Oct 15, 2008

Di Manakah Malaysia Dalam Ranking FIFA?



Publisiti Murahan!

Jurulatih negara yang berada pada kedudukan ke-175 dunia memuji Malaysia sebagai pasukan hebat untuk ditandingi. Saya tidak faham bagaimana Utusan Malaysia dengan tanpa segan silu memaparkan berita sebegini. Kemenangan 4-1 Malaysia ke atas Pakistan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Pakistan bukanlah gergasi bola sepak dunia dan hanya berada pada kedudukan ke-168 dalam ranking FIFA. 

Masalah utama dalam bola sepak tanahair adalah campurtangan politik dalam pengurusan FAM yang merosakkan pembangunan sukan no. 1 tersebut. Saya tiada niat untuk menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tetapi saya merasakan beliau tidak layak untuk jawatan Presiden FAM dan jawatan itu perlu diberikan kepada lagenda bola sepak yang tahu selok belok sukan tersebut.

Ketika ditemubual oleh pemberita mengenai kritikan panas sesetengah pihak bahawa beliau seharusnya meletakkan jawatan tersebut, beliau menjawab "tanpa saya sebagai Presiden FAM, tiadalah bangunan FAM". Persoalannya, bagaimanakah beliau mengukur kejayaan bola sepak di Malaysia? Building atau Ranking?

Sukan bola sepak merupakan sukan utama di negara kita dan atas alasan tersebut setiap tahun kerajaan memberi peruntukan berpuluh juta ringgit bagi pembangunan sukan tersebut. Namun begitu, setakat ini tiada sebarang hasil yang boleh dibanggakan sedangkan sukan seperti squash yang diketuai oleh ratu squash negara, Nicol Ann David (ops lupa "Datuk") yang kini berada di puncak dunia selaku pemain nombor 1 dunia hanya menerima peruntukan kecil.



Bola sepak kita bukan sentiasa berada pada tahap lemah sebegini kerana kita pernah berada pada kedudukan ke-75 dunia pada Ogos 1993 iaitu pencapaian terbaik kita sejak ranking dunia diperkenalkan. Saya masih ingat lagi ketika itu, peminat tanahair memenuhi stadium setiap kali perlawanan liga tempatan berlangsung. Singapura dan Brunei juga adalah antara pasukan yang memeriahkan liga Malaysia.



Namun kini, kenangan hanya tingal kenangan. Lihat sahaja bilangan penonton yang hadir ke stadium. Yang menyedihkan adalah pembinaan Stadium Shah Alam yang tersergam indah dan mampu menampung sehingga 100 ribu penonton tetapi kosong walaupun ianya berada berdekatan dengan kawasan perumahan. Ranking terbaru kita adalah 160 iaitu peningkatan dari tangga ke-170 tetapi adakah ini sesuatu yang boleh dibanggakan?

Ini memberikan mesej yang jelas bahawa rakyat tempatan tidak lagi meminati liga Malaysia dan memandang rendah dengan kupayaan pemain-pemain tempatan yang dianggap kurang berbakat kerana kegagalan FAM dalam menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi.

Ramai bertanya, adakah Malaysia sememangnya tiada pemain berbakat?

Jika anda inginkan jawapan bagi soalan tersebut, pergilah melawat gelanggang futsal yang ada berhampiran dengan kawasan anda. Melalui pemerhatian saya selaku peminat bola sepak hampir 15 tahun berpendapat kita sememangnya memiliki pemain berbakat tetapi terdapat beberapa faktor yang menghalang perkembangan pemain kita: -
  • Gaji yang terlalu rendah dan tidak berbaloi dengan usaha mereka.
  • Pengurusan pasukan negeri yang terlalu lemah sehinggakan ada pemain yang tidak menerima bayaran sehingga berbulan-bulan lamanya.
  • Pemain muda yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik lebih gemar menyambung pelajaran ke universiti daripada bermain bola sepak kerana ianya lebih menjamin masa depan.
  • Ada antara jurulatih yang "pilih kasih" dengan memilih pemain kesukaan mereka sahaja walaupun ada yang lebih berbakat. Gejala ini sering berlaku di Malaysia termasuklah di sekolah rendah dan menengah.
  • Tiada latihan lanjutan bagi mengasah bakat-bakat muda sehinggakan pemain terbiar.
Beberapa bulan lepas, saya ada melihat di Bulletin Utama TV3 melaporkan bahawa kebajikan pemain muda liga remaja tempatan diabaikan apabila terpaksa berkongsi bilik beramai-ramai bagi menjimatkan kos walaupun peruntukan telah diberikan. Mereka tidak meminta layanan 5 bintang tetapi jika sedemikianlah caranya, tidak hairanlah mereka tidak berminat untuk bermain bola secara profesional. Jadi, ke manakah hala tuju wang yang telah disediakan oleh kerajaan?

