Nov 26, 2008

Kami Memang Ah Long, Kami Cuma Mau "Tolong"!

Walaupun kita seringkali mendengar keganasan dan kerakusan ceti haram yang lebih dikenali sebagai Ah Long, saya percaya tidak ramai antara kita yang pernah bertemu atau bersua muka dengan mereka. Saya juga tergolong dalam kategori tersebut sehinggalah beberapa hari yang lalu.


(sumber: http://skullbase.blogspot.com)

Pada malam tersebut, saya dan rakan-rakan lepak di sebuah restauran mamak di kawasan berdekatan Hartamas. Kebetulan kami duduk berdekatan dengan meja di mana Ah Long dan peminjamnya berjumpa. Mereka bergiat aktif dalam kumpulan seramai kira-kira 5 orang manakala si peminjam pula ditemani oleh pasangannya.



Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka duduk lepak seperti orang lain tetapi secara tiba-tiba situasi menjadi tegang apabila salah seorang ahli kumpulan terbabit naik berang (sebab-sebab tidak diketahui). Pasangan wanita si peminjam cuba menenangkan keadaan dengan menarik tangan Ah Long tersebut supaya duduk dan bertenang.

Apa yang menyedihkan adalah, kesemua ahli kumpulan Ah Long tersebut adalah orang Melayu. Cara percakapan mereka sememangnya kasar dan kurang ajar sekali umpama mereka ini tidak mempunyai agama langsung. Nasib baik si peminjam agak bijak memilih kawasan tempat awam untuk bertemu kerana jika tidak, saya pasti bahawa sesuatu yang buruk pasti berlaku. 


(sumber: http://wikimedia.org)

Sukar untuk meletakkan kesalahan di bahu sesiapa kerana si peminjam meminjam wang kerana kesempitan hidup dan memerlukan wang secepat mungkin, pihak bank pula menetapkan syarat-syarat yang ketat serta mengambil masa yang lama untuk memproses permohonan sehinggakan ramai yang berfikir dua kali sebelum meminjam, Ah Long pula bijak mengambil peluang kerana masih ramai yang berani meminjam walaupun tahu risikonya disebabkan tiada jalan lain.

Sampai bilakah kegiatan ceti haram akan terus berleluasa? Dan berapa ramai lagikah yang bakal menjadi mangsa?

6 comments:

yOnnA said...

sy sgt takut dgn ah long...
huh..

kalau terdesak pun cuba cr jalan lain,
mereka ni mmg sgt menakutkan silap2 boleh terbunuh

julietchun said...

Selagi ade yg sudi meminjam dgn ahlong selagi itulah bisnes mereka boleh jln.

♥«m!stAkêñ^!dêÑt!tÿ»♥ said...

wowww...windunyee nak lepak sini..huhu...ops sory tak masuk tajuk..hehe.

slumbeRAJA said...

[yonna] betul tu.

[julietchun] kerajaan perlu adakan langkah bagaimana rakyat boleh meminjam wang lebih mudah supaya ah long tidak dapat berleluasa seperti sekarang.

[♥«m!stAkêñ^!dêÑt!tÿ»♥] xpe. blog nie slumber aja. sembang apa sahaja ^^

Geek @ Kedai.TV said...

mmg susah...tapi mcm mana..bank pon merapu nak susahkan orang

azrin @ www.azrin.net

shaxx said...

tak tau nak salahkan siapa... bank pun kena protect duit dia... kalau orang tak bayar camna?