Memalukan.
Kerajaan secara terbuka sudah berjanji kepada rakyat bahawa mereka akan menurunkan harga petrol kepada RM1.92 apabila harga minyak mentah turun ke paras US$72 per barrel sedangkan minggu lepas, ia telah turun sehingga US$62 per barrel dan berlegar-legar di bawah paras US$72 sepanjang minggu lalau. Ini sememang suatu pembohongan terbuka kerajaan kepada rakyat kerana gagal mengotakan janji walau apa sekalipun alasan yang mereka akan berikan.
Lihat sendiri, bukan saya seorang yang tidak bersetuju dengan keputusan ini, malah pensyarah dari UUM sendiri turut menyelar tindakan kerajaan yang telah mencabuli kepercayaan rakyat tanpa mempedulikan kesusahan kita semua.
Saya tidak meminta pun harga minyak dikurangkan sehingga RM1.80 walaupun sebenarnya kerajaan Malaysia mampu berbuat demikian dengan penyusutan mendadak pasaran minyak mentah, cukuplah sekadar diturunkan kepada harga asal beberapa bulan yang lalu.
Akibat kenaikan 78 sen beberapa bulan lalu telah menyaksikan harga barangan turut meningkat mendadak dan walaupun harga petrol telah turun, masih ada peniaga yang berdegil untuk menurunkan semula harga barangan yang dijual. Ini sememangnya membebankan pengguna sedangkan kerajaan juga telah berjanji bahawa harga barangan tidak akan naik sama sekali. Saya tidak menyalahkan peniaga dalam hal ini kerana tidak mungkin mereka mampu untuk mengekalkan harga barangan mereka jika harga petrol naik.
Saya merasakan bahawa, adalah tidak adil sama sekali jika pemimpin kerajaan diberikan subsidi petrol kerana ini bermakna mereka tidak sama sekali memahami keperitan yang dialami oleh rakyat. Jika benar BN adalah parti berjiwa rakyat, maka mereka perlu "turun padang" dan merasai sendiri apa yang dialami oleh kita semua.
"Masa naik senang, masa turun payah!"
4 comments:
Salam.
Benar kata kamu, seharusnya harga minyak boleh diturunkan pada paras harga asal akan tapi penurunan harga secara mendadak akan mendatangkan kerugian pada pihak penjual minyak (stesen-stesen minyak) kerana mereka membeli pada harga yang mahal tetapi menjual pada harga yang murah (jika harga diturunkan secara mendadak). Hal ini akan menyebabkan kerugian yang besar kepada pihak stesen minyak.
Penurunan harga secara mendadak juga tidak mampu menyelaraskan harga-harga barang di pasaran. Seharusnya pihak kera-jaan mengambil langkah yg lebih proaktif dan menggunakan mekanisme yg lebih baek daripada sistem yg mereka gunapakai sekarang ini.
Wallahu'alam.
salam slumberaja,
memalukan.yea.amat2.
summer hritu sy blik msia & i ws kinda shocked when i looked at whatsoever's prices. naik sgt2.
sian sgt rasa kat pcik2/mcik2 yg gaji x sbrapa anak bderet.
how are they suppose to live with this high living cost?? higher.higher.and higher.(even they increased it)
Ppl at the top, up there,
they would never know
OR pretend they dont know.
memang benar kata kamu..kerajaan kata peniaga perlu turunkan harga barangan akibat penurunan harga petrol Malaysia jika tidak tindakan akan diambil..Tetapi sekarang kerajaan tidak turunkan harga minyak Negara akibat penurunan harga minyak dunia seperti yang dijanjikan..siapakah yang boleh ambil tindakan atas mereka? Rakyat?
Kerajaan kata akan mengkaji harga petrol pada setiap hujung bulan. Hari ni dah 31 Nov. Harga minyak dunia dah cecah USD60. Kenapa tak turun-turun lagi harga minyak ni Pak Lah oiii atau saja nak menipu rakyat lagi?
Pak Lah kalau tak tau mengurus ekonomi, pergi belajar dulu dengan yang tau. Jgn suka-suka je nak naik harga minyak.
Post a Comment