Post ini ditujukan kepada peminat bola sepak di mana sahaja anda berada. Saya meminati sukan bola sepak sejak 1993 di mana ketika itu bola sepak Malaysia berada pada tahap kemuncaknya iaitu tangga ke-79 sejak ranking tersebut diperkenalkan. Pada ketika itu jugalah saya mula berjinak-jinak dengan English Premier League walaupun pada ketika itu tiada siaran langsung perlawanan liga setiap minggu seperti sekarang ini.
Seingat saya, cuma ada liputan mingguan yang ditayangkan di TV3 yang mempaparkan keputusan serta jaringan yang bagi setiap perlawanan yang berlangsung pada minggu sebelumnya. Selain TV, keputusan hanya dapat diikuti melalui akhbar harian seperti Utusan Malaysia yang ketika itu masih lagi belum "tercemar" dengan berita-berita politik.
Kini, dengan adanya kemudahan Internet anda boleh mengetahui berita terkini mengenai bola sepak di serata dunia dengan pantas. Malah, sekiranya anda tidak berkesempatan menontonnya secara live, anda masih boleh mendapatkan update mengenai keputusan semasa ketika perlawanan masih berlangsung. Berikut adalah laman web yang seringkali saya layari bagi mendapatkan maklumat terkini dunia bola sepak: -
Kelebihan: Apa yang menarik mengenai ESPNsoccernet ialah fungsi Live Scores yang memberikan update mengenai keputusan semasa perlawanan yang sedang berlangsung. Setiap kali ada pasukan yang menjaringkan gol, laman web ESPNsoccernet akan melakukan refresh secara automatik. Selain itu, terdapat statistik mengenai sesebuah liga seperti siapakah penjaring terbanyak, assist, kad kuning, kad merah dan sebagainya. Selain itu, terdapat statistik bagi setiap pemain dalam liga terkemuka seperti EPL, Bundesliga, Serie A, La Liga dan sebagainya.
Kelemahan: Berita terkini yang ada di laman web ini boleh dikatakan agak "ketinggalan zaman" sedikit kerana mereka lambat menerima berita atau mengemaskini laman tersebut. Kemungkinan besar, berita yang ada di ESPNsoccernet telahpun dilaporkan di laman web bola sepak yang lain.
Kebaikan: Saya hanya mengetahui mengenai laman web ini beberapa tahun yang lalu melalui seorang rakan yang juga peminat bola sepak. Apa yang menariknya adalah rangkuman berita yang paparkan adalah yang terkini dan sensasi di mana sumbernya boleh dipercayai. Selain itu, ia membenarkan pelawat memberi komen terhadap sesuatu berita di mana sekiranya anda meminati diskusi hangat antara peminat bola sepat, ini adalah tempat yang sesuai bagi anda.
Kelemahan: Live scores agak kurang memuaskan pada pendapat saya. Selain itu, ia lebih menekan kepada EPL berbanding ESPNsoccernet yang memberikan liputan yang lebih meluas mengenai liga di seluruh Eropah. Malah di antara ketiga-tiga laman web ini, TeamTalk memiliki ranking traffik yang lebih rendah.
Kelebihan: Pada pendapat saya, kelebihan Goal.com adalah gossip panas yang sentiasa menghiasi muka hadapan laman web tersebut. Walaupun saya tidak pasti kesahihan berita yang dipaparkan tetapi ketika musim perpindahan pemain dibuka, terdapat banyak spekulasi menarik mengenai transaksi pemain. Berita yang dipaparkan juga agak pantas seperti TeamTalk.com
Kelemahan: Disebabkan berita yang dikeluarkan adalah pantas, kebiasaannya kredibiliti berita tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Selain itu, berita yang dikeluarkan terlalu singkat dan kurang maklumat tambahan.
Selain dari ketiga-tiga laman web ini, anda juga boleh ke laman rasmi pasukan kegemaran anda dengan menaip, cth: "manchester united official website", "real madrid official website" dan sebagainya.
Berapa ramaikah di antara anda yang mempunyai "pengalaman ngeri" / fobia apabila memasuki tandas?
Post ini ditujukan khas kepada mereka yang tiada kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan tandas awam. Saya tidak faham mengapa masih ada yang mengambil sikap sambil lewa sedangkan sudah banyak kali diingatkan oleh pihak berkuasa mengenai isu ini.
Saya secara peribadi mempunyai dilemma setiap kali menggunakan tandas awam terutamanya ketika membuka pintu tandas. Saya tidak pasti jika anda berhadapan dengan masalah yang sama tetapi setiap kali ke tandas, saya berdoa/berharap agar tandas tersebut "bersih" untuk digunakan.
Bersih bukan bermaksud lantainya perlulah berkilat, baunya mesti semerbak haruman lavender dan sebagainya tetapi cukuplah setakat mangkuk tandasnya diflush oleh setiap orang yang menggunakannya.
Bayangkan anda membuka pintu tandas tersebut, pengguna sebelumnya lupa atau sengaja tidak mahu menekan butang flush dan meninggalkan "saki-baki" mereka. Saya sudah banyak kali melihat fenomena yang menjijikkan ini dan ianya telah berlarutan sejak sekian lama.
Ini mesej saya kepada anda, "sekiranya anda sendiri berasa jijik dengan **** anda, apatah lagi orang lain yang melihatnya". Apa perasaan anda jika pengguna yang lain melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Kadangkala saya tertanya, bagaimanakah agaknya keadaan tandas di kediaman mereka? Adakah mereka tidak flush mangkuk tandas mereka selepas menggunakannya? Atau mungkin mereka masih lagi mengorek lubang di belakang rumah mereka dan kemudiannya mengkambuskan sisa buangan mereka dengan pasir?
Sikap sebegini tidak ubah seperti mementingkan diri sendiri kerana ianya boleh menyebabkan wabak penyakit tersebar. Malah ia memberi mesej jelas bahawa rakyat kita masih berada dalam kelompok mentaliti dunia ketiga walaupun kita terkenal sebagai sebuah negara membangun dan ingin mencapai status sebagai negara maju pada 2020.
Jawapannya ialah TIADA DALAM SENARAI! Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Mercer Human Resources Consulting ke atas 300 buah bandar terkemuka di seluruh dunia, mereka telah berjaya mengenalpasti 25 bandar paling bersih di dunia berdasarkan beberapa kriteria pemilihan.
Apa yang mengejutkan pada pendapat saya adalah negara jiran kita, Singapura yang terkenal sebagai sebuah bandar terbersih di rantau ini tidak tersenarai langsung dalam pemilihan kali ini.
Berikut adalah senarai 25 Bandar Paling Bersih di Dunia: -
Mengikut kepada budaya hidup masyarakat bandar terutamanya di Kuala Lumpur, saya tidak merasakan bahawa kita mampu untuk tersenarai dalam ranking tersebut untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 10 tahun dari sekarang. Peranan kerajaan dan badan bertanggungjawab sahaja tidak cukup jika rakyat sendiri tidak mahu menghargai keindahan yang dikurniakan kepada kita.
Di kala menulis post ini, kemarahan agak membara di hati saya. Apa tidaknya, 4 jam saya menunggu Internet untuk pulih kepada sediakala, "terima kasih" kepada TMNet Streamyx yang memberikan perkhidmatan yang "bermutu tinggi". Banyak tugasan yang terpaksa ditangguhkan kerana rangkaian internet terganggu.
