Sep 10, 2008

Hasil Eksperimen Google Chrome

Seperti yang diperkatakan ramai, Google Chrome sememangnya browser yang menggugat reputasi FireFox, IE, Opera, Safari dan lain-lain di mana keupayaannya selaku browser yang pantas dan ringan (menggunakan memory yang rendah).

Sebagai seorang yang suka mengeksperimen, saya telah mengambil inisiatif mencuba Google Chrome seperti yang katakan dalam post yang lalu

Walaupun saya sangat sukakan Chrome, terdapat beberapa masalah untuk kegunaan harian saya. Pertama, saya tidak menjumpai plugin untuk Google Toolbar yang ada pada FireFox.


Bukan saya seorang sahaja yang menyuarakan pendapat ini, terdapat banyak post di blog lain yang turut mengkritik kegagalan Google meletakkan toolbar ini secara default.

Kedua, Alexa juga belum lagi menyediakan plugin untuk Google Chrome dan ini menyukarkan saya melihat ranking website. Ianya telah menjadi habit kepada saya.

(sumber: www.iismods.info)

Selain itu, Google cuba membuat kelainan dengan tidak meletakkan menu bar di bahagian atas browser seperti pencabarnya yang lain. Saya tidak mempunyai masalah dengan kaedah ini kerana sudah biasa dengan short-cut keys. Menu bar bagi Google Chrome terletak di sebelah kanan.

Buat masa ini, saya masih lagi berasa kekok menggunakan Chrome dan mungkin masih memerlukan FireFox (masih pilihan terbaik walaupun kadangkala hang) tetapi saya percaya Google akan dapat mengatasi masalah di atas secepat mungkin.


2 comments:

Shamsul Aizat said...

takpe. bagi peluang kat chrome tu. masih beta version lagi.

Geek @ Kedai.TV said...

masih banyak bug lagi..tapi OK lah..faster and every tab/window guner lagi banyak memory (about 45mb!)

best regards

azrin @ www.azrin.net