Sep 25, 2008

Journey to the Center of the Earth

Walaupun saya sangat gemar menonton filem, hanya segelintir filem sahaja yang saya tontoni di pawagam. Saya berpendapat bahawa ada filem yang berbaloi untuk di tonton di pawagam dan ada pula yang tidak. Pada pendapat saya, adalah membazir sekiranya saya ke pawagam hanya semata-mata kerana ketagih menonton di pawagam.

Antara filem yang saya tontoni di pawagam adalah Lord of the Rings (LOTR), Indiana Jones, National Treasure, Fast and the Furious, dan beberapa filem yang lain. Filem-filem ini menggunakan special effect dari segi graphic mahupun sound effect menjadikannya unik berbanding filem-filem lain. Kos juga memainkan peranan penting dalam pemilihan filem yang berkualiti. Saya berpendapat sekiranya kos sesuatu produksi adalah tinggi, bermakna pengeluar filem tersebut bersungguh-sungguh untuk menjadikan filem tersebut berkualiti tinggi.

Saya kebetulan baru sahaja selesai menonton Journey to the Center of the Earth lakonan Brendan Fraser, Anita Briem dan Josh Hutcherson. Jalan ceritanya agak simple tetapi sungguh menyeronokkan. Ia mengisahkan tentang seorang profesor bersama anak saudaranya yang cuba mencari jawapan kepada misteri kehilangan abangnya, seorang scientist dalam satu ekspedisi / kajian bumi. Mereka yang ditemani oleh seorang mountain guide secara kebetulan terperangkap di dalam sebuah gua yang kemudiannya membawa kepada penemuan dan juga pengembaraan yang menakjubkan.

Filem ini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan jika anda mempunyai sound system yang hebat, adalah berbaloi untuk menontonnya di rumah. Ianya berunsurkan science fiction terdapat banyak benda yang tidak masuk akal tetapi menghiburkan. Malangnya, saya tidak sempat menontonnya di pawagam. Walaupun begitu, ianya masih menyeronokkan walaupun ditonton melalui screen 17" komputer ini ^^. Tontoni trailer filem ini di sini: -






1 comment:

.: Sugar-cRave :. said...

salam..hehe..meceh singgah blog kite...nnt kite link k...n follow anda skali..huk huk....(^^,)