Oct 31, 2008

Cuaca dan Serangga. Macam-Macam Ada!

Mula-mula sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung semua terutamanya kepada jard the great, corcraze, ainsya, cutemiut78, alliyah , faizura dan agent sesat kerana mendoakan saya cepat sembuh. Dan kini saya hampir sembuh (90%) ^^.

Cuaca di negara kita semakin tidak menentu. Awal bulan October yang lalu, hujan turun mencurah-curah tidak tentu masa, pagi petang dan juga malam. Malah ada kawasan yang ditimpa bencana alam seperti banjir kilat dan juga tanah runtuh. Kini, tidak sampai satu bulan dari tempoh tersebut, suhu meningkat mendadak sehinggakan di waktu malam juga terasa kehangatan. Bagi yang memiliki air-cond di rumah pastinya tidak merasakan perubahan yang ketara tetapi bagi kurang berkemampuan, terasa bahananya.

Membuka tingkap bagi membolehkan angin sejuk dari luar masuk ke dalam rumah mungkin adalah cara yang baik. Namun begitu, kita diancam oleh bahaya nyamuk Aedes yang boleh membawa maut. Malah kebanyakkan daripada rakan-rakan saya yang mengakui bahawa mereka pernah dijangkiti demam denggi.


(sumber:http://www.comune.torino.it)

Selain dari ancaman nyamuk, saya mendapati kawasan bandar terutamanya di gerai tepi jalan dan kawasan perumahan diancam oleh satu lagi fenomena iaitu: TIKUS. Beberapa minggu lepas saya sempat singgah di kawasan flat kos rendah di mana kebersihan di kawasan persekitaran tersebut tidak terjaga dan menjadi pusat "penternakan" tikus. Sambil menunggu di dalam kereta, saya sempat mengira jumlah tikus yang lalu lalang di kawasan tersebut. Percaya atau tidak, ianya melebih 10 ekor dan saiznya cukup menakutkan, lebih besar dari betis saya!

(source: http://bbc.co.uk)

Jadi jangan terkejut jika gerai mamak kesayangan anda adalah sarang tempat tinggal tikus.

Lipas dan semut juga turut termasuk dalam kategori serangga perosak. Kawasan rumah setinggan dan juga flat kos rendah seringkali menjadi kawasan pembiakan serangga seperti ini. Ini disebabkan oleh tempat pembuangan sampah yang terbuka serta tidak dijaga rapi oleh pihak pengurusan bangunan. Ia juga menyebabkan kawasan tersebut berbau busuk dan menarik serangga lain seperti lalat, langau, dan sebagainya.

Saya tidak pasti siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini.

Adakah ini berpunca dari sikap rakyat kita sendiri yang terlalu mengabaikan kebersihan tempat tinggal mereka?
Adakah majlis perbandaran mengambil sikap sambil lewa atau tidak mengambil langkah yang secukupnya bagi menangani masalah ini?

Saya tidak mengatakan bahawa saya seorang yang sangat prihatin terhadap persekitaran tetapi sebagai individu saya cuba sedaya-upaya melakukan yang terbaik seperti tidak membuang sampah merata-rata (jika saya makan gula-gula, plastiknya saya simpan di dalam poket sehinggalah berjumpa dengan bakul sampah) dan juga mengamalkan tabiat kitar semula (dapat duit... ^^).


(sumber: http://scribalterror.blogs.com)

Saya percaya jika kita SEMUA tidak membuang sampah merata-rata, maka kebersihan kawasan persekitaran kita dapat dipelihara. Kempen gotong-royong perlu dihidupkan semula bagi memberi kesedaran kepada orang ramai selain dapat merapatkan hubungan masyarakat setempat. Jika tidak, mungkin tidak lama lagi, muncul lagi penyakit-penyakit baru yang boleh membahayakan kita semua berpunca dari persekitaran yang kotor.


(sumber:http://www.bbc.co.uk)

Oct 29, 2008

Harry Potter and the Half-Blood Prince Trailer (Official)



Akhirnya, trailer bagi filem Harry Potter and the Half-Blood Prince Trailer dipertontonkan ke seluruh dunia, iaitu tarikh yang lebih awal dari yang dijangkakan. Filem ini yang hanya akan menemui peminat Harry Potter pada Julai 2009 nanti. 

Berikut adalah sedutan dari filem "Harry Potter and the Half-Blood Prince Trailer": -


Aaaaa Choo & Weng Weng!



Di kala menulis post ini, saya masih lagi dalam proses recover dari selsema yang teruk dan juga sakit kepala. Saya jarang-jarang sekali ditimpa penyakit tetapi jika kena sekali, kesannya jauh lebih teruk dari orang lain. Semalam, saya telahpun menelan 2 biji panadol ActiFast yang biasanya memberikan kesan yang pantas tetapi malangnya kali ini ianya kurang berkesan.

Bukan itu sahaja sebenarnya, beberapa hari kebelakangan ini, mood saya juga kurang baik dan sehingga kini ianya masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih seperti sediakala.

Doakan saya cepat sembuh dan terima kasih kerana tidak putus-putus mengunjungi blog saya!

Oct 27, 2008

Jangan Main Belakang!



Saya tidak pasti sama ada ini adalah pengaruh negatif dari negara barat ataupun ianya telah menjadi sifat semulajadi seseorang tetapi semakin lama semakin ramai yang tampil dan mengakui diri mereka homoseksual (gay). Suka ataupun tidak, trend ini sudah makin menular dalam masyarakat kita di Malaysia.

Bayangkan jika anda (lelaki) sedang membuang air kecil di tandas awam dan golongan ini berada di sebelah anda tetapi sedang memerhatikan gerak-geri anda. Begitu juga situasinya jika anda berada di bilik persalinan di gym atau kompleks renang.

Bagi golongan yang dilahirkan "dua alam" (kunsar), saya tidak mempunyai masalah dengan mereka kerana pada pendapat saya, mereka dilahirkan di dunia ini dalam keadaan yang boleh dianggap sebagai handicap di mana mereka tiada pilihan lain selain menerima dengan redha dan seadanya. Manakala bagi pasangan gay, mereka dilahirkan dengan cukup sifat sebagai lelaki tulen tetapi memilih untuk menyukai sesama jantina.

