Nov 24, 2008

GoMobile Expo 2008: GO GO GO!!

Pada asalnya, saya bercadang untuk berkunjung ke GoMobile Expo 2008 pada hari Sabtu tetapi disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan maka saya menukar plan tersebut kepada hari Ahad. Bagi anda yang terlepas atau tidak mengetahui tentang event ini, ianya bermula sejak hari Jumaat yang lalu bersamaan 21 November sehinggalah semalam, 23 November 2008.

Saya sebenarnya tidak berniat membeli apa-apa. Cuma sekadar ingin melihat handphone terbaru yang ada di pasaran kini dan seterusnya membuat mengisi ruangan blog ini. Memang ada niat untuk membeli handphone baru tetapi bajet tidak mengizinkan saya berbuat demikian terutamanya dengan krisis ekonomi dunia yang memaksa saya untuk lebih berjimat-cermat.



Saya bertolak dari rumah kira-kira jam 4 petang. Walaupun saya sudah maklum bahawa expo ini akan berakhir pada jam 7 malam tetapi saya tetap bertekad untuk ke sana. Saya merasakan bahawa ada kemungkinan yang ianya akan berakhir lebih lewat daripada yang dijadualkan. Perjalanan ke PWTC dari rumah saya menaiki kereta hanya memakan masa kira-kira 30 minit disebabkan oleh kesesakan lalu-lintas berhampiran dengan Flat Pekeliling.



Saya menjangkakan kemungkinan besar kebanyakkan booth telah ditutup/sedang berkemas untuk pulang dan jumlah pengunjung yang agak kecil terutamanya apabila melihat pintu masuk ke expo tersebut yang agak lengang.



Kedatangan para pengunjung disambut meriah oleh syarikat telekomunikasi gergasi milik Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan yang juga merupakan lelaki kedua terkaya di Malaysia.



Menjejakkan kaki ke dalam dewan pameran, saya mendapati terdapat lebih dari seratus pengunjung yang masih membanjiri expo tersebut dengan jurujual sibuk untuk melariskan produk mereka. Saya sendiri dikerumuni beberapa orang pekerja yang cuba menjual produk dan perkhidmatan telekomunikasi.



Malah, ada antara jenama yang saya sendiri tidak pernah mendengarnya sebelum ini.



Setelah bosan berlegar-legar di dalam dewan tersebut, saya akhirnya berhenti berhampiran dengan booth LG. Kebetulan mereka mengadakan pertandingan Speed Dial di mana hadiah utama adalah pakej percutian ke Korea Selatan untuk 2 orang manakala mereka yang menduduki tangga ke-2 hingga ke-10 akan menerima sebuah handphone LG.



Walaupun tampak mudah, hampir sejam mencuba saya masih gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 yang terbaik. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa bukan rezeki saya untuk memenangi pertandingan tersebut.

Kira-kira jam 7 malam, pekerja-pekerja mula sibuk berkemas untuk pulang. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menangkap beberapa lagi gambar sebelum pulang.



Saya kemudiannya keluar ke perkarangan pintu masuk dewan tersebut dan bercadang untuk pulang tetapi seolah-olah didorong oleh sesuatu, saya menuju semula ke pintu masuk expo tersebut.

Tiba-tiba, bunyi siren berkumandang dan saya ditarik oleh beberapa pekerja GoMobile. Saya yang terpinga-pinga ketika itu diumumkan sebagai pengunjung bertuah yang hadir. Mula-mula sekali saya berasa agak curiga tetapi apabila orang ramai mula bertepuk tangan, maka saya agak lebih yakin bahawa saya adalah pemenang.

Rupa-rupanya saya adalah pemenang bertuah terakhir yang diumumkan pada expo tahun ini. Saya menerima: -

Beg hamper



Majalah Mobile World (November 2008) + Goodies


dan...

HADIAH UTAMA

Motorola W209




TERIMA KASIH GoMobile 2008! Jumpa Lagi 2009!


11 comments:

|1f34|-|1r3 said...

tahniah2..dapat henpon free tuh !! muahahahhahha

Mummy Cool said...

amboi rezeki yang tak disangka kan..... apapun taniah dari mummy....

zaidievo said...

uish! sonotnya...hehe.
Berbaloi betul p.
Tahniah!

Fazrul Shahril said...

Salam bro,

Amboi bertuahnya hang.. hee kita kalau niat tu baik akan berseduahan dengan baik juga akhirnya...

Apa pun tahniah... heee..

shalin said...

mak aiii
go mobile sekali go henset
bertuah gilos
shalin dah ok sket
tapi kalo tak buat keje nangis2 gaks tingat
susah la
carikan shalin pengganti leh?
hiks

hananimonai2 said...

wahh..sgt bertuah..sila kongsi tuah tu dgn kami
eheeheh

Munirah Abd said...

heheheh congratz..
saya blog ttg go mobile ni last week..
n did mention ttg siren tu!!
so u r da lucky one!!! heheheh

Calvyn said...

so many freebies... i always like to attend this kind of event, also a lot cheap promotion

vialentino said...

cool...congrats to u as a lucky winner....as long got maxis sponsor the event...lots of freebies to be won....

syafira said...

wahhh bestnyerrrr n jelersssssnyer hehehhe
setakat neh, sayer belom bertuah utk terima aper2 hadiah camgni :p

Tny said...

Dapat ngn hanpon moto tu skali ker?!!
Syioknyaa..