Malah, saya cuba menghubungi pihak Streamyx bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah ini. Malangnya, tiada seorang pun operator yang bertugas bagi menerima panggilan. Mesej yang saya terima adalah, terdapat gangguan yang berlaku di kawasan utara dan juga beberapa kawasan lain.
Persoalannya, bolehkah kita meminta ganti-rugi akibat gangguan sebegini kerana kita tetap perlu membayar dengan harga tetap bergantung kepada pakej masing-masing sedangkan perkhidmatan yang diberikan kurang berkualiti?
Perkara ini bukanlah fenomena yang ganjil bagi perkhidmatan Streamyx. Sebelum ini saya pernah mengalami masalah yang sama di mana ia mengambil masa beberapa hari sebelum masalah tersebut dapat diselesaikan. Sudahlah kualiti internet pun bukan di tahap terbaik, kualiti penyelenggaraan juga amat teruk. Masa beberapa hari untuk menyelesaikan satu masalah bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Poets often use many words To say a simple thing It takes thought and time and rhyme To make a poem singing
With music and words I've been flying For you I have written a song To be sure that you'll know what I'm saying I'll translate as i go along
Fly me to the moon, And let me play among the stars Won't you let me see what spring is like on Jupiter and Mars In other words: Hold my hand! In other words: Darling, kiss me!
Fill my heart with song, And let me sing forever more You are all I long for all I worship and adore In other words: Please be true! In other words: I love you!
In other words: Please be true! In other words: I love you!
Walaupun kita seringkali mendengar keganasan dan kerakusan ceti haram yang lebih dikenali sebagai Ah Long, saya percaya tidak ramai antara kita yang pernah bertemu atau bersua muka dengan mereka. Saya juga tergolong dalam kategori tersebut sehinggalah beberapa hari yang lalu.
(sumber: http://skullbase.blogspot.com)
Pada malam tersebut, saya dan rakan-rakan lepak di sebuah restauran mamak di kawasan berdekatan Hartamas. Kebetulan kami duduk berdekatan dengan meja di mana Ah Long dan peminjamnya berjumpa. Mereka bergiat aktif dalam kumpulan seramai kira-kira 5 orang manakala si peminjam pula ditemani oleh pasangannya.
Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka duduk lepak seperti orang lain tetapi secara tiba-tiba situasi menjadi tegang apabila salah seorang ahli kumpulan terbabit naik berang (sebab-sebab tidak diketahui). Pasangan wanita si peminjam cuba menenangkan keadaan dengan menarik tangan Ah Long tersebut supaya duduk dan bertenang.
Apa yang menyedihkan adalah, kesemua ahli kumpulan Ah Long tersebut adalah orang Melayu. Cara percakapan mereka sememangnya kasar dan kurang ajar sekali umpama mereka ini tidak mempunyai agama langsung. Nasib baik si peminjam agak bijak memilih kawasan tempat awam untuk bertemu kerana jika tidak, saya pasti bahawa sesuatu yang buruk pasti berlaku.
(sumber: http://wikimedia.org)
Sukar untuk meletakkan kesalahan di bahu sesiapa kerana si peminjam meminjam wang kerana kesempitan hidup dan memerlukan wang secepat mungkin, pihak bank pula menetapkan syarat-syarat yang ketat serta mengambil masa yang lama untuk memproses permohonan sehinggakan ramai yang berfikir dua kali sebelum meminjam, Ah Long pula bijak mengambil peluang kerana masih ramai yang berani meminjam walaupun tahu risikonya disebabkan tiada jalan lain.
Sampai bilakah kegiatan ceti haram akan terus berleluasa? Dan berapa ramai lagikah yang bakal menjadi mangsa?
Saya terlihat poster ini di Bukit Bintang baru-baru ini. Dalam kegawatan ekonomi yang melanda dunia termasuk di Malaysia, adakah rakyat masih mampu untuk membelanjakan wang mereka bagi tujuan membeli-belah?
Our whole universe was in a hot dense state, Then nearly fourteen billion years ago expansion started. Wait... The Earth began to cool, The autotrophs began to drool, Neanderthals developed tools, We built a wall (we built the pyramids), Math, science, history, unraveling the mysteries, That all started with the big bang!
"Since the dawn of man" is really not that long, As every galaxy was formed in less time than it takes to sing this song. A fraction of a second and the elements were made. The bipeds stood up straight, The dinosaurs all met their fate, They tried to leap but they were late And they all died (they froze their asses off) The oceans and Pangaea See ya, wouldn't wanna be ya Set in motion by the same big bang!
It all started with the big BANG!
It's expanding ever outward but one day It will cause the stars to go the other way, Collapsing ever inward, we won't be here, it wont be heard Our best and brightest figure that it'll make an even bigger bang!
Australopithecus would really have been sick of us Debating out while here they're catching deer (we're catching viruses) Religion or astronomy, Encarta, Deuteronomy It all started with the big bang!
Music and mythology, Einstein and astrology It all started with the big bang! It all started with the big BANG!
Pada asalnya, saya bercadang untuk berkunjung ke GoMobile Expo 2008 pada hari Sabtu tetapi disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan maka saya menukar plan tersebut kepada hari Ahad. Bagi anda yang terlepas atau tidak mengetahui tentang event ini, ianya bermula sejak hari Jumaat yang lalu bersamaan 21 November sehinggalah semalam, 23 November 2008.
Saya sebenarnya tidak berniat membeli apa-apa. Cuma sekadar ingin melihat handphone terbaru yang ada di pasaran kini dan seterusnya membuat mengisi ruangan blog ini. Memang ada niat untuk membeli handphone baru tetapi bajet tidak mengizinkan saya berbuat demikian terutamanya dengan krisis ekonomi dunia yang memaksa saya untuk lebih berjimat-cermat.
Saya bertolak dari rumah kira-kira jam 4 petang. Walaupun saya sudah maklum bahawa expo ini akan berakhir pada jam 7 malam tetapi saya tetap bertekad untuk ke sana. Saya merasakan bahawa ada kemungkinan yang ianya akan berakhir lebih lewat daripada yang dijadualkan. Perjalanan ke PWTC dari rumah saya menaiki kereta hanya memakan masa kira-kira 30 minit disebabkan oleh kesesakan lalu-lintas berhampiran dengan Flat Pekeliling.
Saya menjangkakan kemungkinan besar kebanyakkan booth telah ditutup/sedang berkemas untuk pulang dan jumlah pengunjung yang agak kecil terutamanya apabila melihat pintu masuk ke expo tersebut yang agak lengang.
Kedatangan para pengunjung disambut meriah oleh syarikat telekomunikasi gergasi milik Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan yang juga merupakan lelaki kedua terkaya di Malaysia.
Menjejakkan kaki ke dalam dewan pameran, saya mendapati terdapat lebih dari seratus pengunjung yang masih membanjiri expo tersebut dengan jurujual sibuk untuk melariskan produk mereka. Saya sendiri dikerumuni beberapa orang pekerja yang cuba menjual produk dan perkhidmatan telekomunikasi.
Malah, ada antara jenama yang saya sendiri tidak pernah mendengarnya sebelum ini.
Setelah bosan berlegar-legar di dalam dewan tersebut, saya akhirnya berhenti berhampiran dengan booth LG. Kebetulan mereka mengadakan pertandingan Speed Dial di mana hadiah utama adalah pakej percutian ke Korea Selatan untuk 2 orang manakala mereka yang menduduki tangga ke-2 hingga ke-10 akan menerima sebuah handphone LG.
Walaupun tampak mudah, hampir sejam mencuba saya masih gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 yang terbaik. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa bukan rezeki saya untuk memenangi pertandingan tersebut.
