Nov 27, 2008

Perkhidmatan Broadband No. 1 di Malaysia: Going Nut + Screaming!


(sumber: http://hanief.blogspot.com)

Di kala menulis post ini, kemarahan agak membara di hati saya. Apa tidaknya, 4 jam saya menunggu Internet untuk pulih kepada sediakala, "terima kasih" kepada TMNet Streamyx yang memberikan perkhidmatan yang "bermutu tinggi". Banyak tugasan yang terpaksa ditangguhkan kerana rangkaian internet terganggu. 

Malah, saya cuba menghubungi pihak Streamyx bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah ini. Malangnya, tiada seorang pun operator yang bertugas bagi menerima panggilan. Mesej yang saya terima adalah, terdapat gangguan yang berlaku di kawasan utara dan juga beberapa kawasan lain.

Persoalannya, bolehkah kita meminta ganti-rugi akibat gangguan sebegini kerana kita tetap perlu membayar dengan harga tetap bergantung kepada pakej masing-masing sedangkan perkhidmatan yang diberikan kurang berkualiti?

Perkara ini bukanlah fenomena yang ganjil bagi perkhidmatan Streamyx. Sebelum ini saya pernah mengalami masalah yang sama di mana ia mengambil masa beberapa hari sebelum masalah tersebut dapat diselesaikan. Sudahlah kualiti internet pun bukan di tahap terbaik, kualiti penyelenggaraan juga amat teruk. Masa beberapa hari untuk menyelesaikan satu masalah bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

13 comments:

|1f34|-|1r3 said...

kalau kat malaysia ni payah sket..tp kalau ko dok US, memang selamba jer ko leh saman beb...lebih2 lg kalau downtime tuh dia tak cakap....memang org marah beb...bleh saman tuh..

fina-je! said...

pttla smlm gile je streamyx nih.
dala wireless kat umah ni xde password.
ramaila jiran2 join pakai wireless free.
hehe.ingt slow sbb tuu.
cne ye nk bg ade password?
kne cntct streamyx ehh?

arsaili said...

salam....susahla perkhidmatan di Malaysia ni...sapa bila kita harus menunggu utk mendapat perkhidmatan yg baik...sabar je la

puterikurekure said...

sabar..sabar...
nak wat camne.
streamyx kat ofis ni pon lebih kurang je.
kadang2 clear,tapi slalu sangat line tak clear!

Mr PenyuBiru said...

aku pun sama. arrggg!! bengang giler semalam!!

Your Humble Servant said...

Same same la... streamyx is always like that, and yet everyone is subscribing it.... what to do... kena monopoli...

smaelz said...

Mari bertukar kepada JAring Broadband.. lebih stabil dan best! Siyes!.. aku dah pakai dekat 4 bulan, xder masalah downtime, xder line semput.. download Top Gear guna torrent dlm kelajuan 110kb/s constantly.. amacam?

MiSZuE said...

selalu macam nie..
bile call streamyx kate server heng huhu

Mak Su said...

mkn hati berulam jntng ngan streamyx, ek

LynMay said...

Not only their internet line is crap.. even the services they provide is crap.. whenever I make a call to their service center, I swear my blood pressure shoots up..

Fazrul Shahril said...

Aku pun hangin gak.. last month teribba ja gangguan line telepon aku berlaku bila call telekom dah fixed.. line streamyx lak tak leh pakai.. rupa2nya 1st problem tu depa dah stop line streamyx aku.. lepas tu minta tunggu 2-3 hari.. apa punya turr lah.. bukan salah kita. salah pekerja dia juga.. lepas tu kita yang kena tanggung..

kalau ada alternative lain aku nak tukaq lah..

Kujie said...

sy pun alami...hari Rabu sehinggalah petang Khamis baru ok

inilah susah kalau monopoli

xsleepyheadx said...

Dari dulu aku mmg xsuka streamyx ni.
Selalu jer server down. Lagi2 aku duduk luar bandar.
Aku tukar guna celcom broadband.
Serius...mmg bagus..nk bwk mana2 pun senang.
walaupun aku duduk luar bandar speed dia still sama mcm org dok kl...
signal penuh HSDPA.
memang xpenah ada masalah guna Celcom broadband.