lain x boleh ckp byk..itu petunjuk dr Allah..
x baik pandang bangsa negara lain sebegitu..kita x tahu apa bangsa lain anggap pd bangsa negara kita...
kenal rapat dahulu then only we jugde ok!!

zeeya saed said...

ermm jgn la menuding ke satu satu bangsa jer...babah saya org pakistan ok jer hidup ngan mak saya...bahagia lagi kami anak beranak...x mcm ader kawan mama saya suami nya org melayu tapi panas baran nya bila gaduh semua maki hamun kaki tangan naik...alhamdulillah x pernah tgk babah saya jentik mama.. Dan lagi family sebelah pakistan pun baik baik bila dtg malaysia bawak buah tangan macam macam...so x bole la ckp satu bangsa jer jahat ok

Anonymous said...

taklah,bukan semua orang pakistan tu jahat. Ada sebilangannya baik. Yg aku taulah,lelaki bangsa phatan ni agak keras sifat mereka. Memang mereka suka tolong orang,tak suka buat hal d negara orang..kalau pasal pemalas,rasanya ko dah kena lelaki kurang baik kot. Tapi lelaki pakistan bangsa phatan ni rajin tau,jarang aku nampak yg pemalas. Mereka suka selesai masalah cara baik,tak mau masalah berpanjangan. Tapi kan,mulut mereka memang tak lari dari menghina orang..ko buat silap,tunggu lah ko di cakap 'bodoh',hahaha. Fikiran mereka memang panjang,jarang yg bodoh. Tak percaya,cuba ko dekat kawan mereka. Hish,jangan lebih2 dekat kerana mereka ni memang gatal. Alaa,dah memang nama lelaki,memang lah gatal kan. Tapi,mereka memang pentingkan Islam (maaf,aku belum jumpa yg bukan islam lagi ni). Mereka sanggup pukul atau marah bini kalau bini tak solat. Kalau ko ingin nak kahwin dgn lelaki pakistan terutamanya yg bangsa phatan tu,boleh sebenarnya...asalkan ko tahan perangai mereka yg suka mendesak. Kalau bangsa punjab pakistan,rasanya kebanyakkannya baik lelakinya....ramai yg baik tetapi tak kisah bini anak mereka tutup aurat ke tak...
Seblum ni komen aku dari girl malaysia... Ya,rumahtangga aku dah bagai nak hancur dah. Iya,sakit hati aku ada laki macam tu. Namun sekarang rumahtangga ku kembali bahagia..opps,kalau suami isteri tak gaduh tu memang tak sah. Aku selalu doakan kepada Allah semoga dilembutkan hati suami aku dan agar Allah perbaiki perangai suamiku.. Time masak pula,berselawat dan berzikir agar dilembutkan hati suami. Kalau suami marah,kena diam je..kalau membalas marah,memburukkan keadaan saja. Nanti sejuk hati dia,bolehlah bawa dia bercakap,tapi tak perlu ungkit perkara tu lagi. Sebenarnya,aku ni pun kuat marah juga. Tapi diam tu lagi bagus daripada buka mulut nak marah,biarpun kita tau kita tak salah.
Lelaki ini,kalau kita layan mereka baik dan turuti/layan nafsu mereka,gerenti hati mereka akan lembut dan layan kita baik juga. So,nak bawa berbincang dgn mereka suami pun mudah.
So,lelaki pakistan ni ada baik ada jahat. Tapi apa yg aku tentang mereka ialah mereka ini tak suka lelaki lain tengok bini mereka. Hahaha...

=anonymous kat atas,,suami ko pak+arabian kan? Sori kalau aku kata yg arabian ni kaki perempuan. Suami aku pernah cerita, ada 1kawan pak ni baru balik dari dubai,tu kwn cerita yg lelaki sana tu suka xxx. Ada ni suami isteri sedang jalan2,sekumpulan lelaki arab tangkap perempuan tu dan pukul lelaki tu,mereka xxx perempuan tu bergilir2. Bukan 1kes je,banyak kes cuma kita ja tak dengar berita tu. Tu arb yg gila dunia je tu. Tapi bukan semua org arab jahat tau,ada yg bagus juga. Saudi arabia punya org bagus,jarang yg jahat.
-sesiapa yg jumpa lelaki yg solat 5waktu,suka tegur aurat org termasuk kita,suka ikut sunnah nabi dan sikap pekerti yg baik,,,tu lah calon suami yg baik.

sukisuki said...