Kira-kira jam 7 malam, pekerja-pekerja mula sibuk berkemas untuk pulang. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menangkap beberapa lagi gambar sebelum pulang.
Saya kemudiannya keluar ke perkarangan pintu masuk dewan tersebut dan bercadang untuk pulang tetapi seolah-olah didorong oleh sesuatu, saya menuju semula ke pintu masuk expo tersebut.
Tiba-tiba, bunyi siren berkumandang dan saya ditarik oleh beberapa pekerja GoMobile. Saya yang terpinga-pinga ketika itu diumumkan sebagai pengunjung bertuah yang hadir. Mula-mula sekali saya berasa agak curiga tetapi apabila orang ramai mula bertepuk tangan, maka saya agak lebih yakin bahawa saya adalah pemenang.
Rupa-rupanya saya adalah pemenang bertuah terakhir yang diumumkan pada expo tahun ini. Saya menerima: -
Tidak dinafikan masalah sosial dan juga kadar jenayah semakin meningkat hari demi hari. Namun begitu, cerita yang bakal anda baca ini (jika rajin) mungkin agak mengejutkan kerana ia berlaku di negara kita yang tercinta ini dan terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan majoritinya adalah penganut beragama Islam.
Negara-negara di sebelah Asia cukup terkenal dengan tradisi memukul anak-anak mereka bagi tujuan "mengajar/mengasuh" tetapi ada ibu bapa yang sanggup menjadikannya alasan bagi mendera anak-anak mereka sehingga menyebabkan mental dan fizikal anak mereka terganggu. Alasan yang biasa kita dengar adalah: -
"Kalau dari kecil tidak diajar, besar nanti jadi hantulah jawabnya"
Masalahnya, kebanyakkan jiran-jiran tidak mahu masuk campur ataupun sekurang-kurangnya melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa kerana mereka "bersetuju" dengan cara yang digunakan bagi tujuan "mendidik" anak-anak.
Jika perkara ini berlaku kepada menantu, mungkin ianya tidak mengejutkan kerana memang sudah menjadi lumrah kebanyakkan ibu mertua tidak menyukai/merestu menantu mereka yang dikahwini atas dasar cinta tetapi masalahnya dalam kisah di atas, ibu yang mengandungkan anak tersebut dan mempunyai talian darah secara langsung sanggup melakukan perkara sebegini.
Cuma satu sahaja persoalan yang bermain di fikiran saya kini iaitu,
Bolehkah anak tersebut "menderhaka" kepada ibunya jika keadaan memaksanya berbuat demikian dan apakah akibatnya kerana dalam Islam "syurga berada di bawah tapak kaki ibu"?
Terlebih dahulu saya ingin membuat pengakuan jujur kepada pembaca sekalian. Saya tidak mempunyai mengetahuan sama sekali tentang Robot Gundam, Transformers dan sebagainya. Saya dibesarkan bersama-sama dengan pengaruh oleh: -
Tomato Man
Doraemon
(http://www.shopro-entertainment.com)
Dash Yonkuro
Dragon Ball Z
(sumber: http://discover-indo.tierranet.com)
Captain Tsubasa
(sumber: http://best-anime-pictures.blogspot.com)
Mungkin disebabkan hanya saya seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga menyebabkan saya kurang berminat dengan robot-robot dan seterusnya dengan action figure. Saya percaya ramai antara pembaca yang mengumpul koleksi action figure. Jadi, saya tidak akan mengulas dengan lebih lanjut mengenainya kerana anda mungkin lebih pakar berbanding saya.
Bagi anda yang tidak mengetahui apakah Gundam seperti saya, ini adalah terjemahan yang saya jumpa di Wikipedia: -
Gundam (ガンダム, Gandamu?) is a metaseries of Japanese anime, featuring giant robots, or "mecha", created by Sunrise studios. The series started in April 1979 as a TV series called Mobile Suit Gundam, and later became a franchise name with more sequels, prequels, side stories and alternative timelines, published and aired in various media including TV anime, OVA, manga, novels, and video games. Gundam became a collective term for 7 different time lines, all featuring their own story-lines, with a few common denominators and war machines called Gundam.
Tanpa membuangkan masa, berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya tangkap pada event yang berlangsung minggu lalu: -
Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu saya akan ke Bukit Bintang tidak kira samada sekadar berjalan-jalan atau ada sesuatu yang ingin dibeli di Plaza Low Yat / Sungai Wang. Mungkin disebabkan jarak antara rumah saya dengan Bukit Bintang tidak begitu jauh dan hanya mengambil masa kurang dari 15 minit jika tiada kesesakan lalu-lintas.
Kebetulan hari tersebut sama merupakan hari di mana FlyFM 3rd Fly-Niversary diadakan di 1 Utama. Oleh sebab itu, tanggapan saya adalah Bukit Bintang akan lengang kerana orang ramai terutamanya golongan remaja akan berkumpul di Central Park Avenue.
Memasuki kawasan berhampiran dengan Pavilion, pergerakan lalu-lintas tiba-tiba sahaja bergerak agak perlahan seolah-olah ada sesuatu yang berlaku di hadapan. Walaupun ianya hari Sabtu tetapi berdasarkan pengalaman saya biasanya pada pukul 4 petang ke atas, jarang sekali berlaku kesesakan lalu lintas. Tekaan pertama saya adalah: -
Cuma masalahnya adalah tiada tow truck atau polis trafik di kawasan tersebut, maka tidak mungkin berlaku kemalangan jalan raya. Jadi, tekaan seterusnya adalah kemungkinan besar ada event yang sedang berlangsung di kawasan sekitar. Ternyata sekali tekaan saya tepat: -
Biasanya saya tiada masalah dengan sebarang event/party/concert kerana saya mengaku yang saya sendiri bukan alim. Namun begitu, kali ini saya terpaksa membantah dan menegur pihak HotFM supaya tidak lagi mengadakan konsert di kawasan Bukit Bintang.
Ingin tahu mengapa?
Muka-muka inilah yang kononnya menjadi pelapis kepada generasi sekarang bagi membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020. Yang lebih memalukan adalah kesemua mereka adalah orang Melayu (tidak nampak pula bangsa lain dalam gambar ini). Tidak hairanlah mengapa bangsa lain terutamanya Cina memandang rendah orang Melayu. Lihat sahaja perangai mereka tidak ubah seperti _ _ _ _ _! (isikan sendiri)
Cuba bayangkan apa agaknya tanggapan orang luar (pelancong) tentang kelakuan sebegini?
Jika beberapa tahun lepas, saya biasanya tidak berfikir dua kali sebelum mendownload filem dari Hollywood tetapi sejak kebelakangan ini industri filem antarabangsa seolah-olah "dicemari" dengan kebanjiran filem-filem yang kurang berkualiti yang berkemungkinan besar disebabkan oleh kos produksi yang rendah.
Persoalannya, adakah krisis ekonomi yang melanda dunia kini turut menjejaskan kualiti filem di serata dunia ataupun pihak tertentu cuba mengaut keuntungan dengan menjadikan filem "Bend It Like Beckham" sebagai aspirasi mereka bagi menghasilkan filem bajet rendah?
Kebetulan hari ini saya "terserempak" dengan filem yang agak menarik tajuknya iaitu "Merlin and the War of the Dragons".
