Sep 8, 2008

KDrama: Witch Yoo Hee (Witch Amusement)

(sumber: wiki.d-addicts.com)

Selain drama dari negara barat, saya turut meminati drama dari negara Asia terutamanya dari Korea Selatan. Kebanyakkan drama Korea yang saya tontoni adalah berunsurkan komedi romantik di mana hampir setiap produksi mempunyai keunikan masing-masing walaupun konsep ceritanya hampir sama.

Jika diberi persamaan, mungkin saya boleh katakan ianya seperti konsep yang digunakan di Bollywood di mana kita semua tahu bagaimana jalan ceritanya (hero dan heroine bertemu, keluarga berlainan darjat, keluarga yang kaya tak bagi kahwin, ada watak antagonist, polis lembab buat kerja sebab kena rasuah, hero dan heroine terpisah tapi sempat nyanyi-nyanyi di atas bukit/padang/belakang pokok/atas gerabak keretapi, hero lawan orang jahat, akhirnya mereka bersama ;p). Haha... minta maaf peminat Bollywood, spoiler alert!

Cerita Witch Yoo Hee mengisahkan tentang Ma Yoo Hee (Han Ga In) yang digambarkan seperti seorang wanita sihir yang terkenal dengan sifat kejam, mementingkan diri sendiri serta tidak memiliki karisma diri. Disebabkan oleh sifat-sifat tersebut Yoo Hee mempunyai masalah mencari teman hidup dan juga pembantu rumah.

Ketika sesi mencari jodoh (blind date), Yoo Hee telah ditemukan dengan Chae Moo Ryong (Jae Hee), seorang bekas pelajar bidang perubatan yang mempunyai obsesi untuk menjadi chef yang terkenal. Dijadikan cerita, selepas sesi mencari jodoh tersebut, Moo Ryong dan Yoo Hee terserempak semula apabila berlaku kemalangan kecil yang mengakibatkan Moo Ryong terpaksa berhutang kepada Yoo Hee.

Moo Ryong ditugaskan sebagai pembantu rumah bagi membayar balik hutangnya serta membantu Yoo Hee mencari cintanya. Kesudahannya, anda perlu tontoni sendiri :) hehe. Jangan risau, saya sertakan sekali link di mana anda boleh mendownloadnya secara percuma di bawah. Sekiranya anda tidak memiliki akaun Megaupload, saya cadangkan anda mengikuti tips yang saya berikan pada post yang terdahulu. Jangan lupa untuk mendownload Megaupload toolbar bagi membolehkan anda mendownload.



8 comments:

luna said...

syok tgk citer korea..coz pelakon2 dier semua soooo sweeettttt...he3..sejuk ati nengok muker2 lawo tuh..

SlumbeRaja said...

hehe.. sama la kita luna

luna said...

he3...sama2..gunung di daki..sama2 menjeja kmimpi...dududuuu...

saper yg minat citer korea nih biasanyer hati jiwang nih...tak pon romantik..haaaaaa..ko jiwang eeehhhh.....lalalalaaaa

Capt. Azam Ismail said...

Apa yg menariknya blog u, ia seselamber yg mungkin. U C N U WRITE. Ilmu ada, dan mcm2 lg. Siap cerita korea. Frankly speaking, i was in Korea 5 years back. Tak ler ensem sgt. TAk ler lawa sgt. HArap bedak jer yg pompuan tu. Yg laki pulak agak kasar. So... Malaysian jgak best. Tp kalu boleh jgn ler sampai nk jadi Jalaluddin Hassan. Tapi mana tau kan, kat rumah pun dia sembang mcmtu ngan isteri and anak2 dier. WoW!

luna said...

betol tu capt azman...dlm tv tu semua hyer dh touch-up giler2 tuh...siap uat plastic surgery lagik...he3

luna said...

eh sowiii.capt azam..bkn capt azaman..typo error......he3

agent_sesat said...

jap2..kira...baper kali dah tgk..hehehhe...byk kali..oppss kat speedy rm 60 ehh..support original...
lalallaa..

SlumbeRaja said...

[luna]romantik, xde la.. biase je.. mmg suke tgk romantic comedy nie..

[capt azam]thanks, slumberaja mmg simple je tp ade la tips skali. x perlu tulis panjang2. org korea pakai bedak gaks ke.. dah putih pakai bedak lagi.. isk...

[agent sesat]hehe.. sori. tp nie cita luar negara, so xpe la kot. cite mesia mmg kene beli ori