Aug 22, 2008

Ingin Download Percuma?

Saya seringkali ditanya oleh rakan² bagaimanakah untuk mendownload movies, lagu², dan sebagainya melalui Internet.

Jawapan kepada persoalan tersebut sebenarnya bergantung kepada apa yang anda ingin download. Ini kerana tidak semua benda boleh anda peroleh melalui Internet secara percuma.

Terdapat beberapa kaedah bagi mendownload di Internet: -

1. Torrent

Saya pasti ramai antara anda yang mengetahui kaedah ini kerana ianya sangat popular. Namun begitu, sejak tahun lepas Streamyx telah menghadkan penggunaannya bagi membasmi pengedaran cetak rompak. Ianya masih boleh digunakan tetapi kelajuan mendownload mungkin agak perlahan berbanding beberapa tahun yang lalu.

Untuk mendownload torrent anda perlu memiliki perisian torrent. Antara perisian yang menjadi kegemaran ramai adalah uTorrent. Ini kerana uTorrent adalah tidak akan memperlahankan komputer anda dan ia mendownload data agak pantas berbanding perisian torrent yang lain. Download di sini: -

uTorrent

Setelah menginstall perisian tersebut, anda hanya perlu ke laman web yang memiliki file torrent seperti: -
Atau anda boleh ke Google dan menaip "torrent site".

2. Rapidshare

Walaupun Rapidshare adalah percuma, anda hanya dihadkan kepada beberapa file sehari bagi ahli percuma. Namun begitu, jangan bimbang kerana saya akan mengajar teknik bagaimana untuk anda mendownload sebanyak mungkin file yang anda inginkan.

Terdapat beberapa laman web yang anda boleh kunjungi untuk mendownload file Rapidshare. Antara laman kegemaran saya adalah: -
Terdapat banyak lagi laman web yang anda boleh lawati terutamanya forum. Taip sahaja "rapidshare forum" di Google.

Ada 2 teknik untuk anda mendownload file Rapidshare secara percuma. Mendownload percuma bermaksud anda tidak mahu menunggu timer yang menghadkan download.

Teknik 1: Tukar IP Address anda
  1. Clearkan Cookies anda (pergi ke bahagian Tools di browser anda tidak kira Internet Explorer atau Mozilla Firefox)
  2. Pergi ke command prompt (Start -> Run -> type "cmd") dan taip: -
    • ipconfig /flushdns (Press Enter)
    • ipconfig /release (Press Enter)
    • ipconfig /renew (Press Enter)
    • exit (Press Enter)
Teknik 2: Reset Modem anda

Teknik ini lebih mudah, anda hanya perlu menutupkan menutup suis modem anda dan tunggu selama 30 saat. Kemudian hidupkan semula modem anda.

3. Megaupload

Megaupload juga sama seperti Rapidshare tetapi ianya kurang popular. Sebab mengapa saya suka adalah kerana filenya lebih besar berbanding Rapidshare dan kebanyakkan drama Korea dikongsi melalui Megaupload. Teknik untuk mendownload file Megaupload adalah seperti Rapidshare.

Saya akan menyambung lagi topik ini. Jadi, sila tunggu dan jangan ke mana-mana ;p.

Selamat mencuba!

1 comment:

HafizAdam said...

i wonder if there is a way to bypass toolbar installation by MegaUpload.
It's too annoying and I think that's why it's NOT popular.