Saya agak meminati filem yang berkonsepkan purba dan berunsur magik seperti Lord of The Rings, The Illusionist, Harry Potter dan sebagainya. Bagi yang tidak mengetahui, Merlin adalah lagenda ahli sihir yang terkenal zaman King Arthur yang juga merupakan penasihat kepada raja. Seperti biasa, sebelum mendownload saya akan melihat terlebih dahulu sinopsis di IMDB.com. Ini hasilnya: -
7 orang sahaja pelakon untuk "Merlin and the War of the Dragons"? Saya mulai curiga dengan kualiti filem ini jadi saya melakukan kajian lebih mendalam iaitu menggunakan: -
Saya berjaya menjimatkan beberapa jam mendownload filem yang kualitinya hanya setaraf dengan "Xena The Princess Warrior".
Salam sejahtera kepada pengunjung setia blog slumbeRAJA. Anda pastinya tertanya ke manakah saya menghilang hampir seminggu tanpa sebarang post terbaru. Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk bagi saya sejak blog ini diperkenalkan. Saya sebenarnya terlibat secara langsung dalam menjayakan sebuah forum peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur baru-baru ini (saya akan ceritakan lebih lanjut mengenainya).
Di samping itu, kebetulan PC saya mengalami masalah teknikal yang menyebabkan saya terpaksa memformat dan menginstall semula software seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop CS2, Winamp, WinRAR, Acrobat Reader 9, Yahoo Messenger, Mozilla Firefox, Google Chrome, ATI Catalyst, Macromedia Dreamweaver, Flash Player, Java Runtime Environment, Internet Download Manager, AVG, IE 7, Alexa Sparky, K-Lite Codec dan banyak lagi. Jadi, disebabkan oleh kesibukan mengendalikan forum tersebut, saya terpaksa mengambil masa yang panjang sebelum dapat "merawat" PC ini seperti sediakala.
Ini merupakan rekod paling lama saya tidak memformat PC iaitu selama hampir setahun. Jadi, kebanyakkan installer yang dahulunya ada di dalam PC ini telahpun saya buang dan dengan kelajuan "super" TMNut Screamyx, terpaksalah saya bersabar dan mengabaikan blog ini buat sementara waktu.
Dalam tempoh beberapa hari saya "menghilangkan diri" ini, saya telah berjaya mengumpulkan data yang menarik untuk dikongsi bersama dengan para pembaca sekalian. Diharapkan rakan-rakan semua bersabar sementara saya menyiapkan artikel terbaru.
Kuala Lumpur sekali lagi mengalami perubahan cuaca yang ketara. Tidak sampai 2 minggu yang lalu di mana suhu di sini sangat panas sehinggakan banyak aktiviti saya yang tertangguh, kini, musim hujan kembali di sebelah petang dengan bunyi guruh menggamatkan suasana.
Jadi saya terpaksa menganjakkan aktiviti bulanan saya pada waktu tengah hari bagi mengelakkan hujan lebat. Aktiviti bulanan tersebut adalah: -
(sumber: http://www.kpkt.gov.my)
Untuk makluman semua, di kawasan sekitar tempat tinggal saya memiliki 2 tempat pengumpulan barang kitar semula. Dalam perjalanan ke sana saya hampir sahaja terlanggar bas yang berhenti secara tiba-tiba di tempat yang bukan sepatutnya mengambil penumpang. Masalahnya bukan apa, lampu brek bas tersebut telah rosak dan tidak diperiksa oleh pemandu bas yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini. Ia boleh membahayakan penumpang serta pemandu yang mengekori bas tersebut.
Setibanya di tempat kitar semula tersebut, saya mendapati ianya tidak dibuka pada hari tersebut. Maka, saya terpaksa berpatah balik dan menuju ke sebuah lagi tempat pengumpulan. Nasib baik ianya dibuka jika tidak terpaksalah saya membawa pulang botol, tin dan kertas yang berada di dalam kereta saya.
Saya sebenarnya kurang gemar menghantar ke sini kerana pekerjanya kadang-kadang tidak mahu membantu memunggahkan barangan dari kereta saya. Namun begitu, semalam saya bernasib baik kerana ada pekerja (saya berikan anugerah employee of the month) yang sudi membantu.
Sebenarnya bulan ini tidak banyak barang yang saya boleh kitar semula. Hanya beberapa bungkus beg plastik berisi botol-botol kosong, kertas yang hanya tinggi sejengkal dan beberapa tin minuman sahaja. Namun begitu, bagi menyahut seruan kerajaan supaya "fikir dahulu sebelum buang", maka saya teruskan juga aktiviti ini. Siapa cakap saya anti-kerajaan (haha), Malaysia Boleh!
Aktiviti ini sudah agak lama saya amalkan. Jika tidak silap, bermula sejak mula-mula saya mendapat lesen kereta iaitu kira-kira 5-6 tahun yang lalu. Bukan apa, daripada dibuang begitu sahaja, lebih baik saya hantar ke pusat kitar semula kerana jaraknya tidak berapa jauh dari rumah saya.
Selesai proses menimbang, saya diberi sekeping kertas yang dicatat jumlah timbangan. Persoalannya, berapakah yang saya dapat?
Berita baik kepada peminat bola sepak tanahair. Pasukan kebangsaan kita menampakkan peningkatan yang memberangsangkan dengan berjaya memperbaiki kedudukan mereka dalam senarai terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA. Jika pada bulan April yang lepas, harapan untuk kembali bersaing di pentas dunia tampak begitu kabur di mana kita berada pada paras yang paling teruk dalam sejarah sejak FIFA Ranking diperkenalkan.
Berikut adalah hasil kejayaan pasukan negara dalam beberapa siri perlawanan persahabatan sepanjang bulan lalu: -
Setakat ini, Malaysia dipisahkan hanya 1 mata dengan pasukan yang berada di tangga ke-150 iaitu Malta manakala Leichtenstein yang berada di bawah Malaysia dipisahkan dengan 7 mata. Malaysia akan berdepan cabaran getir pada bulan Disember dengan pertemuan menentang Thailand pada 10 Desember 2008 yang berada pada ranking ke-116 dunia.
Cukup ngeri. Bayangkan jika anda berada di tempat kejadian dan menyaksikan peristiwa malang tersebut. Saya cuba mencari jika ada sesiapa yang merakamkan peristiwa ngeri ini tetapi sehingga ini masih belum ada. Adakah ini dalangnya?
Maggi merupakan makanan ruji terutamanya bagi pelajar di asrama ataupun mereka yang masih bujang (lelaki). Antara sebabnya adalah, ianya mudah dimasak, harganya murah, boleh disimpan lama dan yang paling penting, bagi tujuan kecemasan jika kebuluran di tengah malam.
Tetapi masalahnya, adakah anda sedar bahawa maggi tidak baik untuk kesihatan?
Saya mengaku bahawa saya juga sering menjamah sajian tersebut terutamanya pada waktu malam, ketika sibuk bekerja dan ketika malas untuk keluar membeli makanan.
Kebetulan semalam stok maggi saya telah habis dan saya mengambil keputusan untuk membelinya dari sebuah pasaraya terkenal (nama dirahsiakan kerana tidak mahu memberikan promosi percuma. haha). Semasa berada di rak di mana maggi dan jenama lain mee segera yang lain dipamerkan, saya berasa hairan mengapa maggi memiliki harga-harga yang berlainan bagi maggi perisa kari. Maggi yang biasa saya beli berharga RM3.99 dan satu lagi berharga RM4.50.
Jadi saya membelik-belik maggi yang dinamakan "TastyLite" dan tertarik dengan 3 points yang tertera di sebelah kanan bawah paket maggi tersebut.
