Roy Keane berjaya menambah dua lagi pemain penyerang, Djibrail Cisse dan David Healy bagi memperkuatkan skuadnya untuk musim ini. Kalah dalam perlawanan pertama menentang Liverpool dengan jaringan 1 - 0, Keane merasakan Sunderland memerlukan sentuhan penyerang berpengalaman.
Sebelum ini, Sunderland telah membeli 4 orang pemain iaitu Teemu Tainio, Pascal Chimbonda, Steed Malbranque dan El-Hadji Diouf. Berita ini pasti menggembirakan penyokong Black Cat kerana penyerang utama mereka, Kenwyne Jones tidak dapat beraksi akibat kecederaan yang serius.
Healy, 29, yang mewakili Northern Ireland menandatangani kontrak 3 tahun manakala Cisse dipinjam selama 1 tahun dari Marseille.
p/s: Nampaknya Roy Keane amat gemar mengumpulkan pemain Ireland di kelabnya seperti Arsene Wenger mengumpul pemain Perancis.
1 comment:
menarik tapi boleh ke dorang nie score?
Post a Comment