Sep 9, 2008

Dilemma Lagu Raya

(sumber: www.sinar.fm)

Baru seminggu kita berpuasa, sudah berkumandang lagu raya di mana-mana. Blogs, kedai-kedai, radio dan sebagainya semuanya bagai sudah bersedia untuk menyambut hari lebaran tersebut. Sejujurnya, saya bukanlah jenis yang beraya sakan, jadi tidak hairanlah jika saya tidak merasai vibe atau kemeriahan tersebut. Setakat menyambut dengan ala kadar dan tidak terlalu excited.

Berkaitan dengan lagu raya, saya mengaku bahawa saya sememangnya bukan peminat lagu-lagu raya kerana berpendapat bahawa kebanyakkan lagunya terlalu mendayu-dayu dan tiada variasi. Saya juga kurang faham dengan konsep lagu-lagu tersebut. Persoalan seperti: -
  • Mengapakah bunyinya sungguh syahdu sedangkan kita sepatutnya bergembira?
  • Adakah lagu-lagu tersebut ditujukan kepada bulan Ramadhan yang semakin meninggalkan kita?
  • Atau bersedih kerana terpaksa memberikan duit raya? ;p
Yang pastinya, menjelang hari raya nanti, kaca TV kita akan dipenuhi dengan nyanyian artis tempatan kita. Nasib baiklah ada Astro, ada jugalah pilihan rancangan lain bagi yang kurang menggemari lagu raya dan juga yang bukan beragama Islam.

Perlukah lagu raya diubahsuai mengikut peredaran zaman atau kita perlu mengekalkan tradisinya?


13 comments:

Tie said...

Salam..tie suka lagu raya lama...juga dari Aishah..Rahimah Rahim.., lagu baru ni tak best langsung..

Drama atau movie korea...wah tie suka tau..suka akan bahasanya..tapi kat tv selalu guna bahasa cina..tak bestlah...suka cerita spring waltz, winter sonata (heroinnya macam tie..suka jalan meniti., skrg tak leh buat lagi..overweight laa...),banyak lagi..lucu dan romantik dan innocent..he he..

Tie said...

Tie nak add link, yek..

Fazrulls said...

Salam,

Lagu lama memang best...

salam mesra

Adry said...

yeap lagu raya yang lama memang best banding yang baru...

Adry @ http://www.adrysabry.com/

Anonymous said...

Well, I think this kind of songs tend to be like this, whether lagu Raya or even CNY songs. I also think CNY songs are a bit old fashion. LOL!
BTW, have added your blog in my blogroll as you suggested in my site. Will wait for you to reciprocate. Cheers!

zDeQNa said...

sedih dengar lagu raya..sbbnya x dapat beraya kat kg.sbb lagi bkerja di hari raya..tu pasal sgalanya jd sedih..uhuhu

iming said...

aku x sabar nk tunggu raya ni sbab anak aku nk kuar raya ni..anak sulung beb!!

love is forever said...

suka ape lagu raya...
bukan semua lagu raya tu yang mendayu2 ade gak yang gembira ceria2..hehe...just my opinion maa...

Anonymous said...

saya merasakan keadaan lagu raya itu adalah kepada keadaan ataupun penyampaian maksud lagu tersebut..misalnya lagu tentang org diperantauan kan,takkan lah excited dan gembira sgt menyambut raya kat perantauan sedangkan adalah lebih gembira menyambut bersama keluarga..so,dlm mereka gembira sbb meraikan kemenangan,mereka juga sebenarnya sedih sedikit kerana tidak dpt beraya bersama keluarga..itu sahaja,setip penciptaan itu ada sebab dan akibat=)

sekadar berpandangan=)

Along Arman said...

lagu lama la bEst...

Anonymous said...

bestnyer dengar lagu raya. kalau jauh dengan keluarga dengar lagu raya boleh nangis wooooo

nada said...
This comment has been removed by the author.
nada said...
This comment has been removed by the author.