Taste Great
Less Than 3g Fat per Serving
No Added MSG
(sumber: http://www.nestle.com.my)
Persoalan yang bermain-main difikiran saya ketika itu adalah, apakah maksudnya dengan perkataan MSG?
Menurut Wikipedia, definasi bagi MSG adalah: -
Monosodium glutamate, also known as sodium glutamate and MSG, is a sodium salt of the non-essential amino acid glutamic acid. It is used as a food additive and is commonly marketed as a flavour enhancer. It has the HS code 29224220 and the E number E621. Trade names of monosodium glutamate include Ajinomoto, Vetsin, and Accent.
Faham? Saya pun sebenarnya kurang faham (kimia kurang hebat). Senang cerita, ianya perisa tambahan dalam makanan anda bagi menjadikannya lebih sedap.
Dari segi isu kesihatan pula: -
Monosodium glutamate as a food ingredient is the subject of a health concern controversy.
United States Monosodium glutamate is one of several forms of free glutamate used in foods. Free glutamate can also be present in a wide variety of other additives, including hydrolyzed vegetable proteins, autolyzed yeast, hydrolyzed yeast, yeast extract, soy extracts, and protein isolate, any one of which may appear as "spices" or "natural flavorings." The food additives disodium inosinate and disodium guanylate are usually used along with with monosodium glutamate-containing ingredients, and provide a likely indicator of the presence of monosodium glutamate in a product. For this reason, the FDA considers labels such as "No MSG" or "No Added MSG" to be misleading if the food contains ingredients that are sources of free glutamate, such as hydrolyzed protein.
In 1993, FDA proposed adding the phrase "(contains glutamate)" to the common or usual names of certain protein hydrolysates that contain substantial amounts of glutamate.For example, if the proposal were adopted, hydrolyzed soy protein would have to be declared on food labels as "hydrolyzed soy protein (contains glutamate)."
Asia The INTERMAP Cooperative Research Group conducted a study of 752 healthy Chinese (48.7% women), aged 40-59 years, randomly sampled from three rural villages in north and south China and determined that MSG intake may be positively related to increased BMI (Body Mass Index)
Australia and New Zealand Standard 1.2.4 of the Australia New Zealand Food Standards Code requires the presence of MSG as a food additive to be labeled. The label must bear the food additive class name (e.g. flavour enhancer), followed by either the name of the food additive (e.g. MSG) or its International Numbering System (INS) number (e.g. 621).
Berbalik kepada eksperimentasi saya tadi, berbanding dengan maggi yang biasa saya beli, mee bagi maggi TastyLite agak lambat kembang dan kenyal apabila dimasak. Biasanya jika saya memasak maggi biasa, mee akan diletakkan paling akhir sekali kerana saya kurang gemar mee yang kembang kerana rasanya kurang sedap. Selain itu, rasanya juga agak berlainan sedikit mungkin kerana perencahnya tiada kandungan MSG.
Kesimpulannya, jika anda mahukan maggi yang sihat, belilah maggi TastyLite.
The best thing about tonight's that we're not fighting Could it be that we have been this way before I know you don't think that I am trying I know you're wearing thin down to the core
But hold your breathe Because tonight will be the night that I will fall for you Over again Don't make me change my mind Or I wont live to see another day I swear it's true Because a girl like you is impossible to find Your impossible to find
This is not what I intended I always swore to you i'd never fall apart You always thought that I was stronger I may of failed But I have loved you from the start Ohhhh
But hold your breathe Because tonight will be the night that I will fall for you Over again Don't make me change my mind Or I wont live to see another day I swear it's true Because a girl like you is impossible to find It's impossible
So breathe in so deep Breathe me in I'm yours to keep And hold onto your words Cuz talk is cheap And remember me tonight When your asleep
Because tonight will be the night that I will fall for you Over again Don't make me change my mind Or I wont live to see another day I swear it's true Because a girl like you is impossible to find Tonight will be the night that I will fall for you Over again Don't make me change my mind Or I wont live to see another day I swear it's true Because a girl like you is impossible to find Your impossible to find
Kes jenayah nampaknya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dengan hampir setiap hari kita mendengar kes rompakan, samun dan bunuh.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, kes bunuh yang dilaporkan pada tahun 2007 sahaja mencecah 588 kes manakala bagi tahun 2008 sehingga bulan Jun sahaja sudah mencecah 319 kes. Ini bermakna setiap hari hampir 2 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pembunuhan dan ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan (mungkin termasuk dalam kes Orang Hilang).
Penjenayah nampaknya semakin berani melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat mereka walaupun terpaksa mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa.
Tidak lama dahulu, saya ada mendengar ura-ura bahawa kerajaan ingin mengkaji langkah bagi mengimplementasikan sistem CCTV di kawasan terbuka. Walaupun saya tidak pasti apakah implikasinya dalam masyarakat dari segi privacy, tetapi mungkin ianya langkah yang baik bagi mengekang kes-kes jenayah sebegini.
Selain kes bunuh, kes samun berkawan dengan senjata api dan tanpa senjata api juga turut meningkat. Pada 2007, kes samun berkawan dengan senjata api mencatatkan sebanyak 77 kes di mana ianya meningkat secara mendadak pada tahun ini sebanyak 102 dalam tempoh 6 bulan pertama. Kes samun berkawan tanpa senjata api juga turut menunjukkan trend yang hampir sama dengan 7067 kes dilaporkan sepanjang pada 2007 di mana pada 2008, setakat bulan Jun sahaja sudah mencatatkan 10,707 kes.
Kes samun melibatkan individu pula mengalami penurunan. Ini bermakna penjenayah lebih gemar melakukan kerja kotor ini dalam kumpulan dan kebanyakkannya berlaku pada waktu malam ataupun awal pagi. Jadi, nasihat saya adalah kurangkan melakukan aktiviti pada sebelah malam jika anda bimbangkan keselamatan anda.
Remix version by i-don't-know-who (probably GAYLORD):
Only 3 words to describe this: euwww, yuckss, PUKE!
Which one do you prefer? (I'm referring to the song, not the act)
Disclaimer: This post for Non-Muslim only!
-----
Disebabkan ada komen yang agak negatif, saya ingin menjelaskan lebih lanjut mengapa saya meletakkan video YouTube di atas. First of all, saya memang menyukai lagu Katie Perry "I Kissed a Girl" dan kalau ada sesiapa yang tidak suka, itu bukan masalah saya.
Kedua, saya letakkan 3 perkataan di atas iaitu "euwww, yuckss, PUKE!" yang menggambarkan saya tidak bersetuju dengan perlakuan mereka terutamanya dalam video "I Kissed A Boy". Saya rasa Encik/Cik TahuMenahu mungkin tidak pandai berbahasa Inggeris dan tidak faham maksud perkataan PUKE (muntah).
Ketiga, saya letakkan disclaimer supaya jika anda seorang Islam konservatif yang tidak boleh melihat gambar-gambar homoseksual supaya tidak menonton video ini. Tambahan pula, saya tidak meletakkan perkataan "Marilah kita beramai-ramai menjadi gay/lesbian". Secara jujur, saya kurang gemar ada sesetengah umat Islam kononnya menegakkan syiar Islam tetapi disuruh menegur pemimpin yang terang-terangan melakukan kesilapan, takut pula kerana pemimpin tersebut ada banyak wang dan berkuasa. Hipokrit!
