Program antivirus adalah sangat penting dalam memastikan komputer anda tidak dicerobohi oleh virus, spyware, malware dan sebagainya. Saya percaya ramai antara kita yang pernah mendengar nama seperti Trojan Horse yang terkenal dengan kebolehupayaannya mencuri data peribadi pengguna Internet.
Semenjak menggunakan internet hampir 10 tahun yang lalu, saya telah mencuba pelbagai jenis antivirus seperti Norton, McAfee, dan sebagainya. Namun sejak kira-kira dua tahun yang lalu, saya mencuba AVG setelah membaca beberapa review mengenainya.
AVG adalah lebih "ringan" berbanding kebanyakkan antivirus di pasaran sekarang kerana ia memerlukan kurang memory bagi melakukan scanning. Jadi, komputer anda masih mampu untuk menggunakan application/program lain ketika anda semasa menjalankan proses scanning. Antara kelebihan lain menggunakan AVG adalah ianya adalah percuma (saya suka benda percuma ;p) untuk kegunaan peribadi.
Saya menasihatkan anda sentiasa mengupdate database antivirus anda dan juga menjalankan scan sebagai suatu rutin sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Selain itu, sekiranya anda sering mendownload ataupun berkongsi disket, thumb drive, external hardisk dan sebagainya dengan rakan-rakan anda, pastikan anda scan dahulu sebelum membuka sebarang file.
Anda boleh melakukannya dengan menekan butang right-click pada mouse anda dan pilih "Scan with AVG Free".
Anda boleh mendapatkan AVG anda secara percuma di http://free.avg.com/
6 comments:
ngeh..ngeh..ngeh..mmg luna pon guna AVG gak...dududuuuuuu
Hee.. AVG for free... tapi tak boleh sekat spam2 yang lain.. just sometime boleh detect ja.. for me prefer symantec / norton antivirus.. berat seberatnya2 tapi selamat..hee...
lya guna kaspersky..!
besh gune tu =)
avg is free however it didnt have heuristic scanning :(
i use avira antivir.
i am also prefer avira..
Post a Comment