Nov 22, 2008

Merlin and the War of the Dragons

Jika beberapa tahun lepas, saya biasanya tidak berfikir dua kali sebelum mendownload filem dari Hollywood tetapi sejak kebelakangan ini industri filem antarabangsa seolah-olah "dicemari" dengan kebanjiran filem-filem yang kurang berkualiti yang berkemungkinan besar disebabkan oleh kos produksi yang rendah.

Persoalannya, adakah krisis ekonomi yang melanda dunia kini turut menjejaskan kualiti filem di serata dunia ataupun pihak tertentu cuba mengaut keuntungan dengan menjadikan filem "Bend It Like Beckham" sebagai aspirasi mereka bagi menghasilkan filem bajet rendah?

Kebetulan hari ini saya "terserempak" dengan filem yang agak menarik tajuknya iaitu "Merlin and the War of the Dragons".



Saya agak meminati filem yang berkonsepkan purba dan berunsur magik seperti Lord of The Rings, The Illusionist, Harry Potter dan sebagainya. Bagi yang tidak mengetahui, Merlin adalah lagenda ahli sihir yang terkenal zaman King Arthur yang juga merupakan penasihat kepada raja. Seperti biasa, sebelum mendownload saya akan melihat terlebih dahulu sinopsis di IMDB.com. Ini hasilnya: -



7 orang sahaja pelakon untuk "Merlin and the War of the Dragons"? Saya mulai curiga dengan kualiti filem ini jadi saya melakukan kajian lebih mendalam iaitu menggunakan: -



Saya berjaya menjimatkan beberapa jam mendownload filem yang kualitinya hanya setaraf dengan "Xena The Princess Warrior".

6 comments:

|1f34|-|1r3 said...

huhuhuhu~~ imdb mmg best..aku slalu check dulu sblm download movie..kalau xde idea nak download movie..aku usha imdb gak..hehe

love is forever said...

salam... suka usha filem keluaran pixar ...cartoon dia ok gak..cam wall-e..nak tunggu UP lak nih....cetak rompak boleh tak..?

Fazrul Shahril said...

Aku mendownload gambar dari website cina.. walaupun kualiti yang kurang tapi saiznya kecik..so boleh muat dalam HP ni so time boring2 boleh lah layan.. heee.. betul tak...

slumbeRAJA said...

[|1f34|-|1r3] yup. cuma kadang² ada filem yang takde info terutama filem dari asia atau low cost production.

[love is forever] saya setuju. pixar mmg besh, cuma masalahnya saya kurang minat kartun. tgk mood.

[Fazrul Shahril] cool bro. website apa tu? saya biasa letak dalam MP4 sebab HP kuno skit. haha.

sabahking said...

nowadays the quality of the movie is really low !! i also dislike go to cinema watch movie again!!

slumbeRAJA said...

[sabahking] same here man. why should we pay RM10 for low quality/standard film.