Mar 23, 2009

Kampung vs Bandar: Yang Mana Pilihan Hati?


Saya dan Kuala Lumpur sememangnya tidak dapat dipisahkan sama sekali. Dilahirkan dan dibesarkan di ibu kota menjadikan saya benar-benar anak jati kota metropolitan ini. Setiap kali pulang ke kampung di Perak, saya pasti berasa kurang tenteram kerana perubahan yang amat ketara dari segi gaya hidup.

Di kampung, selepas jam 10 malam, keadaan menjadi sunyi dengan bunyi kenderaan jarang-jarang sekali. Jauh sekali jika anda ingin melihat kedai-kedai makan yang buka sehingga tengah malam. Bukan tiada, tetapi agak jauh dari tempat kami tinggal.

Secara peribadi, bagi saya kedai makan pada waktu malam bagi saya agak penting kerana saya selalu makan selepas jam 12 malam. Saya jarang melepak selepas tengah malam dan biasanya kalau keluar, memang semata-mata untuk mencari makanan.

Tambahan pula, berada di kampung yang tanpa Internet menjadikan saya lebih runsing kerana ini bermakna banyaklah kerja-kerja saya yang akan tertangguh. Jangan terkejut jika saya katakan bahawa dalam sehari saya menghabiskan lebih kurang 18 jam dengan Internet. Tidak hairanlah saya agak "panas punggung" setiap kali pulang ke kampung.

Saya tidaklah mengatakan bahawa tinggal di bandar lebih baik berbanding di kampung. Di kampung juga ada kebaikkannya. Living cost yang rendah, masyarakat tetangga yang lebih ramah dan mesra dan udara yang lebih segar. Cuma bak kata orang tua, "darah orang muda" mungkin menjadikan saya lebih selesa dengan suasana di bandaraya. Mungkin apabila hidup sudah semakin "settle down", saya juga mungkin memilih untuk tinggal di kampung.

Di Kuala Lumpur, di mana sahaja anda berada, begitu mudah untuk mencari gerai atau fast-food chain yang buka 24 jam. Malah, ada antara mereka yang menyediakan perkhidmatan Wifi percuma. Apa yang saya perlukan cuma laptop. Bagi anda yang tinggal di Ampang, anda pasti tahu di manakah Ampang Waterfront. Ini adalah salah satu lokasi tempat saya sentiasa meluangkan masa kerana terdapat OldTown yang menyediakan perkhidmatan Internet secara percuma.


Yang lebih menyeronokkan, ia tutup sekitar jam 3 pagi. Oleh itu, jika anda juga Batman seperti saya, ia adalah tempat yang agak selesa untuk makan dan melayari Internet. Malah, walaupun sudah lewat malam, masih ramai lagi pelanggan yang berada di sana (tidaklah berasa seram).

Biasanya jika saya ke sana untuk melayari Internet, saya lebih gemar pergi berseorangan. Bukan apa, biasanya saya menghabiskan masa berjam-jam di sana.

6 comments:

Kujie said...

Kampung saya namanya Kampung Bandar, Baling, Kedah.

hahaha....

krio said...

dua2 best. aku penah tgl kl hmpir 3thn. boleh aku katakn memang susah nk boring sbab kt cna banyak tempat bleh rewang yg penting poket tak kosong...yg xska kalo ujan habis la jam. penah aku naik rapid kl cuma dr kg. baru ke klcc (time ujan la) 45min ambik mase nyesal lak td tak naik train..dari segi environment memang beza kg. la lg best walaupn shopping complex xde,kg lg tenang/damai yg plg penting mak aku ada kt cni ...time ari cuti toksah ckp la kalo aku memang dok umah je....xde tmpt nk tuju...kedai runcit adala.....salamzz

Admin said...

kujie: haha dah kampung bandar plak tu. confius...

krio: mmg lain bandar dan kg. kalau yang jenis sukakan ketenangan, susah nak adapt bandar nie. haha, kedai runcit. kedai kopi jgn lupa bro.

Ija said...

For me, staying in Balik Pulau is the best.... Tak bandar sangat, tak kampung ulu sangat....Jalanraya tak sesak sangat, kemudahan pun banyak, cuma facilites macam hypersupermarket, sushi king dan benda2 yang habiskan duit tak banyak dapat dibuat di Balik Pulau....hihihi!!!

Nak tau pasal Balik Pulau : http://balikpulau.pid.net.my, we're also provide networking with us... Nak join tak???

e-pols said...

kampung lagi besttt....tenang jee tapi gempakk,,hehe..

Admin said...

ija: thanks. saya penah pegi balik pulau sekali je. menarik gaks. sekarang dh ade projek jambatan kedua kat situ kan?

epols: mmg tenang tapi depends pada individu. ada yang gemarkan ketenangan ada yang suka kesibukan kota.