Saya berpendapat bahawa perbuatan jijik ini umpama suatu penghinaan dan cubaan untuk melawan hukum alam yang ditetapkan oleh Allah. Persoalannya, apa kurangnya dengan kaum Hawa yang diciptakan dengan sifat bagi "melengkapkan" kaum Adam sehingga mereka memilih sesama jantina sebagai pasangan kekasih?

Jika yang terjebak dalam gejala kurang bermoral ini adalah bukan Islam, mungkin boleh diterima lagi tetapi malangnya ada antara mereka adalah umat Islam. Tidakkah mereka belajar tentang azab yang ditimpakan ke atas kaum nabi Luth di mana bumi diterbalikkan?

Dalam kes di atas, bayangkan betapa kecewanya hati isterinya yang telah hidup bersama selama 21 tahun dan dikurniakan 4 cahaya mata. Bagaimana pula perasaan anak-anak mereka apabila mengetahui yang ayah mereka rupa-rupanya "kaki main belakang"?

Apakah tindakan kerajaan Malaysia yang terkenal dengan konsep Islam Hadharinya dalam menangani masalah sebegini?


(sumber: http://www.gaymalecam.com)

Selamat Menyambut Deepavali

Krisis Petrol: Sikap Berdolak-Dalih Kerajaan



Seperti yang saya sangkakan hampir 2 minggu yang lalu, kebenaran hampir terbongkar dengan kerajaan sememangnya jelas tiada niat untuk menurunkan harga petrol kepada nilai asal iaitu RM1.92. Jika benar harga petrol bakal diturunkan 15 sen, ini bermakna harga terbaru petrol adalah RM2.15 di mana rakyat terpaksa menanggung beban 23 sen setiap liter yang kita semua gunakan.

Memalukan.

Kerajaan secara terbuka sudah berjanji kepada rakyat bahawa mereka akan menurunkan harga petrol kepada RM1.92 apabila harga minyak mentah turun ke paras US$72 per barrel sedangkan minggu lepas, ia telah turun sehingga US$62 per barrel dan berlegar-legar di bawah paras US$72 sepanjang minggu lalau. Ini sememang suatu pembohongan terbuka kerajaan kepada rakyat kerana gagal mengotakan janji walau apa sekalipun alasan yang mereka akan berikan.



Lihat sendiri, bukan saya seorang yang tidak bersetuju dengan keputusan ini, malah pensyarah dari UUM sendiri turut menyelar tindakan kerajaan yang telah mencabuli kepercayaan rakyat tanpa mempedulikan kesusahan kita semua.

Saya tidak meminta pun harga minyak dikurangkan sehingga RM1.80 walaupun sebenarnya kerajaan Malaysia mampu berbuat demikian dengan penyusutan mendadak pasaran minyak mentah, cukuplah sekadar diturunkan kepada harga asal beberapa bulan yang lalu.



Akibat kenaikan 78 sen beberapa bulan lalu telah menyaksikan harga barangan turut meningkat mendadak dan walaupun harga petrol telah turun, masih ada peniaga yang berdegil untuk menurunkan semula harga barangan yang dijual. Ini sememangnya membebankan pengguna sedangkan kerajaan juga telah berjanji bahawa harga barangan tidak akan naik sama sekali. Saya tidak menyalahkan peniaga dalam hal ini kerana tidak mungkin mereka mampu untuk mengekalkan harga barangan mereka jika harga petrol naik.

Saya merasakan bahawa, adalah tidak adil sama sekali jika pemimpin kerajaan diberikan subsidi petrol kerana ini bermakna mereka tidak sama sekali memahami keperitan yang dialami oleh rakyat. Jika benar BN adalah parti berjiwa rakyat, maka mereka perlu "turun padang" dan merasai sendiri apa yang dialami oleh kita semua.

"Masa naik senang, masa turun payah!"

Oct 25, 2008

Hartamas Square, Pasar Malam: Antara Langit dan Bumi!

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan kaum yang berbilang bangsa. Selain itu, kita juga terkenal dengan gaya hidup yang sangat berlainan berbanding rakyat di negara lain terutamanya di negara barat. Apa tidaknya, jika di negara lain rakyat mereka bersiap sedia untuk melabuhkan tirai hari mereka bila sahaja malam menjelma, kita pula bersiap sedia untuk keluar melakukan pelbagai jenis aktiviti. Kuala Lumpur sepatutnya digelar "Batman City" walaupun term yang lebih tepat adalah "city that never sleeps".


(sumber: http://www.tropicalisland.de)

Selepas mengharungi minggu yang cukup memenatkan, saya mengambil keputusan untuk melepak di Hartamas Square dengan rakan. Melepak di Hartamas bukanlah aktiviti mingguan saya kerana ia bergantung kepada kesibukan atau budget minggu tersebut kerana bagi yang sedia maklum, Hartamas Square bukanlah tempat di mana anda melepak sekiranya anda tidak memiliki wang yang cukup. Sebagai contoh, Vanilla Coke di sana hampir mencecah RM3.00 setin. Jadi bayangkan pula bagaimana harga makanan di sana.


(sumber: http://to-eat-or-to-live.blogspot.com)

Bagi penggemar shisha seperti saya, sudah sedia maklum yang harga shisha di sana agak tinggi berbanding di tempat lain iaitu RM13.00. Walaupun begitu, Hartamas Square tidak putus-putus dari menerima kunjungan pelanggan yang pada firasat saya rata-rata dari mereka datang dari golongan berada. Jadi, faktor kewangan bukanlah masalah yang besar.

Saya tidak pasti samada gejala keluar malam sebegini menyumbang kepada masalah gejala sosial tetapi ia memberikan rahmat kepada para peniaga yang sanggup berjaga malam bagi melariskan perniagaan mereka.

Bercerita tentang peniaga, semalam saya sempat ke pasar malam berdekatan dengan rumah saya. Mungkin ini silap saya kerana datang agak awal (6.30 petang). Pada mulanya, saya ke sebuah gerai membeli kuih berharga RM2.00 tetapi masalahnya saya hanya mempunyai note RM50.00 di mana peniaga tersebut tidak mempunyai wang baki. Kemudian, saya singgah ke sebuah gerai murtabak dan bercadang membeli 2 keping murtabak berharga RM4.00. Malangnya, masalah yang sama timbul. Akhirnya, saya pulang dengan tangan kosong.