Saya ingin mengupas sedikit apa yang diperkatakan oleh Encik/Cik TahuMenahu. Saya menegur Pak Lah kerana beliau adalah pemimpin negara dan beliau menjadi lambang kepada negara Malaysia sebagai negara Islam (apakah salah kata-kata saya bahawa adalah tanggungjawab seorang suami untuk memimpin isterinya dan memakai tudung adalah suatu kewajipan yang dituntut dalam Islam?). Mengenai gambar bogel naik basikal itu bukan 100% bogel di mana anda sendiri tidak nampak bahagian depan penunggang basikal tersebut. Apa bezanya gambar tersebut dengan orang yang memakai bikini yang Encik/Cik TahuMenahu lihat dalam televisyen ataupun dalam majalah?
Pada pendapat saya, anda benar-benar seorang Islam tulen yang tidak boleh melihat aurat manusia yang lain, jangan layari blog/website yang bukan berunsur Islamic kerana kebarangkalian untuk anda melihat gambar lelaki/wanita tidak menutup aurat adalah sangat tinggi.
Mungkin ramai mempunyai tanggapan bahawa saya meminati rancangan ini kerana saya lelaki tetapi hakikatnya sebelum saya menonton Top Gear, saya tiada klue sama sekali mengenai kereta. Kalau dahulu,
Rakan: Bro, apa kereta kegemaran kau? Saya: Ferrari (menjawab dengan sepantas mungkin) Rakan: Model apa? Saya: erk... hmm, bukan Ferrari semua sama ke?
Saya mengaku bahawa saya sangat jahil mengenai kereta dan sebab utama saya menonton Top Gear adalah kerana gemarkan lawak-lawak oleh pengacara rancangan tersebut iaitu Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May serta aksi-aksi gila mereka semasa cuba melengkapkan cabaran yang diberikan oleh pengarah Top Gear. Menonton semata-mata kerana ingin melihat kereta mewah bukan tujuan saya. Tanpa disedari, lama-kelamaan saya mulai mengenali model-model kereta.
(sumber: http://www.tvscoop.tv)
Kini, Top Gear kembali menemui penonton dengan musim ke-12 dengan pelbagai aksi serta paparan yang lebih menarik yang melucukan. Bagi penggemar Top Gear pastinya tahu yang siri kegemaran ramai ini telah ke udara sejak 2 minggu yang lalu.
Saya percaya sesiapa sahaja tidak kira samada anda menggemari kereta ataupun tidak, lelaki baik wanita, tua ataupun muda akan menggemari rancangan ini. Saya dahulu pun sebenarnya kurang gemar menonton program sebegini termasuklah Fifth Gear, Pimp My Ride dan banyak lagi. Yang saya tahu mengenai kereta adalah,
Start engine
Check air
Pump tayar
Tukar tayar spare kalau pancit
Tukar minyak enjin
Tukar oil filter (kereta tertentu sahaja)
Cuci & Vacuum kereta
Bagi saya, kereta tidak lebih dari kenderaan untuk bergerak ke sana sini. Asalkan kenderaan tersebut dalam keadaan baik dan selesa untuk dipandu, ianya sudah cukup. Tidak perlulah diubahsuai enjin yang kononnya untuk menambah kelajuan, lekat sticker bermacam-macam warna yang boleh mengganggu pandangan pemandu lain, pasang lampu neon yang menyakitkan mata, tukar bunyi ekzos sehinggakan mengganggu jiran-jiran di sebelah rumah.
Semalam cuaca di Kuala Lumpur begitu baik walaupun agak panas sedikit. Biasanya apabila cuaca panas saya lebih gemar menghabiskan masa di luar berbanding membuat kerja di rumah. Semalam, saya mengambil keputusan untuk singgah sebentar ke salah sebuah tempat kegemaran saya iaitu: -
Biasanya jika ke Popular, saya jarang sekali membeli apa-apa termasuklah bahan bacaan bukan kerana saya tidak suka membaca ataupun kedekut tetapi saya merasakan harga buku-buku di pasaran adalah terlalu tinggi. Setakat ini saya memiliki koleksi buku yang hampir mencecah RM2000 dan ini tidak termasuk buku teks. Kesimpulannya, saya lebih gemar duduk di kedai buku sambil membaca dengan percuma di bawah suhu yang selesa.
Popular adalah antara kedai buku yang lambat menerima perubahan. Jika anda sering berkunjung ke kedai buku anda pastinya faham maksud saya. Pihak pengurusan Popular tidak menyediakan tempat duduk seperti di Kinokuniya, Borders, MPH dan sebagainya yang membolehkan pengunjung duduk sambil membaca. Saya tidak pasti adakah Popular cuba menyampaikan mesej kepada orang ramai,
"hey, kalau nak baca, belilah, mana boleh baca free je!"
Tetapi selagi tiada pekerja di sana menghalau pembaca percuma seperti saya, selagi itulah saya akan mengunjungi Popular.
(sumber: http://www.theinspirationroom.com)
Saya kurang gemar membaca novel sejak tamat sekolah menengah. Dulu, boleh dikatakan hampir setiap minggu, saya rajin meminjam novel cinta karya Ahadiat Akashah. Saya percaya nama tersebut adalah sinonim bagi penggemar novel cinta di Malaysia.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah berubah citarasa dan lebih gemar menghabiskan masa membaca genre: -
Mungkin disebabkan usia yang semakin meningkat dan perubahan cara pergaulan yang tidak membenarkan saya dibuai oleh novel-novel romantis lagi. Seperti biasa rak-rak ini dipenuhi dengan koleksi hasil penulisan usahawan atau mereka yang bergelar jutawan ataupun billionaire. Ini termasuklah tokoh yang saya sebutkan dalam post saya yang lalu iaitu: -
Dan juga usahawan muda yang cukup terkenal dari negara jiran kita iaitu: -
Kedai buku kini tidak lagi hanya berfungsi sebagai rak tempat di mana buku dipamerkan tetapi lebih dari itu. Malah dekorasinya turut diubahsuai bagi menarik pengunjung untuk lebih kerap bertandang ke gedung ilmu sebegini. Harapan saya agar orang ramai mengambil peluang ini untuk memperkayakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah,
Ada sesiapa yang dapat masuk website Nuffnang? Walaupun biasanya Nuffnang mengemaskini baki wang di dalam akaun saya pada hari Selasa, saya singgah untuk melihat kalau-kalau ada perkembangan terbaru di blog rasmi Nuffnang.
Adakah Nuffnang diserang pengganas siber atau virus?
Adakah Timothy Tiah terlupa membayar wang tahunan domain + hosting?
Adakah server Nuffnang crash kerana terlalu ramai pengunjung yang meminta hutang (Ah Long)?
Bagaimana rasanya berada di puncak dunia pada usia muda?
Jika dilihat 10 tahun yang lalu, tidak banyak anak muda tempatan dalam linkungan 20-an yang begitu menonjol dengan kebolehan mereka selain dalam bidang hiburan seperti Siti Nurhaliza, kini mereka muncul "umpama cendawan selepas hujan" dan menjadi pelopor dalam bidang masing-masing.
Jika anda masih ingat artikel saya yang lepas, golongan ini telah merealisasikan impian tersebut dengan berkat usaha gigih dan keberanian mencuba sesuatu yang lain dari biasa. Kebanyakkan ikon ini keluar dari kepompong (comfort zone) masing-masing seperti mana yang dilakukan oleh Bill Gates semasa mula-mula mengasaskan Microsoft.
Terbaru, pengarah muda berusia 24 tahun, Norliana Samsudin berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul Selamat Pagi Cinta yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 20 November ini.
