(sumber: http://www.thehollywoodnews.com)
Semalam saya ke MidValley bagi menonton filem terbaru Hollywood "Max Payne". Filem ini merupakan antara hasil adaptasi permainan video terkenal dan diminati ramai. Walaupun tidak pernah bermain game tersebut, saya sudah lama mendengarnya dan agak tertarik untuk menonton filem ini berdasarkan beberapa sinopsis di Internet. Berikut adalah antara sinopsis yang sempat saya baca.
Synopsis 1: -
Synopsis 2: -
Rockstar Games' double-gunned action franchise comes to the big screen thanks to director John Moore (The Omen) and Mark Wahlberg, who embodies the title character of Max Payne, a widowed cop hell-bent on delivering justice no matter what the cost as he investigates a string of killings in his city. Mila Kunis and Chris O'Donnell head up the supporting cast, with Beau Thorne adapting the screenplay for the 20th Century Fox production. ~ Jeremy Wheeler, All Movie Guide
Synopsis 3: -
Coming together to solve a series of murders in New York City are a DEA agent (Wahlberg) whose family was slain as part of a conspiracy and an assassin (Kunis) out to avenge her sister's death. The duo will be hunted by the police, the mob, and a ruthless corporation.
Nampak menarik betul tak?
1 jam 33 minit selepas menonton filem ini di GSC MidValley, saya terasa ingin meminta semula RM8.00 di kaunter membeli tiket. Saya biasanya memilih menonton wayang berdasarkan samada filem tersebut berbaloi atau tidak, dan ternyata Max Payne termasuk dalam kategori filem yang tidak berbaloi.
Kebiasaannya bagi filem yang berkualiti tinggi, ia memberikan kesan mendalam kepada para penonton semasa dan juga selepas menonton filem tersebut. Adrenaline penonton pastinya memuncak bagi genre filem aksi (action movie) tetapi menonton Max Payne adalah umpama menonton filem Inggeris yang ditayangkan di TV3.
Jika anda masih ingat filem Journey to the Center of the Earth yang saya tontoni beberapa minggu yang lepas, walaupun saya menontonnya pada screen 17" ini, saya terasa seolah-olah diri saya "diserap" masuk ke dalam filem tersebut. Namun, tidak bagi filem Max Payne.
Mungkin anda merasakan perbandingan yang saya berikan tidak bersesuaian kerana konsepnya berlainan. Jika demikian, saya rasa Hitman adalah filem yang paling sesuai untuk menjadi pesaing utama kerana kedua-dua filem diadaptasi dari permainan video, dibintangi oleh Olga Kurylenko, genre filem aksi. Namun begitu, kedua-dua filem ini ibarat langit dan bumi.
Semasa menonton Hitman, saya cuba sedaya-upaya menahan diri dari pergi ke toilet kerana tidak mahu terlepas mana-mana scene tetapi bagi filem Max Payne, saya sedikit pun ada rasa menyesal kerana pergi ke toilet.
Rating peribadi saya: 4.0/10
Trailer:
7 comments:
alamak cam tak best ke..baru teringat nak tgk cite ni..nampak mcm best..lagipun cam suka je mark wahlberg ni berlakon..
alamak.. baru ingat nak g tengok dgn habibi, sementara kids pula tgk senario sebb citer ni 18PG(?)..
i lurve mark wahlberg...
tak tau pon kewujudan cerite nieh (hihi...boleh ak?)
aku suka game dia dulu..
ala2 matrik dulu..
hehe
hahaha
tadi baru lepas tgk citer ni!!!
da lah dpt seat dua bwh!!
tgk mmg xselesa
dgn citer yg mcm hampeh!!!!
hitman mmg best, ahahaa
Aku sgt setuju.. smlm jugak aku tgok cite ni.. mmg cam taik..
Post a Comment