(sumber: http://myyearonline.wordpress.com)

Apa yang saya tidak faham adalah, bagaimana mereka berniaga tanpa membawa sebarang wang tukar? Saya tidak tahu yang pasar malam mempunyai undang-undang di mana note RM50.00 tidak boleh diterima pakai. Seolah-olah saya membawa: -


(sumber: http://petaijeruk.blogspot.com)

DUIT POKOK PISANG!!

Oct 22, 2008

Detik Youth'09 Bermula!


Semalam saya sempat menghadiri majlis bagi merasmikan Youth '09 yang diadakan di PWTC oleh YouthMalaysia. Sidang ini bertujuan untuk menarik lebih ramai penaja untuk menyertai acara yang julung kali diadakan ini. Youth '08 yang diadakan pada bulan Januari 2008 yang lalu telah berjaya menarik penyertaan seramai 20,000 orang remaja dari seluruh negara.

Tidak cukup dengan itu, YouthMalaysia kali ini telah menetapkan misi mereka bagi mengumpulkan 50,000 orang remaja bagi menyertai Youth '09 yang bakal berlangsung pada 9 - 11 Januari 2009 nanti. Sidang yang berlangsung siang tadi dihadiri oleh beberapa tokoh terkenal seperti Joel Neoh (YouthMalaysia's founder), Timothy Tiah (Nuffnang's co-founder), dan beberapa lagi wakil media.

Untuk pengetahuan semua, saya dijemput menghadiri sidang ini di atas jasa baik dari co-founder CekikDarah.com iaitu Ken dan ketua editornya, I-Myn. Bagi yang tidak mengetahui, CekikDarah.com merupakan salah sebuah blog yang tersenarai dalam kelompok komuniti yang menyokong YouthMalaysia. Tema bagi CekikDarah.com adalah berkaitan tentang kesedaran tentang betapa pentingnya remaja mengetahui konsep kewangan yang betul.



Kami sempat berbual dengan beberapa orang wakil dari Utusan yang sudi meluangkan masa mereka menceritakan pengalaman mereka serta memberikan tips yang berguna kepada golongan muda seperti kami. Nasib baiklah mereka tidak mengetahui yang saya seringkali meng"kritik" berita yang dikeluarkan oleh Utusan Online (shh... diam-diam). Mungkin ini adalah karma kepada saya.

Jangan terlepas untuk mengikuti Youth'09 nanti kerana banyak acara serta hadiah yang menarik menanti anda semua.

Oct 21, 2008

Coffee & Me


(sumber: http://www.reallynatural.com)

Saya mengakui bahawa saya memiliki ketagihan (addiction) terhadap kopi. Tabiat meminum kopi bermula ketika berada di universiti terutamanya ketika peperiksaan semakin hampir. Antara sebab utama saya meminum kopi adalah untuk menahan diri dari tidur tetapi lama kelamaan ia menjadi suatu kemestian dalam kehidupan seharian saya. 

Saya pernah cuba untuk berhenti tetapi akibatnya, saya tidak mampu untuk memberikan tumpuan 100% terutamanya apabila melibatkan aktiviti yang memerlukan saya berfikir. Selain itu, "cubaan" tersebut mengakibatkan saya seringkali mengalami masalah cepat mengantuk tidak kira siang ataupun malam serta menjadi kurang bersemangat.

Percaya ataupun tidak, dengan adanya kopi mampu menahan saya dari tidur untuk tempoh 2 - 3 hari tanpa henti. Namun begitu, kesannya adalah, kandungan caffeine di dalam badan saya agak tinggi kerana minum lebih dari 5 cawan kopi sehari. Berikut adalah ulasan beberapa pakar mengenai bahaya kesan kandungan caffeine dalam badan serta perkara yang sewaktu dengannya: -

"Caffeine's immediate effects on your body"

It doesn't take a genius to see that there might be a downside to all of this neuron activity. In fact, uncontrolled neuron firing creates an emergency situation, which triggers the pituitary gland in the brain to secrete ACTH (adrenocorticotrophic hormone). ACTH tells the adrenal glands to pump out stress hormones—the next major side effect of caffeine. 
Caffeine Blues By Stephen Cherniske MS, page 56

Within five minutes after you drink your morning coffee, the caffeine begins to stimulate your central nervous system, triggering the release of stress hormones in your body, causing a stress ("fight or flight" ) response. The stress hormones are useful if you need to prepare yourself to fight or flee a dangerous situation, but if you are simply sitting at your desk you may feel a short charge of alertness, quickly followed by feelings of agitation. Within the next hour or so, after the stress response dissipates, you will probably feel more tired and hungry. At these low-energy times, many people reach for another cup of coffee, or eat a snack that is often high in sugar to "pep up" and stay alert. However, both caffeine and sugar only give you temporary feelings of increased energy, which quickly dissipate. For some people, this cycle of low energy followed by an infusion of caffeine or food continues the entire day -- leaving them feeling exhausted and unable to focus by 3:00 p.m. because they are drained from the ups and downs in energy their body endured throughout the day. 
Active Wellness By Gayle Reichler MS RD CDN, page 12

Caffeine triggers a stress response that involves a surge in adrenal hormones and the classic fight-or-flight "emergency," affecting virtually every cell in the body. 
Caffeine Blues By Stephen Cherniske MS, page 98

Caffeine works by mimicking a hormone that tells the adrenal glands to crank out more adrenaline. The adrenal glands think there is a stressful situation and that they are supposed to be making more adrenal hormone. 
Herbal Defense by Ralph T Golan ND, page 280

I particularly recommend that you avoid caffeine. What caffeine actually does is set off a stress response. It stimulates your adrenal glands to make epinephrine and norepinephrine—the same stress hormones that are produced in response to any stressor. This sets the stress response in motion, causing tense muscles, elevated blood sugar, and increased pulse and respiration. You may feel mentally sharper because your brain is high on adrenaline. It's ready to rumble. One cup of coffee for most people isn't damaging. But as you may recall from our discussion of the three stages of the stress response, if stress hormones remain elevated, the body is thrown into a state of chronic stress. By sipping on coffee, tea, or caffeinated soda all day long, you are forcing your adrenal glands to continue to pump out stress hormones. 
The Memory Solution by Dr Julian Whitaker, page 165

Caffeine and nicotine overstimulate the adrenal glands. When these substances, other stressors, and a generally poor diet are combined, the adrenals can enter into a state of emergency. They become depleted of important vitamins, such as B-complex vitamins and vitamin C. 
Complete Encyclopedia Of Natural Healing by Gary Null PhD, page 233

