Secara jujur, saya banyak menghabiskan masa lapang menonton drama TV. Banyak yang saya sudah tontoni sehingga lupa tajuk-tajuk drama tersebut. Ia bukan sahaja merangkumi drama Melayu malah Inggeris, Cina, Korea, Jepun, Taiwan, Filipina (dah lama x tengok), Indonesia (pun dah lama x tengok), Thailand (same jugak), Latin (hampir terlupa). Jadi, bolehlah dikatakan bahawa saya nie hantu TV.
Walaupun saya meminati banyak drama TV, saya agak memilih cerita apa yang saya ingin tontoni. Kebiasaannya saya akan "menapis" cerita apa yang bakal saya ikuti bergantung kepada siapa pelakon utamanya, jalan cerita, kualiti penggambaran, skil lakonan dan sebagainya.
Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa tetapi disebabkan kriteria yang saya tetapkan ini, tidak banyak cerita tempatan terutamanya cerita Melayu yang saya minati. Suka atau tidak, perbezaan antara kualiti cerita tempatan masih berada di tahap yang begitu lemah dan menyukarkannya untuk dipasarkan. Saya berpendapat bahawa masalah ini bukanlah disebabkan oleh masalah bahasa (language barrier) tetapi kegagalan kerajaan sendiri untuk menetapkan standard produksi tempatan. Sekiranya kerajaan bertegas, maka pastinya kualiti drama tempatan dapat ditingkatkan dengan serta merta.
Saya ingin beri contoh drama seperti Winter Sonata atau Full House begitu popular di Malaysia walaupun ianya dalam bahasa Korea. Ini kerana rata-rata penonton berpuas hati dengan hasil kerja (end product) tersebut hinggakan ada antara penonton yang meminta supaya drama tersebut disiarkan semula di kaca TV.
Oleh itu, pengeluar drama tempatan tidak boleh menuding jari kepada penonton mengapa mereka sanggup membayar berpuluh-puluh ringgit setiap bulan kepada Astro hanya semata-mata untuk menonton drama kegemaran mereka seperti CSI, House, Desperate Housewife, Lost, dan sebagainya.
Saya faham bahawa kos produksi untuk sesuatu drama bukanlah murah tetapi ia bukanlah menjadi halangan bagi menghasilkan cerita yang berkualiti. Contoh yang paling mudah adalah filem "Bend it Like Beckham" di mana kosnya adalah rendah tetapi masih lagi mengekalkan idea dan keunikannya yang tersendiri.
Sebagai golongan muda, saya agak sedih kerana drama tempatan sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam membudayakan bahasa Malaysia. Sekiranya saya sebagai peminat setia drama TV lebih gemar memilih drama asing, tidak mustahil mereka yang lain turut berbuat demikian. Kerajaan juga tidak boleh menyalahkan remaja mengapa mereka tidak mahu memperkasakan bahasa Malaysia kerana mereka mempunyai tanggapan bahawa bahasa Malaysia adalah "tidak cool" seperti bahasa Inggeris akibat imej drama tempatan yang begitu lemah.
Sekiranya tiada pihak yang sanggup tampil kehadapan untuk bertanggungjawab maka tidak mustahil lama kelamaan, drama asing akan mengambil alih sepenuhnya penyiaran TV kerana tiada yang berminat untuk menonton drama tempatan.
p/s: Habislah saya kena "gam"! ;p
6 comments:
biasalah... producer nak cut cost pastu nak untung byk...
gerak khas xmasuk dlm senarai ke? hehehe, drama bersiri melayu paling popular
haha. gerak khas tu bertujuan nak maintain relationship yusoff haslam dengan polis. so, kalau anak dier kene tangkap polis dier senang nak ikat jamin.
sy mmg tak suke tgk crite melayu.dkt tv1..sbb kiter dh ley jangke dh jln cerite nyer...x de klimaks...busan..hehe
aku suka tgk winter sonata.ahakss..
i ingt i sorg je yg xsuka drama melayu!rupanya ada lg!
hahah..i love this topic the most!!
tgk lah nama pon CorCraze kan..
mmg gila korea..skang tgh tgk 3dads and one mom+im sorry i love you+bad love!amik kau 3skali gus!
some says Winter Sonata cite org tua!memula i xsuka tgk sgt,but then mmg bg impak yg mendalam woo!
hehe..xsuka org kata bae young jun gay!
rtm mmg the worst ever!
sakit hati sgt bila tgk!
mcm thn 70an pon ada props,wardrobe apa suma tu!
eewww..sucks!!
slumberaja,xde ke at least SATU drama melayu yg u btol2 respect??
Cicakman ke?(stupid superhero!),Air mata maria(lembab),or else??huahuahuaa!!
Post a Comment