Oct 13, 2008

Main-Main Cinta: Produksi Main-Main!

Dua hari lepas, saya sempat menonton filem Melayu yang bertajuk Main-Main Cinta terbitan Metrowealth Movies Production yang diarah oleh A. Razak Mohaideen.

Yang menimbulkan perasaan kurang senang di hati saya adalah gelagat yang ditonjolkan oleh karektor-karektor di dalam filem tersebut adalah begitu "memalukan" terutamanya dan yang paling menyedihkan ialah kesemua pelakonnya adalah berbangsa Melayu. Pada saya, ia umpama menggambarkan begitu rendahnya mutu dan kualiti filem tempatan di samping mempamirkan kepada masyarakat luar yang mungkin menonton filem ini dengan tanggapan bahawa orang Melayu "kurang bijak" dengan adegan-adegan yang dipaparkan.


(sumber: http://www.sinemamalaysia.com.my)

Saya faham yang "Main-Main Cinta" adalah filem berunsur komedi tetapi kualiti lawaknya boleh dipertikaikan. Kali terakhir saya benar-benar terhibur dengan filem jenaka hasil produksi tempatan adalah ketika zaman A.R Badul dan Ibrahim Pendek kerana ia lawaknya lebih "real" kerana ianya sememangnya berlaku dalam masyarakat kita ketika itu. Saya mungkin boleh menerima filem "Kala Malam Bulan Mengambang" kerana lawaknya yang asli walaupun tema yang digunakan adalah pada zaman "hitam putih".

Masalah yang timbul adalah apabila pelakon-pelakon dipaksa melakonkan watak seolah-olah "memperbodohkan" diri mereka sedangkan kita dalam dunia sebenar tidak seperti itu. Jadi, ianya tidak masuk akal dan merendahkan martabat orang Melayu sendiri. Zaman kegemilangan filem Melayu semakin merosot kian hari. Dari zaman: -

P.Ramlee + Saloma -> A.R Badul + Ibrahim Pendek -> Azhar Sulaiman + Amy Mastura -> Rosyam Nor + Nasha Aziz -> ???

Jika anda semua tidak bersetuju dengan pendapat saya, cuba lakukan pemerhatian sendiri berapa ramaikah penonton bukan Melayu (Chinese, Indian, Caucasian, dll) yang menonton filem Melayu di pawagam?

Saya seringkali tertarik untuk menonton filem Melayu di pawagam tetapi setiap kali ingin membeli tiket saya akan bertanya diri sendiri, adakah berbaloi harga tiket tersebut dengan kualiti filem yang bakal saya tontoni? Ia menjadi dilemma bagi kebanyakkan penonton bukan Melayu juga.

Saya tidak mengatakan bahawa keseluruhan filem Melayu kini tidak berkualiti sama sekali tetapi disebabkan oleh majoriti filem yang membanjiri wayang kurang memuaskan, rakyat Malaysia lebih gemar menonton filem luar terutamanya dari U.S dan Indonesia.

Selain itu, pilihan pelakon yang kurang berpengalaman juga menjadikan sesebuah filem. Walaupun Adam memiliki ramai peminat, kualiti filem itu pastinya merosot jika beliau masih belum bersedia untuk melangkah ke alam lakonan. Contohnya, terdapat beberapa scene di mana beliau kurang fokus dan eye contact yang sentiasa "shifting" ketika sedang berbual.

Sedar atau tidak, filem sebenarnya membawa mesej kepada dunia luar tentang apa yang berlaku di sesebuah negara. Antara sebab mengapa filem sebegini masih lagi dihasilkan kerana orang Melayu sendiri yang sanggup mengeluarkan belanja menonton filem-filem sebegini atas alasan "membantu industri filem negara" walaupun ianya kurang berkualiti. 