Watch out for coffee. The caffeine in coffee can upset blood-sugar levels, leaving you fatigued and longing for a quick-pick-me-up snack. Limit coffee to two cups a day. 
Food & Mood By Elizabeth Somer MA RD, page 57

Dalam banyak-banyak jenama kopi di pasaran, saya hanya menyukai 2 jenama sahaja iaitu (no offense kepada jenama lain): -


(sumber: http://www.office-emart.com)


(sumber: http://www.vnemart.com.vn)

Boncafe adalah pilihan utama saya kerana ia selain mampu menahan dari mengantuk, ia juga memberikan tenaga tambahan kepada saya terutamanya apabila melakukan kerja pada waktu malam. Bagi Davidoff pula, rasa kopi tersebut agak "smooth" dan tidak terlalu pekat jika dibandingkan dengan Boncafe. Namun begitu, dari segi ekonomi dan juga keberkesanan, Boncafe memberikan kepuasan yang tersendiri.

Saya tidak pasti bagaimanakah ketagihan ini dapat diatasi tetapi berdasarkan trend semasa, semakin ramai rakyat Malaysia yang meminati kopi. Lihat sahaja jumlah pelanggan StarBucks dan Coffee Bean yang kina bertambah setiap tahun. Bagi yang tidak mengatahui, teh adalah minuman pagi nombor satu di Malaysia dan bukannya kopi. Mungkin ini disebabkan oleh trend yang dibawa oleh penjajah British yang gemarkan teh berbanding kopi. Buktinya kita memiliki ladang teh di Cameron Highlands


(sumber: http://www.kb-backpackers.com.my)

Setakat ini saya masih belum melihat kesan negatifnya tetapi jika ketagihan ini berterusan tidak mustahil membawa kepada penyakit kronik.

Oct 20, 2008

Ranking Universiti Terbaik Dunia. Di Manakah Kita?



Puas hati? Sudah tentu tidak wahai bakal PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Buktinya adalah pilihanraya Mac lepas di mana ramai generasi muda yang mengundi parti pembangkang kerana tidak berpuas hati. Jika mahukan perubahan kita mesti mulakan dengan kerajaan. Kerajaan yang baik menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi.

Lihat sahaja buktinya, tiada satu pun universiti tempatan yang berada dalam ranking 200 universiti terbaik di dunia selepas Pak Lah memegang tampuk pemerintahan sedangkan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia pada suatu ketika dahulu sangat dikagumi dan disegani oleh dunia luar.

Berikut adalah ranking 2008 bagi universiti terbaik di dunia yang dikeluarkan oleh The QS: -



Universiti negara jiran kita iaitu National Universiti of Singapore berada pada kedudukan ke-30, meningkat 3 anak tangga dari tanggak ke-33 pada 2007. Jadi persoalan utama, di manakah ranking universiti tempatan kita? Wahai pembaca yang dikasihi sekalian, jangan pandang rendah dengan mutu dan kualiti universiti tempatan kerana kita masih berada di dalam ranking dunia.






Hebat tak?

Oct 18, 2008

Rahsia Ayah Pin Menarik Keahlian "Mat Salleh"


(sumber: http://img228.imageshack.us)

Nampaknya belum serik-serik lagi Ayah Pin kita nie. Ingatkan sudah insaf setelah lama menghilang, rupa-rupanya menambah keahlian baru. Mungkin beliau ke Besut untuk berjumpa ketua bahagian bagi pemilihan jawatan tertinggi Kelab Ayah Pin. Macam Chipsmore, "kejap ada, kejap takde".
Yang hebatnya adalah beliau berjaya menarik orang dari luar negara bagi mengikuti ajarannya. Samada pengikutnya sedar atau tidak yang mereka telah disesatkan, wallahualam. Saya cuba menjejaki bagaimanakah beliau mendapat "mat salleh" menjadi pengikut beliau...

JENG JENG JENG...




Ayah Pin IT Savvy!!

Oct 17, 2008

Max Payne: Like A Pain In The Ass


(sumber: http://www.thehollywoodnews.com)

Semalam saya ke MidValley bagi menonton filem terbaru Hollywood "Max Payne". Filem ini merupakan antara hasil adaptasi permainan video terkenal dan diminati ramai. Walaupun tidak pernah bermain game tersebut, saya sudah lama mendengarnya dan agak tertarik untuk menonton filem ini berdasarkan beberapa sinopsis di Internet. Berikut adalah antara sinopsis yang sempat saya baca.

Synopsis 1: -

Based on the legendary, hard-hitting interactive video game, Max Payne tells the story of a maverick cop determined to track down those responsible for the brutal murder of his family and partner. Hell-bent on revenge, his obsessive investigation takes him on a nightmare journey into a dark underworld. As the mystery deepens, Max (Mark Wahlberg) is forced to battle enemies beyond the natural world and face an unthinkable betrayal.

Synopsis 2: -

Rockstar Games' double-gunned action franchise comes to the big screen thanks to director John Moore (The Omen) and Mark Wahlberg, who embodies the title character of Max Payne, a widowed cop hell-bent on delivering justice no matter what the cost as he investigates a string of killings in his city. Mila Kunis and Chris O'Donnell head up the supporting cast, with Beau Thorne adapting the screenplay for the 20th Century Fox production. ~ Jeremy Wheeler, All Movie Guide

Synopsis 3: -

Coming together to solve a series of murders in New York City are a DEA agent (Wahlberg) whose family was slain as part of a conspiracy and an assassin (Kunis) out to avenge her sister's death. The duo will be hunted by the police, the mob, and a ruthless corporation.

Nampak menarik betul tak?

1 jam 33 minit selepas menonton filem ini di GSC MidValley, saya terasa ingin meminta semula RM8.00 di kaunter membeli tiket. Saya biasanya memilih menonton wayang berdasarkan samada filem tersebut berbaloi atau tidak, dan ternyata Max Payne termasuk dalam kategori filem yang tidak berbaloi.

Kebiasaannya bagi filem yang berkualiti tinggi, ia memberikan kesan mendalam kepada para penonton semasa dan juga selepas menonton filem tersebut. Adrenaline penonton pastinya memuncak bagi genre filem aksi  (action movie) tetapi menonton Max Payne adalah umpama menonton filem Inggeris yang ditayangkan di TV3. 

