Sep 10, 2008

Harga Minyak Turun $103.26 per barrel. Apakah Tindakan Kerajaan?

Selain isu politik, saya juga ingin memperkatakan tentang harga minyak mentah yang kini telah turun hingga ke $103.26 per barrel. Pada 4 September lalu, Pak Lah mengumumkan akan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen jika paras harga kekal di bawah $109.00 per barrel sehingga akhir tahun ini. 

Pada pendapat saya, keputusan ini sungguh tidak adil kerana harga minyak di pasaran dunia semakin turun dan harga petrol juga seharusnya diturunkan secepat yang mungkin. Persoalannya mengapa semasa harga boleh dinaikkan secara mendadak beberapa bulan yang lalu tidak boleh turun mendadak juga?

Saya percaya kerajaan mendapat untung yang besar hasil dari penjualan minyak di negara ini kerana kita juga adalah pengeluar minyak mentah dan jumlah kenderaan di atas jalan setiap hari meningkat kerana kita adalah negara membangun. Seperti yang saya katakan mengenai pengangkutan awam di Malaysia, infrastrukturnya masih lemah dan tidak mencukupi untuk menampung penduduk di dalam bandar seperti di negara maju. Jadi kita tetap memerlukan kereta atau motorsikal untuk bergerak ke mana-mana.

Jangan bandingkan harga petrol Malaysia dengan harga petrol di Singapura kerana gaji per kapita kita adalah jauh lebih rendah. Bayangkan kerani di Singapura mencecah lebih dari RM2,000 sebulan berbanding graduan Ijazah di Malaysia yang rata-ratanya lebih kurang RM1,800 sahaja. Itu belum campur dengan jumlah "hutang" belajar yang mencecah RM30,000 bagi IPTA dan RM50,000 untuk IPTS (kadar ini secara umum - saya dengan graduan kejuruteraan IPTS hutang sehingga RM80,000 - PTPTN)

Saya ada terbaca banyak komen dari penyokong BN yang mengatakan bahawa rakyat perlu sedar situasi kerajaan memberi subsidi ketika harga minyak mentah naik ke paras $147.02 per barrel pada 11 Julai 2008 dan saya faham dan boleh menerima alasan tersebut untuk menaikkan harga minyak tetapi dengan harga sekarang, tidakkah kerajaan boleh "berkorban" seperti yang dilakukan oleh rakyat?

Persoalan di sini bukan samada pro-kerajaan atau anti-kerajaan tetapi isu ekonomi semasa rakyat di negara ini. Kerajaan sepatutnya bersyukur kerana rakyat Malaysia cintakan kedamaian di mana kita tidak suka menimbulkan kekacauan. Tidak seperti negara-negara jiran kita yang berdepan dengan rusuhan setiap hari walaupun kerana isu yang kecil.


5 comments:

Tie said...

Tie sokong slumbeR@J@...tak pandai nak bicara panjang lebar laa...

P/s mata ni ternampak kat tv yg harga emas di pasaran turun sikit, betui ke? Saje..bukan nak beli pun...org pompuan kan minat benda2 gitu..hi hi..

Cybernetics Mind said...

emmm...kl sehari dua ni ada by-election, kompemmmm reger minyak turun...jwb Pak Lah jgn tk jawab

but sadly...damage had been done, kalau reger minyak turun lagi pun, reger barang2 lain kompemmmm tak turun.

sekampit beras yg aku beli (THAI KING) 10kg regernya dulu RM18.90 tapi sekarang dah jadi RM39.90. kalau reger minyak turun pun...jgn harap laaa harga beras ni boley turun...tu la pasalnya bila Pak Lah declare reger minyak turun aku buat tk tau jer.....

Soul Generic said...

alah bisa.. kalo naek, mlm tu jugak umum..b4 berita perdana dah sesak da kat stn minyak.. tapi bile da turun.. 'kte akan kaji dulu tarif yg baru'

selamat menurun.. =)

Geek @ Kedai.TV said...

BN Saja nak sakitkan orang untuk keuntungan mereka

azrin @ www.zyraz.com

Mr Final said...

paklah ckp 1 oktober baru turunkan... kalo kamu penyokong setia BN.. bersabarlah... hehehe..