Kita patut menghantar mesej yang jelas dengan hanya menonton filem tempatan yang berkualiti sahaja supaya pihak produksi tidak lagi mengeluarkan filem-filem sebegini. Kebiasaannya filem sebegini mempunyai kos penghasilan yang rendah tetapi keuntungan yang diperolehi adalah berlipat-lipat kali ganda. Bayangkan, anda menjadikan para pengarah dan pelakon kaya tetapi kualiti yang anda terima kurang memuaskan.

Berikut adalah sedutan dari filem "Main-Main Cinta": -

10 comments:

♥corcraze♥ said...

arghh..citer melayu!
bkn benci nak mengutuk ke apa..
tp masalahnya mmg diorg ni xmakan kutuk lah..
mmg buat cita utk kutuk ke haa??
kalu i pg cinema,mmg its not worth it to waste ur time and money to those r****** film!
sbb tunggu je raya mesti keluar..
or dekat Astro!

then u all tgk lah quality n films diorg!
kelabu asap cam films 80an!
dubbing tah mcm hape2!
pelakon muka toye je suma!
urghh..
kalo ada yg bagus sikit pun film tu pon ada cedok2 film luar..
aiyoo..xtau lah nak ckp camner..
tanggung lah sendri..
*skarang tgh re-watch Italian Job!
Hehh..

julietchun said...

Aku kalo nak tgk filem melayu aku pastikan dulu pengarahnye sapa, kalo Prof.Razak punye aku mmg tak lalu, org bg tiket free pun aku takkan pegi tgk.

Zana S said...

huhu.. citer paling mengarut abad ini. (byk lagi citer merepek sampai tak lalu nak tgk)

tapi.. this raya byk gak citer menarik keluar. :D

MiSZuE said...

yeahhh cite ni x besh langsung x hape2 hahaha:P

shaxx said...

filem melayu sekarang cam tu la... kalau citer cam tu memang aku tak kan gi tgk punya tp kalau macam sepet tu... aku suka gak...

Hahn 3rd said...

Filem melayu?biler last aku beli tiket filem melayu ek?oooh yer...last aku tonton filem melayu kat panggung wayang tahun lepas...citer Spiderman 3. Best giler citer tu...aku bagi 10 bintang... apa?? tu citer omputih ker? lerr aku ingat citer melayu...sebab ada sarikata melayu kat bawah tu...

whitetulip said...

hihi...citer p.ramlee, aziz satar, sudin laaaaaagggiiiii MELETOP!!!!Aku suka!aku suka!sejuta kali tonton, tapi sejuta kali jugak ketawa cam vampire!he!he!

wat masa nih tak pernah lagi pecah rekod tengok filem melayu yang ntah2!!

waras said...

huhu satu cerita tak boleh terima juga, yg mana khai berlakun tu ntah tajuk aper, yg adui parah amat ..

emm cuma pengarah yg naek bakul sendiri dsini, bila ditegur segelintir press dbalas balik "jika movie itu membosankan macamana jumlah kutipan boxoffice" hurm nnti tiada langsung kutipan tggi tiada lagi teguran akn dikasi rasanya

wah ter*emo lol

waras said...

opps satu lagi, bab dubbing suara. mmg tak sedap didgr . walau mulut hampir nampk sama tp cam tak real . tak tahu nak describe u'll know what if tgk bebetul. knapa ha?

kakLuna said...

cerita skrg kalo ada Fasha Sandha, aku muntah. Kalo ada Rosyam Noor, Fauiah Nawi,Umie Aida (set2 yg rasa dia la paling bagus menghayati watak) aku menguap. Kalo filem Prof Razak atau Yusuf Haslam & family pun aku malas nak layan. Drama2 pun hampeh cam Gerak Khas, skrip tak kukuh langsung! mcm ayat buku teks.

kalo Ogy Ahmad Daud atau Norish Karman dan pelakon lelaki Shukri Hashim dan Harun Hashim, aku layan dan jugak karya arahan Khabir Bhatia (tp dia bkn org Malaysia la pulak, so x leh nk bangga)