Sep 10, 2008

Bagaimana Untuk Meletakkan Password Pada Folders File?

Dalam post yang lepas, saya telah di tanya oleh seorang pengunjung (maaf tidak ingat nama) bagaimanakah untuk mengunci My Document daripada diakses oleh orang lain dan saya memberikan jawapan bahawa caranya adalah dengan mensetkan Guest Account kepada On.

Cara tersebut bagi saya paling mudah kerana Guest tidak dapat mengakses My Documents untuk Admin (tuan punya PC) kecuali jika mereka tahu apakah password bagi komputer tersebut.

Dalam post kali ini, saya telah menjumpai satu lagi teknik tetapi caranya mungkin agak rumit. Ia menggunakan teknik Compressed (zipped) folder di mana pengguna boleh memilih file manakah yang hendak diletakkan password.
  1. Mula-mula, pilih folder yang mana anda ingin letakkan password
  2. Right-click pilih Send To
  3. Pilih Compressed (zipped) Folder

Setelah folder tersebut telah di'zipped'kan, double-click pada folder tersebut dan anda akan dapat melihat satu folder di dalamnya. Sekiranya anda menggunakan WinZip atau WinRAR di dalam komputer anda, buka file tersebut menekan right-click pada mouse anda -> Open With -> Compressed (zipped) Folder

Sekarang, pegi ke menu bar dan pilih File seperti berikut: -


Masukkan password yang anda inginkan. Sekarang kesemua files di dalam folder tersebut akan disetkan dengan password tersebut. Anda perlu mengingati password tersebut kerana jika anda terlupa, kemungkinan besar anda tidak akan dapat recover password tersebut.

Selamat Mencuba!

1 comment:

Ainsya said...

yeah..
satu lagi ilmu bertambah..
Thanks !