Saya tidak pasti samada beliau mempunyai "connection" dengan sesiapa dalam industri perfileman negara tetapi ini merupakan suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Dengan adanya bakat muda dalam industri ini, saya berharap ia dapat membawa revolusi kepada produksi tempatan.
Berikut adalah trailer bagi filem Selamat Pagi Cinta: -
Saya jarang sekali menonton drama di televisyen tempatan bukan kerana bersikap berat sebelah tetapi saya berpendapat bahawa terdapat hanya beberapa kerat sahaja drama Melayu yang boleh dianggap berkualiti. Tambahan pula, dewasa ini drama dan perfilemen tempatan seolah-olah diserang "sindrom Fasha Sandha". Boleh dikatakan hampir majoriti drama & filem yang disiarkan di kaca TV dilakonkan oleh beliau dan yang peliknya, karektor yang dipegangnya hampir serupa; seorang yang baik hati, mulia, suci, lurus, dan hampir keseluruhan nilai-nilai murni yang terkandung dalam silibus Pendidikan Moral untuk peperiksaan SPM. Maaf kepada peminat Fasha Sandha semua tetapi ini hakikatnya.
Berbalik semula kepada Goda. Goda membawa maksud seduction dalam bahasa Inggeris di mana temanya adalah hubungan antara kaum adam dan hawa permasalahan yang dihadapi dalam mengecapi kebahagian bersama pasangan. Drama ini disiarkan di 8TV (tidak pasti bila) dan saya baru sahaja mengetahuinya beberapa minggu yang lalu melalui seorang rakan yang sudi berkongsi. Ini adalah sinopsis yang diambil dari 8TV: -
-----
M is a popular anonymous 'love coach' who solves love problems for guys through the internet from his blog "Goda".
BURHAN, is secretly in love with ADELA but is unable to express his love to her mainly because she is the daughter of his boss. Burhan seeks help from M.
SANYA, a journalist, is convinced that M is a 'loser' in real life. Keen on finding out more for an article that she's writing, Sanya becomes increasingly obsessed with M and launches a nationwide search to unravel M's identity.
Sharp, funny, dramatic, Goda is about young men putting the gears into the game of seduction. In each episode, Goda follows the unravelling drama in Sanya, Burhan and Adela's lives. We also see M in 'action' through his blog, narrating advice to a different guy in each episode about getting seduction right.
Will Sanya find out M's true identity?
Will Sanya give her ex, Zul a second chance?
Will Burhan get his Adela?
All in Goda.
-----
Selain dari scene yang melibatkan M dan Sanya (Sazzy Falak), keseluruhan cerita ini sebenarnya memiliki konsep yang agak menarik terutamanya yang melibatkan adegan antara Burhan dan Adela walaupun terdapat keraguan dari sudut jalan cerita. Ia sebenarnya mengingatkan saya semula kepada drama Table For Two yang disiarkan di TV3 pada 2004. Table For Two ditaja oleh jenama Pond manakala Goda pula ditaja khas oleh jenama Clear.
Ditambah pula, Goda tidak menggunakan "muka-muka lama" yang ada dalam industri perfileman tanahair kita. Kadang-kala, mempertaruhkan bakat baru mungkin membuahkan hasil di samping penonton sendiri tidak menjadi muak melihat muka lama seperti "sindrom Fasha Sandha".
Berikut adalah Season 1 Goda yang saya dapati dari YouTube: -
Pagi ni tiba-tiba mood nak dengar lagu Metro Station - Shake It and then stumble upon this video at YouTube. Just want to share it with you guys. It's so funny. Enjoy!
Let's drop! Yeah, come on Shake, shake
I'll take you home If you don't leave me at the front door (Leave me at the front door) Your body's cold But girl, we're getting so warm And I was thinking of ways that I could get inside (Get inside)
Tonight you're falling in love (Let me go now) This feeling's tearing me up (Here we go now)
Now, if she does it like this Will you do it like that? Now, if she touches like this Will you touch her right back? Now, if she moves like this Will you move like that? Come on Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it
Your lips tremble But your eye's are in a straight stare (In a straight stare) We're on the bed But your clothes are laying right there And I was thinking of places that I could hide (I could hide)
Tonight you're falling in love (Let me go now) This feeling's tearing me up (Here we go now)
Now, if she does it like this Will you do it like that? Now, if she touches like this Will you touch her right back? Now, if she moves like this Will you move like that? Come on Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it
I saw you dancing there I couldn't get you off my mind But I could tell, that you could tell That I was taking my time
But I was thinking of ways To get you staying the night Your body's shaking Turn me on, so I can turn off the lights
Now, if she does it like this Will you do it like that? Now, if she touches like this Will you touch her right back? Now, if she moves like this Will you move like that? Come on Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it
Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it Shake, shake, shake, shake, shake it
Kalau dahulu semasa kecil, nasihat yang selalu kita dengar daripada kedua ibu bapa kita adalah,
"belajar rajin-rajin, dapatkan keputusan yang baik, nanti senang dapat kerja yang elok"
(sumber: http://charmecc.com)
Saya percaya jika anda adalah dari keluarga yang konservatif, nasihat ini pastinya teriang-iang di telinga anda. Benarlah kata orang, ibu bapa mencorak kehidupan anak-anak kerana kebanyakkan kita menjadikan ibu bapa sebagai contoh atau role model.
Kemudian, apabila menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi, ayat yang seringkali saya dengar pula adalah,
"nanti bila aku dah kerja, lepas 2-3 tahun aku nak berhenti dan buka bisnes sendiri"
(sumber: http://www.ustaxinternational.com)
Tiada salahnya meletakkan target/gol sebegini cuma masalahnya, berapa ramaikah yang benar-benar merealisasikan impian tersebut?
Dari apa yang saya teliti, antara sebab-sebab mengapa perkara tersebut berlaku adalah: -
Apabila sudah memiliki pekerjaan tetap, sukar untuk berhenti dari pekerjaan tersebut kerana bimbang dengan risiko kerana dikelilingi hutang samada membayar pinjaman perumahan, kenderaan, pinjaman pelajaran, bil-bil bulanan, credit card dan sebagainya. Alasan: "Yalah, kalau mak bapak "tokeh balak" senanglah cerita."
Tiada masa untuk mencari peluang perniagaan kerana sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Selain itu, masa yang terluang juga dihabiskan bersama keluarga ataupun teman lelaki/wanita. Alasan: "Kalau kerja je 24 jam, bila nak ada life?"
Tidak memiliki modal yang cukup bagi memulakan perniagaan serta tiada jaringan network dengan golongan "elite". Alasan: "Walaupun sudah beberapa tahun bekerja, bos besar pun tak pernah nampak, macam manalah nak dapat contact."
Sudahnya, plan "2-3 tahun" itu dianjakkan kepada "5 tahun", "10 tahun" dan yang akhir sekali menunggu sehingga selepas bersara. Bagi yang kurang bernasib baik, lepas bersara pun masih lagi belum dapat mencapai impian tersebut.
Psychology manusia sebenarnya sangat mudah, kita gemar mengikut majoriti kerana merasakan ianya lebih "selamat". Disebabkan oleh mentaliti yang sedemikian, hanya 5% dari populasi dunia yang benar-benar berani menempuhi cabaran getir di mana mereka inilah yang sebenarnya menguasai ekonomi dunia.
