Sep 25, 2008

LRT Berlanggar: Di Manakah Silapnya?

Bagi anda yang masih belum membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini, anda mungkin tidak mengetahui mengenai kemalangan yang melibatkan 2 tren LRT semalam. Baca di sini.

Berita yang agak menakutkan bagi penumpang-penumpang setia LRT kerana selama ini kita semua merasakan pengangkutan tersebut adalah selamat. Berikut adalah gambar tren LRT yang terlibat dalam kemalangan tersebut. 

Tidak dinafikan antara sebab mengapa saya kurang menggemari LRT adalah kelembapan trennya bergerak dari satu stesyen ke satu stesyen yang lain. Mungkin ini adalah hikmah di sebalik pengangkutan ini bergerak pada kelajuan yang perlahan. Cuba bayangkan jika ianya laju seperti bullet train, kemungkinan besar berlaku kemalangan maut.

Saya yang baru-baru ini kembali menggunakan LRT berasa kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan pada waktu operasi di sebelah malam. Bagi setiap tren yang tiba di stesen Ampang, penumpang perlu menunggu lebih dari 15 minit sebelum ianya bertolak kerana perlu menantikan tren lain untuk sampai ke stesen. Walaupun pada waktu malam tidak ramai orang yang menggunakannya, saya berasakan adalah tidak wajar mereka mengambil sikap sambil lewa seperti ini sedangkan ada antara penumpang yang mungkin tergesa-gesa untuk ke tempat kerja (shift malam).

Cara ini mungkin menjimatkan pihak LRT kerana mereka tidak perlu mengeluarkan belanja lebih untuk lebihan operasi LRT pada waktu malam tetapi tidak adil kepada penumpang yang membayar tiket.


6 comments:

JULIE said...

masa keje dulu, adalah @pp cuba naik lrt ke opis selama sebulan..
pergi berebut - wangi, balik berebut - hapak!! cukuplah sampai tu jer..
nasib baik masa kejadiaan ni, pak lah x de dlm tren!

Anonymous said...

peh kalu pak lah ada dalam tren masa ni....tapi mungkin dia xrasa apa kot..sebab tengah zZzZz...

CuTeMiUt78 said...

dulu masa keja kat kl, merasa gak ler naik tren ni..takut gak bila tgk erk..

Fazrulls said...

Salam,

LRT Ni memang slow.. tapi yang herannya macam mana boleh berlanggaq..??

Seramai 4 orang cedera ringan dan hampir 200 orang tidak mengalami apa2...


Pihak LRT sanggup menangung kos rawatan bagi mereka yang mengalami kecerdaan...

Tu yang aku dengaq kat Radio Era pagi tadi lah...

ebob said...

msia nk promote public transport..tp klu camnilah keaadaannyer, camner laaa public transport kat msia ni nak maju...system pon lembab semcm jerrr..asek ader problem jerrr...skrg tgk, dh accident lakkkkk...hmmm..

cuba tgk kat jepun tuh...spore...public transport kat saner tu jauh lebih bagos dr sini punyerrr..org sana pon siap berebut nk g kojer naek pub. transport...sbb kerajaan kat sana prihatin dgn penggunaan pub transport...

huh....

zainal said...

Bersyukur apa yang ada dari pada tak ada banyak lagi negara yang belum ada