(sumber: http://www.roadjunky.com)
Pada siri kali ini menyentuh tentang peranan bahasa Inggeris dengan graduan dari institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Dari apa yang saya nampak dan alami sendiri, bangsa Melayu merupakan bangsa yang sering mengalami masalah untuk menguasai bahasa kedua tersebut berbanding bangsa Cina dan India.
Antara sebab-sebab utama yang disebut dalam perbincangan tersebut adalah: -
- Kurangnya keyakinan pelajar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dengan rakan-rakan ataupun ahli keluarga kerana bimbang ditertawakan jika melakukan kesilapan.
- Pelajar sendiri tidak mahu mengambil inisiatif untuk memperkasakan diri mereka dalam menguasai bahasa tersebut.
Saya sendiri tidak terkejut kerana pernah mengalami pengalaman di mana seorang rakan terpaksa berhenti belajar kerana beliau kurang fasih berbahasa Inggeris dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah ketika di universiti.
Selain itu, salah seorang daripada panel mengajukan soalan kepada pakar yang dijemput: -
"Mengapakah Bahasa Malaysia tidak dijadikan sebagai bahasa pengantar seperti yang berlaku di France, Japan, Germany dan sebagainya?"
Jawapan pakar tersebut adalah:
"Kerana populasi Malaysia jauh lebih rendah dari negara-negara tersebut France (64 juta), Germany (82 juta), Japan (127 juta) dan sukar untuk diterima oleh masyarakat dunia."
(sumber: http://www.blogigo.co.uk)
Fakta yang beliau lupa adalah Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca oleh masyarakat di seluruh dunia pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan jangan lupa Indonesia memiliki populasi sebanyak 234 juta penduduk yang sedikit sebanyak memahami bahasa yang kita gunakan. Nampaknya, "pakar" tersebut juga tidak percaya dengan kemampuan bahasa Malaysia apatah lagi kita yang cuma orang biasa.
Masalah dalam sistem pendidikan kini adalah mesej yang disampaikan adalah bercampur-aduk di mana kerajaan mahukan bahasa Malaysia diperkasakan dan dalam masa yang sama bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantara. Akibatnya, pelajar-pelajar yang menjadi korban kepada "uji kaji" kementerian pelajaran dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Bayangkan bagaimanakah pelajar mampu untuk memahami subjek tersebut sedangkan dalam mata pelajaran bahasa Inggeris asas pun mereka masih lagi terkial-kial.
Pada pendapat saya, jika kerajaan tidak mahu menjadikan bahasa Malaysia sebagai salah satu bahasa utama dunia, lebih elok ianya dihapuskan sama sekali seperti yang berlaku di Singapura di mana bahasa kebangsaan mereka adalah bahasa Inggeris. Dan juga sebaliknya. Bunyinya mungking terlalu extreme tetapi apalah gunanya menguasai bahasa yang mengikut kata "pakar" tersebut hanya digunakan oleh minoriti (27 juta penduduk).
(sumber: http://www.americanconsumernews.com)
Masalah paling besar yang timbul adalah apabila graduan ingin mencari kerja. Kebanyakkan syarikat dari sektor swasta menjadikan bahasa Inggeris sebagai suatu kemestian sekiranya mereka mahukan jawatan yang ditawarkan. Dari apa yang saya dapat lihat ketika ini, bangsa Melayu adalah golongan yang paling rugi kerana rata-rata mereka tidak mampu bertutur dengan fasih menggunakan bahasa Inggeris.
16 comments:
wow..this issue is forever will be talk untill its solve..
memula rasa cam terkena kat batang idung sendri je..
huhh..yeah..again..im still speechless bout this..
issue mcm ni xpuas kalu main komen2 aje..
kena berdebat nih..haha..
yela..
whut i can say..yelah..malaysia ni mmg xsgt dikenali..kot!
u know what..for the past three months almost everywhere i go ppl will ask me where i from..
and of course i proudly say i from malaysia la kan..
but yg frustnya they dont even know where malaysia is..sampai i kena ckp its near s'pore!huhu.
padahal kat sini pon ada malaysians restaurants,product suma..
sedihnyaa..huhu..so mana mungkin nak jd 1st language!
apa2 pun do what ever u can to improve in whatever language(esp eng) me too im workin on it!
aja2 fighting!(next nak blaja korean!)
kadang-kadang, pakar ni tak lah begitu pakar.
Ye la..masa grad dulu rata2 nakkan pekerja yang boleh berbahasa inggeris...nasib baik tie ok je..taklah pandai sangat..mujur dulu sekolah convent,so dah biasa dengar dan berbahasa inggeris...
kdg2 x leh salah kan gomen,pucuk pngkal diri sendiri. Parents pun main peranan gak, we have to motivate the kids. Parents @pp x pandai BI, tapi mereka mesti belikan @pp buku2 BI, @pp dulu sekolah rendah pun fully malay stream, but mix with other races. I made a point to converse with them, and self thought English. Alhamdulillah, @pp dapat berinteraksi dalam BI good.BUt doesnt mean, BM di belakangkan.
oo mami salah sorang dari mereka yg segan nk bertutur do khalayak..takut salah dan diketawakan..:-(
ikot suke jek nak cakap bi ke bm..yg penting org yg bcakap n org yg dgr tu same-same paham
huh, kat negara sendiri pun kalau cakap bahasa malaysia ala-ala kena gelak2kan gitu, almaklumler, dorang kata, 'kampungan dan kolot, dan tak moden', aku tak kisah, aku senang begini
ahhh...
they teach us in english, we need to deliver everything in english...
hard to change after all..