Jika anda masih ingat filem Journey to the Center of the Earth yang saya tontoni beberapa minggu yang lepas, walaupun saya menontonnya pada screen 17" ini, saya terasa seolah-olah diri saya "diserap" masuk ke dalam filem tersebut. Namun, tidak bagi filem Max Payne.

Mungkin anda merasakan perbandingan yang saya berikan tidak bersesuaian kerana konsepnya berlainan. Jika demikian, saya rasa Hitman adalah filem yang paling sesuai untuk menjadi pesaing utama kerana kedua-dua filem diadaptasi dari permainan video, dibintangi oleh Olga Kurylenko, genre filem aksi. Namun begitu, kedua-dua filem ini ibarat langit dan bumi.

Semasa menonton Hitman, saya cuba sedaya-upaya menahan diri dari pergi ke toilet kerana tidak mahu terlepas mana-mana scene tetapi bagi filem Max Payne, saya sedikit pun ada rasa menyesal kerana pergi ke toilet.

Rating peribadi saya: 4.0/10

Trailer: 



Rahsia Kerajaan BN Terbongkar! Fakta Sebenar Harga Petrol Dunia!

Saya terlebih dahulu ingin minta maaf kepada penyokong BN semua jika artikel ini menyinggung perasaan anda. 

Saya percaya kebanyakan penyokong-penyokong BN kini sedang bergembira dengan berita penurunan harga minyak oleh kerajaan 3 hari lalu dan ini seolah-olah membuktikan bahawa kerajaan kita sangat perihatin tentang kepayahan hidup rakyat.

Biar saya bukakan sedikit mata anda tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Penurunan harga minyak sememangnya telah dijangka oleh ramai penganalisa ekonomi dan kerajaan kita juga sedar hakikat ini. Apa yang kita semua tidak sedar adalah mengapa kerajaan memilih untuk menurunkan harga minyak di seluruh negara 3 hari lepas?

Ini dia sebabnya: -



Harga pasaran bagi minyak mentah hari ini telah turun ke paras US$69.79 per barrel iaitu di bawah dari nilai yang dijanjikan oleh kerajaan iaitu US$72 per barrel untuk menurunkan semula harga petrol tempatan kepada RM1.92 seliter. Berikut adalah buktinya: -



Pada mulanya, saya beranggapan bahawa mungkin ini cuma suatu kebetulan mengapa harga minyak diturunkan pada 15 October 2008 sehinggalah saya membaca berita yang berikutnya. Ini buktinya: -



Ini bermakna kerajaan hanya akan mengkaji semula harga petrol tempatan pada 28 Oktober 2008 nanti dan membolehkan kerajaan "untung" sebanyak 38 SEN bagi setiap liter yang kita semua bayar kini sekurang-kurangnya untuk tempoh 14 hari. Adakah anda nampak logiknya di sini?

Bukan itu sahaja, harga yang dinaikkan tempoh hari adalah 78 SEN iaitu dari RM1.92 kepada RM2.70. Harga terkini pada 15 October adalah RM2.30 yang bermaksud penurunan sebanyak 40 SEN. Ia bersamaan penurunan 51% daripada kenaikan 78 SEN tersebut sedangkan harga minyak mentah telah pun turun hampir kepada nilai US$72 per barrel iaitu bersamaan RM1.92 seliter yang dijanjikan. 

Jika kerajaan menurunkan harga petrol kepada RM2.00 - RM2.10 seliter pada 15 October yang lalu, saya sendiri boleh menerimanya tetapi hanya turun 15 sen kepada RM2.30 sedangkan dalam Utusan Malaysia sendiri mengakui yang harga minyak mentah pada minggu ini berlegar antara US$77 hingga US$80.

p/s: zamz, saya setuju yang harga minyak tidak diambil dari nilai semalam tetapi jangan lupa yang kita ada subsidi minyak dan seperti yang saya katakan, harga minyak telah dijangka turun kerana OPEC mempunyai stok simpanan minyak yang berlebihan serta dipengaruhi plan menyelamatkan ekonomi Amerika yang bernilai US$700 billion. Seperti yang saya persoalkan di atas adalah mengapa kerajaan hanya mengurangkan sebanyak 15 SEN iaitu setakat ini baru bersamaan dengan 51% dari 78 SEN yang dinaikkan beberapa bulan lalu sedangkan harga minyak sudah hampir ke paras US$72 per barrel (sudah lebih 2 minggu harga minyak berlegar-legar di bawah paras US$90 per barrel).

taukey, saya dari awal tidak bersetuju dengan sistem rebat tersebut kerana jika diikutkan sebenarnya kerajaan dapat menjimatkan berbillion ringgit kerana tidak perlu menampung subsidi minyak. Ini adalah contoh betapa lemahnya plan ekonomi yang dirancang di bawah kerajaan BN. Sekiranya dari awal mereka menggunakan wang rebat tersebut sebagai wang subsidi minyak, tidak akan ada timbul masalah adil ataupun tidak.

Oct 16, 2008

Bolehkah Anak Dan Ibu Bapa Menjadi Teman Baik?


(sumber: http://www.flickr.com)

Semasa zaman persekolahan dahulu, saya memiliki seorang rakan yang menggunakan "aku" dan "kau" apabila berbahasa dengan ibu bapanya. Saya tidak pasti bagaimanakah hubungan mereka anak-beranak tetapi persoalan utama adalah "bolehkah ibu bapa dan anak-anak menjadi sahabat baik seperti kita dengan rakan-rakan di sekolah atau di tempat kerja?"

Apa yang saya nampak dalam masyarakat Malaysia secara umumnya, hubungan antara anak dan ibu bapa agak renggang kerana batasan usia atau "hukum semulajadi" yang telah ditetapkan sejak dari berabad lamanya bahawa anak dan ibu bapa tidak boleh berkawan baik.

Oleh sebab itu, anak-anak takut untuk bercerita dengan ibu bapa atau lebih gemar berahsia kerana takut dimarahi atau bimbang ibu bapa tidak memahami perasaan serta situasi yang mereka sedang hadapi. Kadang kala, anak-anak tidak mahu bercerita kerana ibu bapa terlalu kerap memberikan nasihat walaupun anak mereka mahukan teman yang boleh mendengar rintihan hati mereka. 

Mungkin saya tidak memahami situasi ini kerana belum bergelar bapa tetapi secara logiknya ibu bapa juga pernah melalui zaman kanak-kanak dan remaja walaupun mungkin situasi dan persekitarannya yang berbeza.

