Oct 17, 2008

Rahsia Kerajaan BN Terbongkar! Fakta Sebenar Harga Petrol Dunia!

Saya terlebih dahulu ingin minta maaf kepada penyokong BN semua jika artikel ini menyinggung perasaan anda. 

Saya percaya kebanyakan penyokong-penyokong BN kini sedang bergembira dengan berita penurunan harga minyak oleh kerajaan 3 hari lalu dan ini seolah-olah membuktikan bahawa kerajaan kita sangat perihatin tentang kepayahan hidup rakyat.

Biar saya bukakan sedikit mata anda tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Penurunan harga minyak sememangnya telah dijangka oleh ramai penganalisa ekonomi dan kerajaan kita juga sedar hakikat ini. Apa yang kita semua tidak sedar adalah mengapa kerajaan memilih untuk menurunkan harga minyak di seluruh negara 3 hari lepas?

Ini dia sebabnya: -



Harga pasaran bagi minyak mentah hari ini telah turun ke paras US$69.79 per barrel iaitu di bawah dari nilai yang dijanjikan oleh kerajaan iaitu US$72 per barrel untuk menurunkan semula harga petrol tempatan kepada RM1.92 seliter. Berikut adalah buktinya: -



Pada mulanya, saya beranggapan bahawa mungkin ini cuma suatu kebetulan mengapa harga minyak diturunkan pada 15 October 2008 sehinggalah saya membaca berita yang berikutnya. Ini buktinya: -



Ini bermakna kerajaan hanya akan mengkaji semula harga petrol tempatan pada 28 Oktober 2008 nanti dan membolehkan kerajaan "untung" sebanyak 38 SEN bagi setiap liter yang kita semua bayar kini sekurang-kurangnya untuk tempoh 14 hari. Adakah anda nampak logiknya di sini?

Bukan itu sahaja, harga yang dinaikkan tempoh hari adalah 78 SEN iaitu dari RM1.92 kepada RM2.70. Harga terkini pada 15 October adalah RM2.30 yang bermaksud penurunan sebanyak 40 SEN. Ia bersamaan penurunan 51% daripada kenaikan 78 SEN tersebut sedangkan harga minyak mentah telah pun turun hampir kepada nilai US$72 per barrel iaitu bersamaan RM1.92 seliter yang dijanjikan. 

Jika kerajaan menurunkan harga petrol kepada RM2.00 - RM2.10 seliter pada 15 October yang lalu, saya sendiri boleh menerimanya tetapi hanya turun 15 sen kepada RM2.30 sedangkan dalam Utusan Malaysia sendiri mengakui yang harga minyak mentah pada minggu ini berlegar antara US$77 hingga US$80.

p/s: zamz, saya setuju yang harga minyak tidak diambil dari nilai semalam tetapi jangan lupa yang kita ada subsidi minyak dan seperti yang saya katakan, harga minyak telah dijangka turun kerana OPEC mempunyai stok simpanan minyak yang berlebihan serta dipengaruhi plan menyelamatkan ekonomi Amerika yang bernilai US$700 billion. Seperti yang saya persoalkan di atas adalah mengapa kerajaan hanya mengurangkan sebanyak 15 SEN iaitu setakat ini baru bersamaan dengan 51% dari 78 SEN yang dinaikkan beberapa bulan lalu sedangkan harga minyak sudah hampir ke paras US$72 per barrel (sudah lebih 2 minggu harga minyak berlegar-legar di bawah paras US$90 per barrel).

taukey, saya dari awal tidak bersetuju dengan sistem rebat tersebut kerana jika diikutkan sebenarnya kerajaan dapat menjimatkan berbillion ringgit kerana tidak perlu menampung subsidi minyak. Ini adalah contoh betapa lemahnya plan ekonomi yang dirancang di bawah kerajaan BN. Sekiranya dari awal mereka menggunakan wang rebat tersebut sebagai wang subsidi minyak, tidak akan ada timbul masalah adil ataupun tidak.

10 comments:

Tie said...

Memang harga minyak dah turun...tapi tak puas hati napa harga barang tak turun juga. Kena sound kat najib nih!!

Anonymous said...

aku rasa la rasionalnya senang je...
minyak yg kita guna arini bukannya berdasarkan harga pasaran hari ni..

ia adalah berdasarkan harga pasaran yg lepas sbb sumenya berdasarkan kontrak..

unless ko cakap minyak yg kita guna arini mmg petronas pegi beli smlm mungkinla betul kot

Anonymous said...

beginilah malaysia.. Bila naik, senang2 jer naik terus banyak.. Pas 2 barang lain pon mula la naik jugak. Bila turun?? Sikit2 plak dia turun.. Barang lain bila nak turun??

"Bukan senang nak mentadbir.." Betul fakta ini..tp kena la yang bertauliah shj jd pentadbir. baru la hidup aman harmoni.. Khalifah didunia perlu yang berpengalaman.. Betul x?? bukan itu sahaja, perlu juga Ilmu.. Pengalaman ada, tp tiada ilmu.. xguna juga..

tulipspeaks said...

i agree with tie. seems like the prices of the goods goes up with the fuel price but refuse to come down when the fuel price come down. i don't understand this mechanism.



ammu.

Anonymous said...

rasanya harga minyak turun perlahan-lahan sebab kerajaan masih perlu membayar rebet roadtax tu. kalau nak stop rebet roadtax tu sekarang tak adil utk orang-orang yang belum renew roadtax.

JULIE said...

naik mendadak..
turun cam siput..
nak harapkan harga brg turun.. mimpi dulu laa..

cheryna zamrinor said...

hmmm...kelembapan ade budaya malaysia. apa2 yg perlu dibuat perlu lah dibuat secara lembap kerana lembab adelah budaya kite. jd, kalo org len turun harga minyak dgn cepat, kite mesti turun harge dgn lembab kerane kite mesti ikut budaya kite.

tak gitu?

Anonymous said...

ntah2 xkan turun rm1.92... saja bagi harapan...

Anonymous said...

Milo Ais dah turun ke belum?

Satish said...

Wats d point if petrol prices go down by 10-15 sens if my roti canai is still rm1-1.20 ?