Kita terpaksa menjadikan english sebagai keutamaan walau sukar..
mereka menguasai kita..
yup betul. Indonesia menguunakan bahasa Indonesia yang lebih kurang 95% sama dengan Bahasa Malaysia/Melayu untuk segala urusan termasuk bisnes dan pelajaran. Bangsa asing yg datang dan kerje di sana mau tak mau terpaksa belajar bahasa Indonesia. Tu sebab kalau kita jumpa mat saleh yg pernah duduk kat sana, jangan cuba2 cakap bahasa melayu dan ingat dia tak faham...
Lerr...kita bukan ada tamadun. Ciri bangsa bertamadun salah satunya mempunyai bahasa dan tulisan sendiri. Aku yakin bahasa kita adalah serapan dari bahasa indonesia dan tulisan kita adalah serapan dari abjad barat. (kalau jawi pun dari arab). So...kalau dah dari mula jadi carbon copy, macam mana nak naikkan bahasa melayu ke peringkat dunia? Ikut jelah..belajar jer Bahasa Inggeris...bila kita cipta formula, orang barat senang2 jer ambik, sebab diaorang akan faham apa yang kita tulis...hehehe...lain lerr kalau kita tulis dalam jawi dengan bahasa jawa...
I rasa bangsa cina dan india lebih baik dalam menguasai bahasa english sebab mereka kurang " kewajipan" untuk belajar bahasa ibunda mereka. Kalau kita bandingkan pelajar melayu dengan pelajar lain, pelajar melayu memikul kewajipan untuk menguasai bahasa ibunda mereka yang juga merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Tetapi bagi pelajar cina dan india, ibu bapa mereka sangat mementingkan penguasaan bahasa inggeris sehingga banyak yang sanggup mengabaikan bahasa ibunda mereka.
senang jer..if u think u would like to speak in english, just say it using d simple words. Im sure everyone can understand. No one will blame u. Hey, practice makes perfect, wat!! At the same time, u still Malaysian ah..yes?? English is useful..n everybody noticed that. Am I right??don't blame d language but please, as long u still in ur track, it's fine!
Bahasa Inggeris ni senang saja sebenarnya selepas kita memahami asasnya. tidak perlu "vocab" yang canggih.
Masalah timbul bila orang ramai terus bercakap tanpa tahu menahu asasnya - kucar kacir jadinya. hehe.
herankan...kenapa orang Islam lebih pentingkan penguasaan BI sedangkan penguasaan Bahasa Arab adalah lebih penting kerana dapat memahamkan kita maksud bacaan dalam solat..menjadikan solat kita lebih khusyuk dan bermakna.
Kepada Hahn 3rd dan orang2 len yang sangat pesimistik terhadap Bahasa Melayu!
Saya cadangkan spy korang tolooong la belajar sejarah asal-usul bahasa dan bangsa kita!
BM adalah 'carbon copy' daripada Bahasa Indonesia??? BERDASARKAN FAKTA SEJARAH(bukan ikut keyakinan awak yang tak berasas tu), "Dari sudut pandang linguistika, bahasa Indonesia adalah suatu VARIAN BAHASA MELAYU. Dasar yang dipakai adalah bahasa Melayu Riau dari abad ke-19, namun mengalami perkembangan akibat penggunaanya sebagai bahasa kerja dan proses pembakuan di awal abad ke-20. Hingga saat ini, bahasa Indonesia merupakan bahasa yang hidup, yang terus menghasilkan kata-kata baru, baik melalui penciptaan, maupun penyerapan dari bahasa daerah dan bahasa asing." naaah korang bole baca sendiri kat Wikipedia pun dah cukup!
bahasa Indonesia itu sebenarnya bahasa Melayu, tapi diasingkan atas sebab politik! kepulauan dan wilayah Riau di Indonesia adalah tempat kelahiran bangsa dan bahasa Melayu!
MENGENAI tulisan? korang tau x tulisan tu hanyalah satu alat untuk menyampaikan kata2 selain daripada secara lisan, untuk difahami oleh orang lain melalui bacaan? tau x KEBANYAKAN bahasa di dunia menggunakan tulisan Latin? jadi, apakah bahasa Jerman yg juga menggunakan tulisan latin x bertamadun??
kita bangsa tak bertamadun?? saya harap awak belajar sejarah...dan tolooong la dengan mentaliti macam ni sampai bila la x akan maju bangsa kita ni.
Post a Comment