Ada juga anak-anak yang sebenarnya tidak mempunyai rasa hormat kepada ibu bapa mereka sebaliknya rasa takut kerana telah diasuh dari kecil. Masyarakat Asia sememangnya terkenal dengan reputasi "memukul" anak-anak mereka sewaktu zaman kanak-kanak atas tujuan untuk "mendidik" mereka. Jadi, jangan terkejut jika anak anda juga memiliki perasaan yang sedemikian.


(sumber: http://img.dailymail.co.uk)

Saya berpendapat bahawa ibu bapa di Malaysia takut sekiranya mereka terlalu rapat dengan anak-anak mereka, ini mungkin mengakibatkan anak-anak "pijak kepala" dan sukar dikawal apabila besar nanti. Selain itu, mereka bimbang akan ada rasa bersalah jika mereka berada dalam situasi di mana mereka perlu memarahi anak mereka. 

Selain itu, kurangnya peranan kerajaan dalam menganjurkan aktiviti yang bersifat kekeluargaan seperti yang dijalankan di negara maju seperti Amerika di mana mereka mempunyai program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa. 


(sumber: http://www.ymcamemphis.org)

Yang anehnya, apabila timbul masalah seperti pergaduhan di sekolah, seks luar nikah, dan sebagainya ibu bapa lebih gemar menunding jari kepada guru-guru sedangkan ibu bapa sendiri tidak tahu dengan siapakah anak mereka bergaul, bermusuh serta aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka di luar sekolah.

Jika ibu bapa dan anak-anak mereka bergaul rapat, kemungkinan besar jenayah yang melibatkan golongan remaja dapat dikurangkan di mana kini kian ramai penghuni di pusat juvana di seluruh negara.

Oct 15, 2008

Di Manakah Malaysia Dalam Ranking FIFA?



Publisiti Murahan!

Jurulatih negara yang berada pada kedudukan ke-175 dunia memuji Malaysia sebagai pasukan hebat untuk ditandingi. Saya tidak faham bagaimana Utusan Malaysia dengan tanpa segan silu memaparkan berita sebegini. Kemenangan 4-1 Malaysia ke atas Pakistan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Pakistan bukanlah gergasi bola sepak dunia dan hanya berada pada kedudukan ke-168 dalam ranking FIFA. 

Masalah utama dalam bola sepak tanahair adalah campurtangan politik dalam pengurusan FAM yang merosakkan pembangunan sukan no. 1 tersebut. Saya tiada niat untuk menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tetapi saya merasakan beliau tidak layak untuk jawatan Presiden FAM dan jawatan itu perlu diberikan kepada lagenda bola sepak yang tahu selok belok sukan tersebut.

Ketika ditemubual oleh pemberita mengenai kritikan panas sesetengah pihak bahawa beliau seharusnya meletakkan jawatan tersebut, beliau menjawab "tanpa saya sebagai Presiden FAM, tiadalah bangunan FAM". Persoalannya, bagaimanakah beliau mengukur kejayaan bola sepak di Malaysia? Building atau Ranking?

Sukan bola sepak merupakan sukan utama di negara kita dan atas alasan tersebut setiap tahun kerajaan memberi peruntukan berpuluh juta ringgit bagi pembangunan sukan tersebut. Namun begitu, setakat ini tiada sebarang hasil yang boleh dibanggakan sedangkan sukan seperti squash yang diketuai oleh ratu squash negara, Nicol Ann David (ops lupa "Datuk") yang kini berada di puncak dunia selaku pemain nombor 1 dunia hanya menerima peruntukan kecil.



Bola sepak kita bukan sentiasa berada pada tahap lemah sebegini kerana kita pernah berada pada kedudukan ke-75 dunia pada Ogos 1993 iaitu pencapaian terbaik kita sejak ranking dunia diperkenalkan. Saya masih ingat lagi ketika itu, peminat tanahair memenuhi stadium setiap kali perlawanan liga tempatan berlangsung. Singapura dan Brunei juga adalah antara pasukan yang memeriahkan liga Malaysia.



Namun kini, kenangan hanya tingal kenangan. Lihat sahaja bilangan penonton yang hadir ke stadium. Yang menyedihkan adalah pembinaan Stadium Shah Alam yang tersergam indah dan mampu menampung sehingga 100 ribu penonton tetapi kosong walaupun ianya berada berdekatan dengan kawasan perumahan. Ranking terbaru kita adalah 160 iaitu peningkatan dari tangga ke-170 tetapi adakah ini sesuatu yang boleh dibanggakan?

Ini memberikan mesej yang jelas bahawa rakyat tempatan tidak lagi meminati liga Malaysia dan memandang rendah dengan kupayaan pemain-pemain tempatan yang dianggap kurang berbakat kerana kegagalan FAM dalam menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi.

Ramai bertanya, adakah Malaysia sememangnya tiada pemain berbakat?

Jika anda inginkan jawapan bagi soalan tersebut, pergilah melawat gelanggang futsal yang ada berhampiran dengan kawasan anda. Melalui pemerhatian saya selaku peminat bola sepak hampir 15 tahun berpendapat kita sememangnya memiliki pemain berbakat tetapi terdapat beberapa faktor yang menghalang perkembangan pemain kita: -
  • Gaji yang terlalu rendah dan tidak berbaloi dengan usaha mereka.
  • Pengurusan pasukan negeri yang terlalu lemah sehinggakan ada pemain yang tidak menerima bayaran sehingga berbulan-bulan lamanya.
  • Pemain muda yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik lebih gemar menyambung pelajaran ke universiti daripada bermain bola sepak kerana ianya lebih menjamin masa depan.
  • Ada antara jurulatih yang "pilih kasih" dengan memilih pemain kesukaan mereka sahaja walaupun ada yang lebih berbakat. Gejala ini sering berlaku di Malaysia termasuklah di sekolah rendah dan menengah.
  • Tiada latihan lanjutan bagi mengasah bakat-bakat muda sehinggakan pemain terbiar.
Beberapa bulan lepas, saya ada melihat di Bulletin Utama TV3 melaporkan bahawa kebajikan pemain muda liga remaja tempatan diabaikan apabila terpaksa berkongsi bilik beramai-ramai bagi menjimatkan kos walaupun peruntukan telah diberikan. Mereka tidak meminta layanan 5 bintang tetapi jika sedemikianlah caranya, tidak hairanlah mereka tidak berminat untuk bermain bola secara profesional. Jadi, ke manakah hala tuju wang yang telah disediakan oleh kerajaan?

