

Keputusan lain, selepas seri 1-1 dengan Man United minggu lalu, Newcastle memulakan langkah cemerlang dengan kemenangan di tempat sendiri hasil jaringan satu gol oleh Michael Owen menentang Bolton. Stoke City pula mengejutkan Aston Villa dengan keputusan 3 - 2 di tempat sendiri setelah 3 kali mendahului Villa. Gol-gol Stoke dijaringkan oleh Liam Lawrance (pen, 30), Ricardo Fuller (81), Mamady Sidibe (90) manakala Villa oleh John Carew (63) dan Martin Laursen (83).
Sunderland pula berjaya menumpaskan Tottenham di tempat lawan dengan jaringan 1 - 2 apabila Kieron Richardson meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-55 hasil rembatan jarak jauh. Jermaine Jenas menyamakan kedudukan apabila penjaga gol Sunderland gagal menangkap kemas rembatan Luka Modric yang kemudiannya di sambar oleh Jenas pada minit ke-73. Pemain baru Sunderland, Djibril Cisse berjaya menjaringkan gol kemenangan hasil tandukan cantik pada minit ke-82. Ini merupakan kekalahan kedua Spurs berturut-turut.
Sementara itu, Everton menang perlawanan pertama mereka musim ini apabila beraksi cemerlang menentang West Brom hasil jaringan Leon Osman (65) dan Yakubu (76). West Brom cuba bangkit dengan jaringan Roman Bednar (89) tetapi sudah terlewat. Akhir sekali, Blackburn hanya mampu seri dengan kelab EPL baru, Hull City apabila gol jaringan Jason Roberts (38) hanya mampu bertahan selama 2 minit apabila Richard Garcia menyamakan kedudukan pada minit ke-40.
Malam ini, Wigan bakal menerima kunjungan Chelsea manakala Man City akan cuba mengutip mata pertama mereka menentang West Ham United.
1 comment:
hahaha... dah kalah arsengal... caya la beb
Post a Comment