Nov 29, 2008

Makan Bola, Tidur Bola: Bola Bola Api!

Post ini ditujukan kepada peminat bola sepak di mana sahaja anda berada. Saya meminati sukan bola sepak sejak 1993 di mana ketika itu bola sepak Malaysia berada pada tahap kemuncaknya iaitu tangga ke-79 sejak ranking tersebut diperkenalkan. Pada ketika itu jugalah saya mula berjinak-jinak dengan English Premier League walaupun pada ketika itu tiada siaran langsung perlawanan liga setiap minggu seperti sekarang ini.

Seingat saya, cuma ada liputan mingguan yang ditayangkan di TV3 yang mempaparkan keputusan serta jaringan yang bagi setiap perlawanan yang berlangsung pada minggu sebelumnya. Selain TV, keputusan hanya dapat diikuti melalui akhbar harian seperti Utusan Malaysia yang ketika itu masih lagi belum "tercemar" dengan berita-berita politik.

Kini, dengan adanya kemudahan Internet anda boleh mengetahui berita terkini mengenai bola sepak di serata dunia dengan pantas. Malah, sekiranya anda tidak berkesempatan menontonnya secara live, anda masih boleh mendapatkan update mengenai keputusan semasa ketika perlawanan masih berlangsung. Berikut adalah laman web yang seringkali saya layari bagi mendapatkan maklumat terkini dunia bola sepak: -



Kelebihan:
Apa yang menarik mengenai ESPNsoccernet ialah fungsi Live Scores yang memberikan update mengenai keputusan semasa perlawanan yang sedang berlangsung. Setiap kali ada pasukan yang menjaringkan gol, laman web ESPNsoccernet akan melakukan refresh secara automatik. Selain itu, terdapat statistik mengenai sesebuah liga seperti siapakah penjaring terbanyak, assist, kad kuning, kad merah dan sebagainya. Selain itu, terdapat statistik bagi setiap pemain dalam liga terkemuka seperti EPL, Bundesliga, Serie A, La Liga dan sebagainya.

Kelemahan:
Berita terkini yang ada di laman web ini boleh dikatakan agak "ketinggalan zaman" sedikit kerana mereka lambat menerima berita atau mengemaskini laman tersebut. Kemungkinan besar, berita yang ada di ESPNsoccernet telahpun dilaporkan di laman web bola sepak yang lain.



Kebaikan:
Saya hanya mengetahui mengenai laman web ini beberapa tahun yang lalu melalui seorang rakan yang juga peminat bola sepak. Apa yang menariknya adalah rangkuman berita yang paparkan adalah yang terkini dan sensasi di mana sumbernya boleh dipercayai. Selain itu, ia membenarkan pelawat memberi komen terhadap sesuatu berita di mana sekiranya anda meminati diskusi hangat antara peminat bola sepat, ini adalah tempat yang sesuai bagi anda.

Kelemahan:
Live scores agak kurang memuaskan pada pendapat saya. Selain itu, ia lebih menekan kepada EPL berbanding ESPNsoccernet yang memberikan liputan yang lebih meluas mengenai liga di seluruh Eropah. Malah di antara ketiga-tiga laman web ini, TeamTalk memiliki ranking traffik yang lebih rendah.



Kelebihan:
Pada pendapat saya, kelebihan Goal.com adalah gossip panas yang sentiasa menghiasi muka hadapan laman web tersebut. Walaupun saya tidak pasti kesahihan berita yang dipaparkan tetapi ketika musim perpindahan pemain dibuka, terdapat banyak spekulasi menarik mengenai transaksi pemain. Berita yang dipaparkan juga agak pantas seperti TeamTalk.com

Kelemahan:
Disebabkan berita yang dikeluarkan adalah pantas, kebiasaannya kredibiliti berita tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Selain itu, berita yang dikeluarkan terlalu singkat dan kurang maklumat tambahan.

Selain dari ketiga-tiga laman web ini, anda juga boleh ke laman rasmi pasukan kegemaran anda dengan menaip, cth: "manchester united official website", "real madrid official website" dan sebagainya.

2 comments:

Jalaks said...

kalu jalak..nak tengok result lengkap..tgk kat livescore.com ...complete

Demo jerr said...

[jalak lenteng]thanks, saya tak pernah tgk website tu before this. menarik juga