Sep 8, 2008

Peminat Psychic?

Seperti saya pernah maklumkan dalam post saya yang terdahalu, saya adalah peminat setia drama TV tidak kiralah dari dalam dan luar negara. Kebanyakkan drama TV produksi US sedang "bercuti" kerana ketika ini adalah musim panas di sana. Berita gembira adalah, peralihan musim sedang berlaku di sana dari musim panas ke musim luruh dan ini bermakna kebanyakkan drama TV akan kembali dengan musim baru.

Akibat kebosanan yang melampau, saya mendownload beberapa drama TV sebagai percubaan bagi menilai kualiti dan mempertimbangkan samada saya ingin terus menonton atau tidak. Untuk pengetahuan semua, saya agak cerewet dalam memilih drama TV yang ingin ditonton kerana kualiti adalah segalanya bagi saya.

Antara kebanyakkan drama baru yang bakal muncul di kaca TV nanti, yang paling menarik perhatian saya adalah The Mentalist.

The Mentalist mengisahkan seorang penyiasat peribadi bernama Patrick Jane (Simon Baker) yang memiliki kebolehan psychic di mana beliau mampu untuk membaca fikiran orang lain. Beliau pada asalnya menggunakan kebolehan tersebut bagi tujuan meraih populariti dan keuntungan sehinggalah berlaku suatu tragedi yang tidak diinginkan.

Beliau kemudiannya berubah kerjaya dengan membantu pihak polis yang diketuai oleh agen Teresa Lisbon (Robin Tunney) bagi membantu siasatan dan memburu penjenayah yang dikehendaki polis.

Walaupun bunyinya seperti kebanyakkan cerita penyiasatan yang lain, saya percaya bahawa kebijaksanaan produksi drama ini dari segi plot cerita dapat menarik ramai penonton apabila ianya dipertontonkan nanti. Ianya dijangka akan ke udara pada bulan ini (September 2008).




1 comment:

Anonymous said...

cam best jer.nanti dah kuar bleh la try layan.