(sumber: http://www.tropicalisland.de)
Selepas mengharungi minggu yang cukup memenatkan, saya mengambil keputusan untuk melepak di Hartamas Square dengan rakan. Melepak di Hartamas bukanlah aktiviti mingguan saya kerana ia bergantung kepada kesibukan atau budget minggu tersebut kerana bagi yang sedia maklum, Hartamas Square bukanlah tempat di mana anda melepak sekiranya anda tidak memiliki wang yang cukup. Sebagai contoh, Vanilla Coke di sana hampir mencecah RM3.00 setin. Jadi bayangkan pula bagaimana harga makanan di sana.
(sumber: http://to-eat-or-to-live.blogspot.com)
Bagi penggemar shisha seperti saya, sudah sedia maklum yang harga shisha di sana agak tinggi berbanding di tempat lain iaitu RM13.00. Walaupun begitu, Hartamas Square tidak putus-putus dari menerima kunjungan pelanggan yang pada firasat saya rata-rata dari mereka datang dari golongan berada. Jadi, faktor kewangan bukanlah masalah yang besar.
Saya tidak pasti samada gejala keluar malam sebegini menyumbang kepada masalah gejala sosial tetapi ia memberikan rahmat kepada para peniaga yang sanggup berjaga malam bagi melariskan perniagaan mereka.
Bercerita tentang peniaga, semalam saya sempat ke pasar malam berdekatan dengan rumah saya. Mungkin ini silap saya kerana datang agak awal (6.30 petang). Pada mulanya, saya ke sebuah gerai membeli kuih berharga RM2.00 tetapi masalahnya saya hanya mempunyai note RM50.00 di mana peniaga tersebut tidak mempunyai wang baki. Kemudian, saya singgah ke sebuah gerai murtabak dan bercadang membeli 2 keping murtabak berharga RM4.00. Malangnya, masalah yang sama timbul. Akhirnya, saya pulang dengan tangan kosong.
(sumber: http://myyearonline.wordpress.com)
Apa yang saya tidak faham adalah, bagaimana mereka berniaga tanpa membawa sebarang wang tukar? Saya tidak tahu yang pasar malam mempunyai undang-undang di mana note RM50.00 tidak boleh diterima pakai. Seolah-olah saya membawa: -
(sumber: http://petaijeruk.blogspot.com)
DUIT POKOK PISANG!!
11 comments:
Muahahaa,sori lah aku terpaksa gelakkan ko. Mmg la kalo ko pegi psr mlm awal2 drg takdak duit tkr, aku dah byk kali kena, aku pun taktau duit yg ari2 drg dpt tu mana drg campak,takkan dah msk bank suma kot?
CANTIK GAMBAR KLCC TU..MMG MAHAL KT SITU....NK MASUK TANDAS PUN RASANYA RM2..
hahah... beli lah byk sket....
harap2,adalah peniaga pasar malam bc posting ni, luahan rase pembeli di pasar malam :P
giler bapak mahal harga air tin!! huhuhuhu.. bek lepak mamak je... sekali sekala x pe gak.. huhuhuh.. lain kali bayar pakai daon je! hahahhaa!
ehem2!
saya selaku wakil dari peniaga2 pasau malam.. kami ada duit tukar tapi sengaja tak mau bagi.. ekekkee.. #rekaan semata#
lain kali beli la murtabak banyak2. 30 keping ke.... pastu kongsi-kongsi ngn orang yang lalu lalang kat situ... kat afdal bila bersedekah ni...
Memang mcm tu perangai sesetengah peniaga...saja2 tak ada duit kecik, konon2 nak dpt untung instant.
seua mahal ek sekarang. hehe :)
rasanya kalau beli murtabak dah boleh dpt change dah. huhuh.. kemut kuar duit kecik la tuh.
tapi ada gak ptg larang depa takleh dpt duit beso dlm jam2 pertama.
biasa la.. ada je ptg larang nak laris meniaga nih. :D
hartamas roxx.. byk awek wooo
Cantiknya duit pokok pisang, kah kah kah.
Di Mesir, pekedai kadang-kadang sanggup tak menjual barang untuk kau kalo kau bayar pakai duit besar. Kalo ko bagi duit besar, diorang pon kata aku tadak duit kecik sambil tanak amik duit kau.
Di Malaysia, malam kita hidup sebab kita tropikal kot. Di Mesir atau negara pat musim lainnya winter malam memang tutup kedai sebab sejuk tapi summer hidup sebab seorang kuar rumah, panas.
Shisha kat sini singgit setgh je...
Post a Comment