Saya lagilah dala xske lyn hindustan.saya harapkan nak lelaki arab tetapi lelaki pakistan ala bollywood yang datang pada saya.saya cuba usaha nak jauhkan pakistan ni.muka dia hansem putih mengalahkan saya lak tu tetapi saya cuba jauhkan diri daripada lelaki tu tak tahu macam mana dengan rasa pelik jalan.kehidupan kami makin hari makin dekat.dengan arab lak macam jauh saya nak capai.akhirnya saya xtahu mcm ne memang dah takdir saya sekarang berhubungan dengan pakistan sekolej saya kos engineering.saya lah orang yg xske hindustan ni sekarang bercinta dgn pakistan jadah ni adoiii

Stefa IsLe said...

Suami saya pun orang pakistan. Bangsa punjab. Alhamdulilah dia baik. Kuat agama. Sgt rajin bekerja. Sebenarnya tak kisah bangsa mana2 pun. Sbb Allah dah bagitahu dalam Quran. Sesungguhnya org yg paling mulia disisi Allah itu adalah org yg bertakwa. Setiap bangsa ada org yg tak berapa nak baik dan ada juga yg baik. Tak kisah la melayu ke cina ke arab ke. Yg penting ikut syariat islam. Itulah manusia yg baik :)

siti maisarah mohd nawi said...

dlm setandang pisang x sumenye buruk, sprti org melayu gak, x sume org melayu tu baik2, ade gak y brperangai buruk dan ade y baik. kluarga sy ade brhubungan baik dgn satu family pakistan, they're really nice people, n dorang gak warganegara malaysia slpas stay kat malaysia bertahun2 lamenye.

Anonymous said...

Dari pengalaman saya, berfikir panjang la sebelum berkahwin dengan lelaki Pakistan. Pemalas, pengikis, panas baran, pandang hina isteri...itu lah yang majoritinya. Saya dah tersepit...kalau tak ada anak dah lama saya minta cerai tapi takut kes larikan anak terjadi pada saya. Saya takut dia larikan anak2 ke Pakistan. Sudah tak ada kasih sayang, sudah ada rasa benci yg teramat, bukan takutkan maki hamun sepak terajang dia tapi fikirkan anak2. Anak2 adalah segala2 nya pada saya. Fikir2lah, kalau suami nak jadikan direktor syarikat, betul ke atas dasar sayang atau pergunakan status kerakyatan isteri? masa bercinta manis mulut, satu tahun ok, dua tahun ok, tiga tahun...Buka mata betul2, dengar betul2, fikirkan betul2 sebelum tersepit macam saya....

Anonymous said...

Sy skunk brcinta dgn llki pkistan rakyat korea...brknalan mse sy wt lwatan ke korea...skunk nie xnmpk ag la yg xbek yer sbb ktowg sgt jauh...sorg kt mlysia sorg kt korea...tp kdg2 ad jgak la msunderstanding sbb english dyowg xla bgus la...nk ckp urdu n korea aptah la lgi..ye amat2 serius tp sgt wsau sbb xnmpk dpan mata...kot2 ye tpu bkn nmpk pn...tp hrap2 xmcm tu la...org pkistan bgi sy bek,alim and rjin...tp mmksa la sket...overall ok la :)

Anonymous said...

Kashif khan juge have candidate frm pakistan. I tu takod culture pkistan woment tak sebebas ex pakistan. I tak bole mrried budak sumatre, sunde and betawi this my parents cakap i macem tu but i dont like budak java. So replay to my comment. My fb id dewananggana purbasari ayuwangi

Anonymous said...

Xkesa bngsa ape pun..jnji islam..mlayu pn 2x5 je.

Podehi said...

Lelaki Pakistanpun macam lelaki Melayu juga. Yang hensem memang selalunya playboy. Aku pernah berkawan dengan lelaki pakistan yang hensem, romantik, memang bangga nak tunjuk kat kwn-kwn. Tapi perasaan curiga tu tetap ada. Aku korek rahsia dari kawan-kawan dia yang dia dh ada 2 bini kt sana yang statusnya samada sudah bercerai atau belum tak pasti. Lepas tu akupun berkawan dengan lelaki pakistan yang tak hensem, agak gelap dan bulat. Alhamdulillah, tak penipu. Aku dah siasat dari kawan-kawan dia. Malahan sejak aku janda dengan bekas suami (melayu) yang tak bayar hutang, dialah yang tolong jualkan barang-barang aku. Aku borong aje dan ambil untung sikit. Tapi dia cari kawan-kawan ramai lagi tolong jualkan. Kami muungkin akan berkahwin nanti. Jadi kesimpulan aku, lelaki hensem ni kita kena berjaga-jaga.