Oct 14, 2008

Pelajar Melayu dan Bahasa Inggeris

Malam tadi saya sempat menonton sebuah program diskusi, Hijrah Remaja yang diterbitkan oleh Astro Oasis dan kendalikan oleh Waheeda. Rancangan ini berkisar mengenai bual bicara dan diskusi agama khas untuk remaja masa kini. Beberapa orang pelajar dijemput serta seorang pakar bagi memberikan pendapat mereka mengenai isu yang dibincangkan.



(sumber: http://www.roadjunky.com)

Pada siri kali ini menyentuh tentang peranan bahasa Inggeris dengan graduan dari institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Dari apa yang saya nampak dan alami sendiri, bangsa Melayu merupakan bangsa yang sering mengalami masalah untuk menguasai bahasa kedua tersebut berbanding bangsa Cina dan India.

Antara sebab-sebab utama yang disebut dalam perbincangan tersebut adalah: -
  • Kurangnya keyakinan pelajar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dengan rakan-rakan ataupun ahli keluarga kerana bimbang ditertawakan jika melakukan kesilapan.
  • Pelajar sendiri tidak mahu mengambil inisiatif untuk memperkasakan diri mereka dalam menguasai bahasa tersebut.
Saya sendiri tidak terkejut kerana pernah mengalami pengalaman di mana seorang rakan terpaksa berhenti belajar kerana beliau kurang fasih berbahasa Inggeris dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah ketika di universiti.

Selain itu, salah seorang daripada panel mengajukan soalan kepada pakar yang dijemput: -

"Mengapakah Bahasa Malaysia tidak dijadikan sebagai bahasa pengantar seperti yang berlaku di France, Japan, Germany dan sebagainya?"

Jawapan pakar tersebut adalah: 

"Kerana populasi Malaysia jauh lebih rendah dari negara-negara tersebut France (64 juta), Germany (82 juta), Japan (127 juta) dan sukar untuk diterima oleh masyarakat dunia."


(sumber: http://www.blogigo.co.uk)

Fakta yang beliau lupa adalah Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca oleh masyarakat di seluruh dunia pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan jangan lupa Indonesia memiliki populasi sebanyak 234 juta penduduk yang sedikit sebanyak memahami bahasa yang kita gunakan. Nampaknya, "pakar" tersebut juga tidak percaya dengan kemampuan bahasa Malaysia apatah lagi kita yang cuma orang biasa.

Masalah dalam sistem pendidikan kini adalah mesej yang disampaikan adalah bercampur-aduk di mana kerajaan mahukan bahasa Malaysia diperkasakan dan dalam masa yang sama bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantara. Akibatnya, pelajar-pelajar yang menjadi korban kepada "uji kaji" kementerian pelajaran dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Bayangkan bagaimanakah pelajar mampu untuk memahami subjek tersebut sedangkan dalam mata pelajaran bahasa Inggeris asas pun mereka masih lagi terkial-kial.

Pada pendapat saya, jika kerajaan tidak mahu menjadikan bahasa Malaysia sebagai salah satu bahasa utama dunia, lebih elok ianya dihapuskan sama sekali seperti yang berlaku di Singapura di mana bahasa kebangsaan mereka adalah bahasa Inggeris. Dan juga sebaliknya. Bunyinya mungking terlalu extreme tetapi apalah gunanya menguasai bahasa yang mengikut kata "pakar" tersebut hanya digunakan oleh minoriti (27 juta penduduk).


(sumber: http://www.americanconsumernews.com)

Masalah paling besar yang timbul adalah apabila graduan ingin mencari kerja. Kebanyakkan syarikat dari sektor swasta menjadikan bahasa Inggeris sebagai suatu kemestian sekiranya mereka mahukan jawatan yang ditawarkan. Dari apa yang saya dapat lihat ketika ini, bangsa Melayu adalah golongan yang paling rugi kerana rata-rata mereka tidak mampu bertutur dengan fasih menggunakan bahasa Inggeris.

Oct 13, 2008

Main-Main Cinta: Produksi Main-Main!

Dua hari lepas, saya sempat menonton filem Melayu yang bertajuk Main-Main Cinta terbitan Metrowealth Movies Production yang diarah oleh A. Razak Mohaideen.

Yang menimbulkan perasaan kurang senang di hati saya adalah gelagat yang ditonjolkan oleh karektor-karektor di dalam filem tersebut adalah begitu "memalukan" terutamanya dan yang paling menyedihkan ialah kesemua pelakonnya adalah berbangsa Melayu. Pada saya, ia umpama menggambarkan begitu rendahnya mutu dan kualiti filem tempatan di samping mempamirkan kepada masyarakat luar yang mungkin menonton filem ini dengan tanggapan bahawa orang Melayu "kurang bijak" dengan adegan-adegan yang dipaparkan.


(sumber: http://www.sinemamalaysia.com.my)

Saya faham yang "Main-Main Cinta" adalah filem berunsur komedi tetapi kualiti lawaknya boleh dipertikaikan. Kali terakhir saya benar-benar terhibur dengan filem jenaka hasil produksi tempatan adalah ketika zaman A.R Badul dan Ibrahim Pendek kerana ia lawaknya lebih "real" kerana ianya sememangnya berlaku dalam masyarakat kita ketika itu. Saya mungkin boleh menerima filem "Kala Malam Bulan Mengambang" kerana lawaknya yang asli walaupun tema yang digunakan adalah pada zaman "hitam putih".

Masalah yang timbul adalah apabila pelakon-pelakon dipaksa melakonkan watak seolah-olah "memperbodohkan" diri mereka sedangkan kita dalam dunia sebenar tidak seperti itu. Jadi, ianya tidak masuk akal dan merendahkan martabat orang Melayu sendiri. Zaman kegemilangan filem Melayu semakin merosot kian hari. Dari zaman: -

P.Ramlee + Saloma -> A.R Badul + Ibrahim Pendek -> Azhar Sulaiman + Amy Mastura -> Rosyam Nor + Nasha Aziz -> ???

Jika anda semua tidak bersetuju dengan pendapat saya, cuba lakukan pemerhatian sendiri berapa ramaikah penonton bukan Melayu (Chinese, Indian, Caucasian, dll) yang menonton filem Melayu di pawagam?