Pernah sekali ada seorang rakan mengatakan kepada saya,
"money is the root of all evil"
Yang lawaknya adalah, apabila tidak cukup wang, rakan tersebut seringkali merungut. Pada pendapat saya, wang tidak bersalah. Wang mempamerkan wajah sebenar seseorang. Jika dahulunya mungkin seorang yang merendah diri, kita akan dapat melihat watak mereka yang sebenar selepas menjadi kaya. Jika kekal Alhamdulillah, jika tidak Wallahualam.
(sumber: http://kissfeez-foryou.blogspot.com)
Secara peribadi, cita-cita saya adalah untuk bersara sebelum umur 40 tahun. Melihatkan trend terkini, saya merasakan jika saya bekerja makan gaji dari 9 pagi hingga 5 petang, adalah agak sukar bagi mencapai matlamat tersebut walaupun ianya tidak mustahil. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang dianggap konservatif, saya tidak menjadikannya alasan untuk tidak mencuba sesuatu yang berbeza.
Persoalan utamanya, di manakah anda melihat diri anda dalam tempoh 10 tahun akan datang?
Alhamdulillah kerana nampaknya cuaca bertambah baik dengan hujan turun mencurah-curah petang tadi menyebabkan saya bersemangat semula untuk menulis post terbaru. Demi mensyukuri rahmat dari langit (hujan) saya mengambil keputusan untuk meraikannya dengan McDonalds dan KFC (sebenarnya lapar, ini cuma alasan ^^').
Pada mulanya, saya hanya bercadang membeli burger tetapi selepas membayar set medium Double Cheese burger (DriveThru) , tiba-tiba sahaja "mengidam" pula makan ayam KFC, jadi saya mengambil keputusan untuk singgah membeli set 5 ketul ayam Hot & Spicy dan Whipped Potato large (hey, bukan saya seorang makan, untuk family sekali!).
Persoalannya, dari segi ekonomi, yang manakah lebih menjimatkan dan berbaloi jika anda makan di rumah?
Frankly speaking, walaupun berat saya tidak sampai 60kg tetapi set Double Cheese burger tersebut masih belum cukup untuk membuatkan saya kenyang di mana pada masa yang sama jika saya makan ayam KFC, 2 ketul ayam (bahagian dada) sahaja sudah lebih dari cukup.
Tidak hairanlah mengapa, KFC masih pilihan no 1 di Malaysia walaupun faktor harga bukanlah penentu utama. Rakyat Malaysia di luar bandar lebih gemarkan KFC kerana ia lebih "kena" dengan citarasa tempatan berbanding McDonalds yang hanya tertumpu kepada penduduk di bandar dan golongan muda.
(sumber: http://www.giapet.net)
Namun begitu, secara peribadi, McDonalds masih lagi pilihan utama saya berbanding KFC kerana saya cepat berasa jemu jika makan terlalu banyak ayam KFC (mungkin kerana ayam tersebut disuntik). Mungkin 2-3 minggu sekali masih lagi boleh diterima berbanding dengan McDonalds (2-3 kali seminggu).
Sebenarnya McDonalds sudah umpama "makanan ruji" kepada saya dan rakan-rakan apabila keluar ke mana-mana. Saya pun tidak pasti sejak bila kami semua mengamalkan diet yang kurang sihat ini tetapi secara cost effectiveness, McDonalds boleh dikatakan dalam antara makanan paling murah jika dibandingkan dengan makanan yang lain di shopping mall.
(sumber: http://www.wikimedia.org)
Saya tahu ada antara anda mungkin menjawab, "hey, food court kan ada!". Memang benar tetapi masalahnya, peningkatan harga barangan mentah sejak mendadak sejak kebelakangan ini turut mempengaruhi harga makanan di mana-mana termasuk di food court. Saya pernah membicarakan hal ini bersama Ken, dan beliau sendiri memilih McDonalds berbanding makanan di food court.
Sebabnya sungguh mudah:-
Bukan semua makanan di food court sedap rasanya di mana anda perlu mengambil "risiko" mengeksperimen terlebih dahulu gerai mana yang sedap ataupun tidak di mana makanan di McDonalds hampir serupa walau di mana sekalipun cawangannya.
Harga makanan di food court yang kini mencecah antara RM4.00 - RM8.00 (tidak termasuk air) untuk setiap jenis juadah dan masalah terbesar adalah ia tidak seperti di dalam gambar yang ditunjukkan dalam menu yang disediakan (makanan terlalu sedikit) manakala saiz burger di McDonalds tidak mungkin berubah-ubah.
Air tidak boleh direfill dan cawan yang digunakan terlalu kecil serta harga minuman yang agak tinggi iaitu RM1.50 ke atas sedangkan di McDonalds anda boleh meminta sebanyak manapun minuman yang anda inginkan.
Saya akan menyentuh lebih lanjut mengenai makanan di food court dalam isu yang akan datang. Tunggu!
Tahniah diucapkan kepada Lewis Hamilton yang telah mencipta sejarah sebagai pemandu termuda Formula One yang menjuarai kejuaraan dunia tersebut. Nampaknya tahun ini juga berakhir dengan persaingan sengit di mana juara ditentukan pada perlumbaan terakhir di Sao Paulo, Brazil. Saya sendiri sudah menjangkakan bahawa beliau akan memenangi kejuaraan tahun ini tetapi seperti tahun lepas, juara dan naib juara dibezakan dengan 1 mata sahaja.
Perlumbaan yang dilangsungkan dalam litar basah nampaknya membawa tuah kepada Hamilton apabila kejuaraan dunia yang hampir pasti dimiliki Filipe Massa berdasarkan jumlah kemenangan Grand Prix beliau bertukar milik pada lap terakhir apabila Timo Glock menghadiahkan tempat ke-5 yang sekaligus memberikan mata kemenangan kepada Hamilton. Walaubagaimanapun, saya pasti yang FIA akan menyiasat samada kemenangan tersebut telah dirancang ataupun tidak bagi mengesahkan kemenangan Hamilton.
Kejayaan ini pastinya mengecewakan Massa yang beraksi di depan puluhan ribu penonton tuan rumah. Namun begitu, Ferrari menebus kekecewaan tersebut dengan menjuarai senarai pengeluar terbaik apabila mengumpul 172 mata berbanding McLaren-Mercedes yang hanya berpuas hati dengan 151 mata selaku naib johan.
(sumber: http://www.partstrain.com)
Saya sebenarnya tidak lagi mengikuti perkembangan F1 sepertimana beberapa tahun yang lalu. Walaupun saya menyokong pasukan Ferrari, tetapi semenjak Michael Schumacher bersara pada 2006, saya tidak lagi merasakan bahawa Ferrari memiliki pemandu yang mampu mendominasi litar Formula One. Walaupun Kimi Raikkonen berjaya menjuarai F1 tahun lalu, saya merasakan bahawa kejayaan tersebut hanyalah nasib semata-mata kerana ketika itu, berlaku perselisahan faham antara Hamilton dan Alonso yang masing-masing berebut untuk dinobatkan sebagai juara.
Buktinya, tahun ini Raikkonen tidak lagi menjadi pencabar utama dalam perebutan kejuaraan manakala Massa pula tidak konsisten ketika hari perlumbaan walaupun memiliki banyak peluang memenangi perlumbaan kerana bermula pada petak hadapan. Oleh sebab itu, saya memilih untuk menonton pada awal perlumbaan iaitu starting grid dan juga ketika perlumbaan tinggal beberapa laps sahaja lagi untuk melihat keputusan. Dengan itu, saya menjimatkan masa lebih kurang 1 jam ^^.