Sep 8, 2008

Menonton Rancangan TV Secara Percuma di Internet

Jika anda belum lupa, sebelum ini saya telah mengajar tips bagaimana untuk menonton kembali rancangan kegemaran tempatan anda di Internet. Tips kali ini ditujukan kepada peminat rancangan asing (luar negara).

Bagi anda yang tidak mempunyai Astro di rumah atau malas untuk keluar dari bilik untuk menonton di ruang tamu (seperti saya ;p) saya ada berita baik. Anda boleh menonton rancangan kegemaran anda menggunakan online TV. Saya percaya ada antara pembaca yang mungkin pernah mencubanya tetapi yang belum pernah, inilah masanya untuk anda mencuba.

Program yang saya gunakan adalah dipanggil TVU. Saya telah mencuba banyak program yang lain tetapi TVU adalah yang "terbaik" antara semuanya. "Terbaik" bermaksudkan ia dapat digunakan di Malaysia menggunakan TMNut Screamyx. Bukan program yang lain tidak bagus tetapi kebanyakkannya memerlukan kelajuan internet yang sangat pantas.

Bagi mendapatkan kualiti streaming yang baik, saya nasihatkan anda tidak mendownload apa-apa, menggunakan messengger atau surfing internet ketika menggunakan TVU. Ini kerana mana-mana program online TV memerlukan keseluruhan bandwidth anda berfungsi pada tahap optimum.

Ketika saya menaip post ini, saya sedang menyaksikan perlawanan di antara Jelena Jankovic menentang Serena Williams dan juga Nadal menentang Murray pada awal pagi tadi di CBS.

Sebelum terlupa, anda boleh mendapatkannya di http://www.tvunetworks.com/


1 comment:

n a d i r a said...

bole dpt cenel kat msia gak ker??

makin cepat abis laa prepaid internet mcm nih...huhuhu