Saya seringkali tertarik untuk menonton filem Melayu di pawagam tetapi setiap kali ingin membeli tiket saya akan bertanya diri sendiri, adakah berbaloi harga tiket tersebut dengan kualiti filem yang bakal saya tontoni? Ia menjadi dilemma bagi kebanyakkan penonton bukan Melayu juga.

Saya tidak mengatakan bahawa keseluruhan filem Melayu kini tidak berkualiti sama sekali tetapi disebabkan oleh majoriti filem yang membanjiri wayang kurang memuaskan, rakyat Malaysia lebih gemar menonton filem luar terutamanya dari U.S dan Indonesia.

Selain itu, pilihan pelakon yang kurang berpengalaman juga menjadikan sesebuah filem. Walaupun Adam memiliki ramai peminat, kualiti filem itu pastinya merosot jika beliau masih belum bersedia untuk melangkah ke alam lakonan. Contohnya, terdapat beberapa scene di mana beliau kurang fokus dan eye contact yang sentiasa "shifting" ketika sedang berbual.

Sedar atau tidak, filem sebenarnya membawa mesej kepada dunia luar tentang apa yang berlaku di sesebuah negara. Antara sebab mengapa filem sebegini masih lagi dihasilkan kerana orang Melayu sendiri yang sanggup mengeluarkan belanja menonton filem-filem sebegini atas alasan "membantu industri filem negara" walaupun ianya kurang berkualiti. 

Kita patut menghantar mesej yang jelas dengan hanya menonton filem tempatan yang berkualiti sahaja supaya pihak produksi tidak lagi mengeluarkan filem-filem sebegini. Kebiasaannya filem sebegini mempunyai kos penghasilan yang rendah tetapi keuntungan yang diperolehi adalah berlipat-lipat kali ganda. Bayangkan, anda menjadikan para pengarah dan pelakon kaya tetapi kualiti yang anda terima kurang memuaskan.

Berikut adalah sedutan dari filem "Main-Main Cinta": -

Datuk oh Datuk!




Berita ini mungkin agak lapuk dan mungkin anda semua telah mengetahuinya tetapi saya ingin menyentuh sedikit mengenainya. Saya masih ingat lagi sewaktu zaman kanak-kanak di mana saya dan rakan-rakan bertukar-tukar pendapat mengenai cita-cita apabila dewasa nanti. Pada ketika itu, ada seorang rakan yang mengimpikan gelaran "Datuk" mungkin kerana begitu menghormati status tersebut yang sukar diperolehi.

Saya juga berpendapat sedemikian kerana pada waktu itu gelaran "Datuk" tidak diberikan sesuka hati seperti kini. Pada pendapat saya, "Datuk" adalah umpama gelaran "Sir" di England di mana bukan semua orang layak menerimanya tetapi kepada mereka yang memberikan sumbangan yang sangat besar di negara tersebut.

Malangnya di Malaysia, gelaran tersebut umpama sudah "turun pangkat" dan mungkin tidak diiktiraf oleh kebanyakkan negara kerana cara pemberiannya yang terlalu "mudah" kepada sesiapa sahaja walaupun sumbangan yang diberikan oleh individual tersebut terlalu sedikit.



Artikel ini bukan bertujuan untuk mengkritik sesiapa tetapi terdapat beberapa contoh yang saya rasa tidak wajar menerima anugerah ini seperti penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Memang benar Siti menerima banyak pengiktirafan atas kejayaan beliau dalam dunia hiburan tetapi saya merasakan beliau terlalu "muda" untuk menerima gelaran ini dan sumbangan beliau kepada masyarakat adalah tidak seberapa sedangkan P. Ramlee mendapat gelaran Tan Sri selepas meninggal dunia.



Begitu juga dengan Nicole David dan Lee Chong Wei yang pada saya masih "muda" walaupun memegang gelaran pemain nombor 1 dunia. Saya merasakan gelaran tersebut hanya wajar diberikan selepas mereka bersara nanti. Ini kerana kita tidak mahu pemain negara menjadi leka dengan kejayaan mereka yang akhirnya merugikan pemain tersebut dan juga Malaysia. Buktinya apa yang berlaku kepada Lee Chong Wei yang gagal merangkul sebarang kejuaraan sejak bergelar Datuk selepas sukan Olympic Beijing yang lalu.


(sumber: http://photobucket.com)

Terbaru, gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan. Jangan salah faham kerana saya sukakan lakonan beliau dan mengakui bakat beliau tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya merasakan ianya suatu penghinaan kepada gelaran tersebut kerana: -
  • Shah Rukh Khan bukan rakyat Malaysia dan beliau juga tidak tinggal di Malaysia.
  • Beliau juga tidak dapat hadir ke majlis penganugerahan yang menggambarkan bahawa beliau sendiri tidak menghargai gelaran tersebut sedangkan jika diberikan anugerah Grammy atau gelaran "Sir" oleh Queen Elizabeth, beliau pastinya hadir.
  • Beliau sememangnya tidak akan menggunakan gelaran tersebut pada nama beliau seperti ahli-ahli politik di Malaysia. Jadi, tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia tidak mampu untuk mempromosikan Malaysia seperti yang cuba dilakukan oleh kerajaan Melaka.


(sumber: http://myfilmblogs.com)

Isu "Datuk" ini bukan baru-baru ini sahaja hangat dibincangkan. Sebelum ini, pemberian Datuk kepada Michelle Yeoh turut dipertikaikan oleh orang ramai. Tiada sebab yang kukuh mengapa beliau layak mendapat anugerah tersebut.

Jika suatu ketika dahulu, timbul isu di mana sesiapa yang ingin mendapatkan gelaran Datuk perlu fasih berbahasa Malaysia, kini sesiapa sahaja boleh memilikinya tanpa sebarang "requirement". Saya tidak pasti samada ura-ura ini benar ataupun tidak tetapi saya ada mendengar bahawa sesiapa sahaja boleh mendapatkan gelaran ini dengan syarat membayar sejumlah wang dengan nilai tertentu.

Samada benar ataupun tidak, gelaran Datuk tidak mempunyai nilai yang setara seperti suatu ketika dahulu. Jika trend sebegini berterusan, "Datuk" tidak lagi akan dihormati oleh masyarakat dunia dan tempatan.