Nov 14, 2008

Ranking FIFA November 2008: Malaysia Mengorak Langkah



Berita baik kepada peminat bola sepak tanahair. Pasukan kebangsaan kita menampakkan peningkatan yang memberangsangkan dengan berjaya memperbaiki kedudukan mereka dalam senarai terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA. Jika pada bulan April yang lepas, harapan untuk kembali bersaing di pentas dunia tampak begitu kabur di mana kita berada pada paras yang paling teruk dalam sejarah sejak FIFA Ranking diperkenalkan.



Berikut adalah hasil kejayaan pasukan negara dalam beberapa siri perlawanan persahabatan sepanjang bulan lalu: -



Setakat ini, Malaysia dipisahkan hanya 1 mata dengan pasukan yang berada di tangga ke-150 iaitu Malta manakala Leichtenstein yang berada di bawah Malaysia dipisahkan dengan 7 mata. Malaysia akan berdepan cabaran getir pada bulan Disember dengan pertemuan menentang Thailand pada 10 Desember 2008 yang berada pada ranking ke-116 dunia.


5 comments:

Jie said...

ketinggalan sungguh bab2 kedudukan negara ni...tapi baguskan kalau ada peningkatan

The Spiral Eyes said...

cik raja kau silalah jadi follower aku nanti aku jadi follower kau balik..oh ya terima kasih atas ziarahmu ke blog aku yang menawan tu..pastikan kau sering menziarahi aku disana

nz said...

1993 dalam kenangan...

kruel said...

Malaysia pernah ranking bawah 100. Wow!!! Lah... That was ages ago...

top0 said...

semoga kegemilangan Malaysia dapat kembali.. amin....

apsal tak enable komen dari name dan url.. hohohoho