Cuaca di negara kita semakin tidak menentu. Awal bulan October yang lalu, hujan turun mencurah-curah tidak tentu masa, pagi petang dan juga malam. Malah ada kawasan yang ditimpa bencana alam seperti banjir kilat dan juga tanah runtuh. Kini, tidak sampai satu bulan dari tempoh tersebut, suhu meningkat mendadak sehinggakan di waktu malam juga terasa kehangatan. Bagi yang memiliki air-cond di rumah pastinya tidak merasakan perubahan yang ketara tetapi bagi kurang berkemampuan, terasa bahananya.
Membuka tingkap bagi membolehkan angin sejuk dari luar masuk ke dalam rumah mungkin adalah cara yang baik. Namun begitu, kita diancam oleh bahaya nyamuk Aedes yang boleh membawa maut. Malah kebanyakkan daripada rakan-rakan saya yang mengakui bahawa mereka pernah dijangkiti demam denggi.
(sumber:http://www.comune.torino.it)
Selain dari ancaman nyamuk, saya mendapati kawasan bandar terutamanya di gerai tepi jalan dan kawasan perumahan diancam oleh satu lagi fenomena iaitu: TIKUS. Beberapa minggu lepas saya sempat singgah di kawasan flat kos rendah di mana kebersihan di kawasan persekitaran tersebut tidak terjaga dan menjadi pusat "penternakan" tikus. Sambil menunggu di dalam kereta, saya sempat mengira jumlah tikus yang lalu lalang di kawasan tersebut. Percaya atau tidak, ianya melebih 10 ekor dan saiznya cukup menakutkan, lebih besar dari betis saya!
(source: http://bbc.co.uk)
Jadi jangan terkejut jika gerai mamak kesayangan anda adalah sarang tempat tinggal tikus.
Lipas dan semut juga turut termasuk dalam kategori serangga perosak. Kawasan rumah setinggan dan juga flat kos rendah seringkali menjadi kawasan pembiakan serangga seperti ini. Ini disebabkan oleh tempat pembuangan sampah yang terbuka serta tidak dijaga rapi oleh pihak pengurusan bangunan. Ia juga menyebabkan kawasan tersebut berbau busuk dan menarik serangga lain seperti lalat, langau, dan sebagainya.
Saya tidak pasti siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini.
Adakah ini berpunca dari sikap rakyat kita sendiri yang terlalu mengabaikan kebersihan tempat tinggal mereka?
Adakah majlis perbandaran mengambil sikap sambil lewa atau tidak mengambil langkah yang secukupnya bagi menangani masalah ini?
Saya tidak mengatakan bahawa saya seorang yang sangat prihatin terhadap persekitaran tetapi sebagai individu saya cuba sedaya-upaya melakukan yang terbaik seperti tidak membuang sampah merata-rata (jika saya makan gula-gula, plastiknya saya simpan di dalam poket sehinggalah berjumpa dengan bakul sampah) dan juga mengamalkan tabiat kitar semula (dapat duit... ^^).
(sumber: http://scribalterror.blogs.com)
Saya percaya jika kita SEMUA tidak membuang sampah merata-rata, maka kebersihan kawasan persekitaran kita dapat dipelihara. Kempen gotong-royong perlu dihidupkan semula bagi memberi kesedaran kepada orang ramai selain dapat merapatkan hubungan masyarakat setempat. Jika tidak, mungkin tidak lama lagi, muncul lagi penyakit-penyakit baru yang boleh membahayakan kita semua berpunca dari persekitaran yang kotor.
(sumber:http://www.bbc.co.uk)