Sep 10, 2008

Bagaimana Menukarkan Icon Folder Anda?

Sekiranya anda telah bosan dengan rupa Desktop anda yang terlalu plain, anda mungkin boleh mengubah rupa bentuk folder anda mengikut kegemaran anda. Cara ini mudah sahaja dan saya percaya ramai yang tahu bagaimanakah untuk melakukannya, tetapi bagi yang tidak tahu, post ini ditujukan kepada anda.

Mula-mula pilih folder mana yang anda ingin ubahsuai dan kemudian pilih Properties. Pada Properties, pilih tab yang paling kanan iaitu "Customize": -


Pilih option "Change Icon" seperti rajah di atas, di mana anda akan melihat pilihan berikut: -

Pilihlah icon yang anda gemari dan tekan butang OK.

Selamat Mencuba!

No comments: