Nov 14, 2008

Cara Mendapatkan Duit Dengan Mudah! Bukan Skim Cepat Kaya!

Kuala Lumpur sekali lagi mengalami perubahan cuaca yang ketara. Tidak sampai 2 minggu yang lalu di mana suhu di sini sangat panas sehinggakan banyak aktiviti saya yang tertangguh, kini, musim hujan kembali di sebelah petang dengan bunyi guruh menggamatkan suasana. 



Jadi saya terpaksa menganjakkan aktiviti bulanan saya pada waktu tengah hari bagi mengelakkan hujan lebat. Aktiviti bulanan tersebut adalah: -


(sumber: http://www.kpkt.gov.my)

Untuk makluman semua, di kawasan sekitar tempat tinggal saya memiliki 2 tempat pengumpulan barang kitar semula. Dalam perjalanan ke sana saya hampir sahaja terlanggar bas yang berhenti secara tiba-tiba di tempat yang bukan sepatutnya mengambil penumpang. Masalahnya bukan apa, lampu brek bas tersebut telah rosak dan tidak diperiksa oleh pemandu bas yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini. Ia boleh membahayakan penumpang serta pemandu yang mengekori bas tersebut.



Setibanya di tempat kitar semula tersebut, saya mendapati ianya tidak dibuka pada hari tersebut. Maka, saya terpaksa berpatah balik dan menuju ke sebuah lagi tempat pengumpulan. Nasib baik ianya dibuka jika tidak terpaksalah saya membawa pulang botol, tin dan kertas yang berada di dalam kereta saya.



Saya sebenarnya kurang gemar menghantar ke sini kerana pekerjanya kadang-kadang tidak mahu membantu memunggahkan barangan dari kereta saya. Namun begitu, semalam saya bernasib baik kerana ada pekerja (saya berikan anugerah employee of the month) yang sudi membantu. 



Sebenarnya bulan ini tidak banyak barang yang saya boleh kitar semula. Hanya beberapa bungkus beg plastik berisi botol-botol kosong, kertas yang hanya tinggi sejengkal dan beberapa tin minuman sahaja. Namun begitu, bagi menyahut seruan kerajaan supaya "fikir dahulu sebelum buang", maka saya teruskan juga aktiviti ini. Siapa cakap saya anti-kerajaan (haha), Malaysia Boleh!

Aktiviti ini sudah agak lama saya amalkan. Jika tidak silap, bermula sejak mula-mula saya mendapat lesen kereta iaitu kira-kira 5-6 tahun yang lalu. Bukan apa, daripada dibuang begitu sahaja, lebih baik saya hantar ke pusat kitar semula kerana jaraknya tidak berapa jauh dari rumah saya.

Selesai proses menimbang, saya diberi sekeping kertas yang dicatat jumlah timbangan. Persoalannya, berapakah yang saya dapat?



Jumlahnya adalah: - 
RM2.50


24 comments:

The Spiral Eyes said...

ok la tu dari seposen

Tny said...

Sungguh sivik!! Bagus.. Ermm.. RM2.50?? takpe.. drp membakar, langsung x dpt apa2 kan..

Bagus.. boleh d contohi ;)

roshaizul said...

bukan wang jadi ukuran...

sharamli said...

kui3...ye..ptut dic0nt0hi..ngeh3..

kruel said...

Patut dicontohi ni. Aku yang lalu tempat kitar semula setiap hari tunggu je Cina/India/Melayu suratkhabar lama lalu depan rumah baru lah rajin. Dah penuh stor tuh...

zamz said...

tingat cite seniman bujang lapuk...

apek tu cakap
"gua bili bukan mau bace..kalau lu mau bace lu boleh simpan"
hehe

faridmw said...

salam..
satu langkah yamg leh dicontohi..
tpi nak kitar apa yer?? hehehe
dapat sikit pon jadi la.... hehehe

|1f34|-|1r3 said...

aku ada berlambak paper nak jual..tp xjual2 lg..lg satu aku tensen...aku subscribe RSS feed ko...skali xkuar lak kt google reader aku...hampas btol la....aku dh subscribe balik...harap2 ok la lepas nii

Jie said...

wah..samalah..last sy jual dpt rm 50+ tau
skrg ni sekilo tin aluminium tu rm 5.60
anak2 sy jumpa tin mama2 pun kutip bawa balik
suarkhabar skrg makin kuranglah..hahahaha
baca online

tapi kat tmpt kitar semula tu dia beli ikut timbangan yang dibundarkan.

contoh : 1 kilo
1.5 kilo
2 kilo
2.5 kilo
dia tak de 1.4kg ke 2.8kg ke..jadi kalau nk p timbang saya timabang bagi genap2 baru bawa..hehehe..yg baki2 tu saya simpan kumpul lain.

EiNS said...

Huhu...respek2..

xsgka rupanya ada org yg buat keja2 recycle ni lg wlaupun cuma dpt rm2.50 jer...

papabear said...

berbaloi ke dgn minyak keta ko nak gi antar barang2 tuh?

jalak lenteng said...

daripada buang x tentu pasal..bangga ade rakyat mcm nih..

puterikurekure said...

aku pernah jual ayah aku punya mesin treadmill.
dapat la rm25 tak silap.
pastu, kitorang satu family pi enjoy kat kfc lak pakai duit tu. (dah tentu la tambah duit sendiri sket. hehehe)

syafira said...

.. nak buat camni juga lah, xder ler mmbazir..saye sgt kagum samer kamu, sies!


p/s:dpt agak actually awk seorang yg sgt peka with your word sebelum ni, alert dgn harge2 barangan, every week ader graph pengunjung etc, i like ur lifestyle

LIZZIE said...

bagusla blog ni.. straight to the point, no nonsense...

RM2.50 lg bagus dr takde pape kn? lgpun, menyahut seruan kerajaan (muahaha).. Wahh.. Agak2 berapa bole dpt kalau saya bwk 30 botol coke saya ye?

=P

spectra94 said...
This comment has been removed by the author.
spectra94 said...

It is a good practice if you want to teach your kids on economics - How they can earn their own money or manage their own money.

Better yet, ask them to think how a recycle business works.

abufaris
http://abufaris.com/info

Rashid said...

Saya tabik pada kamu bro.. jarang-jarang nak jumpa macam bro. tahniah kerna sahut seruan ker. Peace V.

Mak Su said...

tak pe ler, tang duit letak tepi. yg penting usaha anda :)

Fazrul Shahril said...

Hee..aku dulu pun pernah kutip tin alumunium masa mula2 depa perkenal, heeee... tangtalun.. pun ada dok cari dalam tanah kat b'worth.. heee..

Chekgu BaniHassim said...

okla tu, 2hingget setgh kire ok..
aku pnh jual newspaper lebih tinggi dari aku, seploh hingget stgh je aku dpt...
kaye cine tu...

KAMATO said...

Tahniah, bukannya nilai duit tu, tapi semangat tu yg kita nak

MiSZuE said...

kt sini mane nk carik ek..adehhh..sbb saya banyak betol mende nk kitar semula..hehe

pssstt..kat mane ek tempat pengumpulan nie?

Mohd Fauzi Bin Seman said...

kalau banyak tu (seperti gambar) and awak dapat RM 2.50 kira ok sangat la tu.. kira boleh buat biznes.. sebab saya selalu kutip dalam tong sampah and jual. ada gak la hasil