Nov 21, 2008

I'm BACK! I am BACK!



Salam sejahtera kepada pengunjung setia blog slumbeRAJA. Anda pastinya tertanya ke manakah saya menghilang hampir seminggu tanpa sebarang post terbaru. Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk bagi saya sejak blog ini diperkenalkan. Saya sebenarnya terlibat secara langsung dalam menjayakan sebuah forum peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur baru-baru ini (saya akan ceritakan lebih lanjut mengenainya).

Di samping itu, kebetulan PC saya mengalami masalah teknikal yang menyebabkan saya terpaksa memformat dan menginstall semula software seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop CS2, Winamp, WinRAR, Acrobat Reader 9, Yahoo Messenger, Mozilla Firefox, Google Chrome, ATI Catalyst, Macromedia Dreamweaver, Flash Player, Java Runtime Environment, Internet Download Manager, AVG, IE 7, Alexa Sparky, K-Lite Codec dan banyak lagi. Jadi, disebabkan oleh kesibukan mengendalikan forum tersebut, saya terpaksa mengambil masa yang panjang sebelum dapat "merawat" PC ini seperti sediakala.

Ini merupakan rekod paling lama saya tidak memformat PC iaitu selama hampir setahun. Jadi, kebanyakkan installer yang dahulunya ada di dalam PC ini telahpun saya buang dan dengan kelajuan "super" TMNut Screamyx, terpaksalah saya bersabar dan mengabaikan blog ini buat sementara waktu.

Dalam tempoh beberapa hari saya "menghilangkan diri" ini, saya telah berjaya mengumpulkan data yang menarik untuk dikongsi bersama dengan para pembaca sekalian. Diharapkan rakan-rakan semua bersabar sementara saya menyiapkan artikel terbaru.

5 comments:

Mak Su said...

wah....bolehlah tlg saya kalu pc saya rosak, ek

SlumbeRaja said...

boleh sahaja maksu ^^

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

format sendiri ker?

selamat kembali...

SlumbeRaja said...

yup zara, format sendiri. senang je, sesiapa saje termasuk zara boleh buat.

abufaris said...

Windows corrupt boleh format and reinstall. Saya lagi malang. Anak tuang air atas notebook masa tgh solat Jumaat. Motherboard langsung KO sbb notebook tu tgh on masa kena siram air. Kos ganti motherboard RM750 after discount. Huhu...

abufaris