Aug 22, 2008

Arsenal Mungkin Mendapatkan Khidmat Gareth Barry

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger masih lagi memburu seorang lagi pemain tengah yang berpengalaman setelah kehilangan Hleb kepada Barcelona. Pemain yang disebut-sebut bakal menggantikannya adalah pemain England dan kapten Aston Villa iaitu Gareth Barry. Barry yang sebelum ini dikaitkan dengan Liverpool ingin berpindah keluar dari Villa kerana mahu beraksi di Liga Juara-Juara.

Namun begitu, Aston Villa pastinya tidak mahu melepaskan pemain tersebut dengan mudah dan harga perpindahan sebanyak
£18 juta, jumlah yang tidak mahu dibayar oleh Wenger. Selain Barry, Gokhan Inler dan Xabi Alonso turut dikaitkan dengan Arsenal.

p/s: Arsenal adalah antara 5 kelab terkaya di dunia tetapi kenapa sentiasa tiada duit?

No comments: