Seringkali ketika zaman sekolah rendah, saya ditanya apakah cita-cita saya apabila besar nanti? Saya percaya anda semua juga pernah ditanya soalan yang sama oleh ibu bapa, rakan-rakan atau guru kelas. Percaya atau tidak, ketika itu saya beranggapan bahawa jawapan yang diberikan akan menjadi kenyataan dan disebabkan itu, pernah sekali saya memikirkan tentang jawapan yang hendak saya berikan berhari-hari lamanya.
Namun begitu, tidak semua cita-cita kita akan tercapai. Contohnya saya sendiri pernah bercita-cita menjadi pegawai polis ketika berumur 7 tahun. Ketika itu, pakaian seragam polis nampak segak di mata saya dan kebetulan pakcik pula seorang pegawai polis berpangkat inspektor. Ketika itu saya masih lagi berfikiran lurus. Kalau dahulu pegawai polis amat dihormati, kini mereka dicaci dan tidak mendapat balasan yang setimpal dari segi pendapatan mahupun penghormatan.
Pada umur 8 tahun, saya ingin menjadi pegawai bank. Ketika itu, ayah saya adalah pegawai bank dan melihatnya bersiap segak dengan tali leher dan beg pejabatnya menarik minat saya untuk menjadi sepertinya. Biasalah, waktu kecil ayah adalah idola kebanyakkan kita.
Dalam tempoh beberapa tahun ketika zaman sekolah rendah, saya sering bertukar cita-cita: -
- Architect
- Doctor
- Lawyer
- dan beberapa lagi yang saya tidak lagi ingat
Zaman sekolah menengah, cita-cita bukan lagi menjadi priority di mana kebanyakkan kita hanya inginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR mahupun SPM kerana kebanyakkan pelajar bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Universiti dijadikan sebagai target utama tidak kiralah samada ianya di luar mahupun di dalam negara.
Saya sendiri tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA dan saya sendiri mengaku bahawa saya bukanlah seorang yang bijak pandai. Nasib baiklah ada IPTS dan kebetulan keputusan diploma saya adalah baik dan saya berjaya melanjutkan pelajaran ke MMU Cyberjaya. Selepas tamat SPM barulah saya sedar apakah yang saya ingin lakukan dalam hidup saya (cita-cita) dan yang menariknya tiada satu pun cita-cita saya ketika zaman sekolah rendah terlintas di fikiran. Mungkin disebabkan ketika itu, penggunaan komputer masih belum meluas dan IT bukanlah suatu pekerjaan yang namanya setanding dengan gelaran doctor, engineer, lawyer dan sebagainya.
Persepsi terhadap pekerjaan seperti "jadi doktor, engineer, lawyer dan sebagainya mesti boleh cepat kaya" dan ini menjadikan kita kadang-kala terkejar-kejar sesuatu yang bukanlah sebenarnya minat kita tetapi terpaksa melakukannya kerana mengikut kawan, dipaksa oleh ibu-bapa, ataupun mungkin merasakan pekerjaan tersebut adalah "cool" berbanding pekerjaan lain.
Di Malaysia (yang saya nampak), rakyat kita mempunyai mentaliti di mana jawatan adalah segala-galanya. Saya seringkali mendengar:
"Anak si A tu kerja doktor, beruntung siapa jadi isterinya"
"Cucu-cucu si B tu banyak yang masuk universiti, kerja hebat-hebat belaka"
Kadangkala kita lupa ada yang berkecil hati kerana mereka tidak bernasib baik mendapat kerja yang bagus ataupun berjaya masuk ke universiti. Bagi saya, dapat masuk ke universiti bukan segala-galanya. Dari pengalaman saya sendiri, ada yang berhenti belajar kerana memilih jurusan yang tidak diminati ataupun melampaui kemampuan mereka sendiri. Yang tidak belajar sampai ke universiti pula tidak semestinya akan berada di bawah selama-lamanya. Ramai jutawan-jutawan yang tidak bersekolah tinggi tetapi berjaya dalam hidup mereka.
Saya pernah mendengar cerita di mana seorang warga Indonesia yang bermastautin di negara ini berjaya dalam hidupnya dengan hanya menjual air di tepi jalan. Beliau memiliki hampir 20 gerai air di sekitar Lembah Klang dengan purata keuntungan hampir RM100 untuk setiap gerai. Kiralah sendiri berapakah untung bulanannya?
(sumber: jeffrockers.files.wordpress.com)
Istilah berjaya pada kamus saya bermaksud anda memiliki harta yang secukupnya untuk melakukan segala impian anda. Apalah gunanya jawatan yang tinggi sekiranya anda menjadi hamba kepada jawatan tersebut, tidak dapat meluangkan masa dengan yang tersayang, dan sebagainya?
Yang mana satu pilihan anda, bekerja di dalam pejabat yang mempunyai air-cond dengan jawatan besar ataupun menjual air di tepi jalan? Prinsip hidup saya adalah: -
Kerja untuk Hidup
Tetapi kebanyakkan orang yang saya nampak kini adalah: -
Hidup untuk Kerja
Apakah cita-cita anda?
2 comments:
ada org
siang kerja dlm aircond,
malam kerja kat pasar malam.
pokoknya, jgn pandang sengkek org yg berniaga di pasar mlm, dsb. Poket dia lebih berisi dari kita.
itulah realiti hidup.
Dulu mmg cita2 nak jadi doktor..punyalah berangan pakai lab coat tu..tapi entah tak de rezeki..jadi manager dapor lak..
Post a Comment