9 comments:

Mak Su said...

errr... rasa geli geli ati ler

Hahn 3rd said...

hehehe...bolasepak kita tak akan kemana-mana...percayalah...puas dah orang tegur tapi masih mcm tu jugak. Alasan paling hampeh yang boleh diberi adalah faktor susuk tubuh pemain..hahahaha...kelakar. Oklah...bolasepak tak leh gi jauh sebab saiz tubuh. So macam mana pulak dengan sukan macam billiard, memanah, menembak, catur dan lain-lain sukan yang tak ada body contact? Mungkin alasan yang boleh diberi adalah faktor saiz otak pemain...kihkihkih

cHeRyNa PiReS said...

susah la kalo ranking tak bagus tapi perasan bagus...hehehe...

no comments...sbb dah penat ke stadium nak menyorak utk kualiti yg tak naik2:D

zool said...

Tak pahamlah ranking yang ko tunjukkan tu..

Walaupun ranking di bawah,.. Sokonglah pasukan kebangsaan...
Takkan nak sokong Nepal plak?? Warga Nepal pun sokong team dia tau..

shaxx said...

kalo nak kata duit punya hal sulu zaman2 mokhtar dahari, soh chin aun, arumugam, mana ada dapat duit sebanyak players sekarang tp mereka dapat masuk olimpik tuh!

stadium orang dah tak minat lagi sebab buat penat jer... now tahun ni sebab plink plank dalam FAM, x da lagi pemain import... makin kosong la stadium...

aku dulu sanggup gi stadium tgk piala malaysia walaupun tv ada live tp sekarang sorry la beb...

hazzy said...

Salam.
sy bukanla sorg peminat bola sepak, tapi cuma mberi pndapat, saya akui prestasi bola sepak M'sia masih di takuk yg sama.tiada perubahan. Tp mak abh sy mmg kaki bola, sokongan tok psukan M'sia @ pasukan2 negeri tak penah pudar...sy tak dapat lupa teriakan dan jeritan setiap kali gawang gol diloloskan...
dlu pun sy penah ikut kuarga ke stadium menonton bola, it's quite fun to watch.

Arap2 pasukan bola kita harus sedar prestasi mereka semakin hari semakin buruk.

p/s:kpd suma penyokong M'sia, pada siapa lagi kita perlu sokong kalau bukan negara kita sendiri.MALAYSIA.

kakLuna said...

kesian jugak pemain2 kita jd mangsa kutukan sdgkan yg mencaturkan turun naik bola sepak ialah pihak2 atasan dalam persatuan. mereka lah yg punya perancangan gagal dalam memajukan dunia sukan negara.

Rendah diri said...

bola sepak malaysia? hmmm...amik contoh dulu2la masa zaman mokhtar dahari..tak getila nak komen lebih2 pasal bola sepak malaysia nih.

Anonymous said...

mutu bola sepak kite meningkat ...
tetapi kite kene beri peluang kepada j/latih tempatan untuk bukti kemampuan ...kerana bola sepak memerlukan pengorbanan utk j/masa panjang...so kite nie aper2 pn kene sokong...tgk contoh sir alex funguson macam mana membentuk MU menjadi team yg disengani,,,,perlukan masa bertahun...bkn sehari dua ,,,
nie kalah aje pecat j/latih...kalu macam nie bila mutu bola kite nak maju,.,,,