Sep 3, 2008

Anda Meraba atau Diraba?

(sumber: www.flickr.com)

Pengangkutan awam adalah penting dalam menjana pembangunan ekonomi negara dengan lebih setengah juta penduduk Lembah Klang yang kini bergantung kepada perkhidmatan komuter, LRT, Monorel dan bas setiap hari. Walaupun peningkatan harga minyak yang mendadak beberapa bulan yang lalu, ia masih lagi merupakan pilihan utama golongan sederhana dan berpendapatan rendah kerana kosnya yang murah dan cepat (ehem... bas tak termasuk dalam kategori ini, kura-kura pun lagi cepat).

Namun begitu, terdapat kelemahan kepada pengguna terutamanya golongan wanita kerana mereka terdedah kepada gangguan seks yang berlaku di mana sahaja walaupun di tempat awam. Ditambah pula dengan kebanjiran pendatang asing di negara ini dari negara jiran yang gemar menggunakan pengangkutan tersebut. Mereka berani melakukan perkara sebegini kerana mangsa biasanya takut untuk berbuat apa-apa seperti melawan atau menjerit kerana takut diapa-apakan oleh penjenayah.

(sumber: www.benettontalk.com)

Gangguan seksual bukan sahaja datang dalam bentuk fizikal malah yang terbaru, mereka menggunakan teknologi spycam yang diletakkan di kasut bagi tujuan mengintai dan merekod gerak geri mangsa. Malah perkakasan yang digunakan untuk tujuan ini sangat mudah didapati melalui Internet dan saya tidak terkejut jika ianya telah digunakan di Malaysia.

Saya berpendapat bahawa pengangkutan awam di negara ini masih lagi lemah kerana terdapat banyak tempat yang masih lagi tidak menerima "liputan" dan bilangan kenderaan seperti bas yang tidak mencukupi. Malah saya pernah menunggu lebih dari setengah jam untuk mendapatkan bas dan saya percaya ramai juga pernah mengalami nasib yang sama.

(sumber: http://english.pravda.ru)

Saya mencadangkan agar bilangan pengangkutan awam terutamanya bas ditambah kerana penumpang tidak perlu berhimpit-himpit seperti tin sardin bergerak kerana ia mendedahkan kaum hawa kepada bahaya diraba. Selain itu, asingkan penumpang wanita dan lelaki iaitu samada menggunakan bas yang berlainan ataupun bahagikan gerabak train komuter, LRT kepada golongan lelaki dan wanita. Malah, CCTV juga harus dipasang supaya jika berlaku sebarang kes, penjenayah dapat dikenalpasti dan seterusnya dihadapkan ke muka keadilan.

p/s: berita ini khas untuk kaum wanita tapi jika ada kaum adam yang pernah diraba, jangan malu-malu untuk mengadu... hehe


11 comments:

Fazrul Shahril said...

Salam Bro,

Hmm.. mangsa raba ? heee. that rite.. lately banyak kes macam ni bila nak pilihanraya heee..

Orait

Tekkaus said...

Kita potong saje tangan-tangan gatal yang meraba-raba ni! haha =)

cybernetics mind said...

kalau lelaki kena raba...agak2 nk bising2 ker...wakakakaka :)

miezi said...

sy bersetuju dgn cadangan ditmbhkan bilangan pengankutan awam. sesekali naek komuter..tu dia,serik seumor idop.kalah tin sardin.uhuk!!

love is forever said...

huhu..tak suka meraba dan di raba paksa....heh! sib baik tak naik bas gi kerja

SlumbeRaja said...

[fazrul]saye tak tau plak dkt pilihanraye ramai org kene rabe. cite skit...

[tekkaus]woah.. potong tangan, jadi hukum hudud nanti

[cybernetics mind]kalau yg raba tu cantik, saye rase yg kene raba tu diam je... hehe

[miezi]makin lama makin ramai orang, lepas nie x tau la tin ape plak jadi

[love is forever]untung die x naik bas...

luna said...

huh??saper yg raba tuh....gatal!! pijak dier ...pijak dierrr...isshhh isshhh isshhh....

dududududuuuuuuuuu

aLLiyaH aka MB said...

rase nak blasah jek yg ske raba2 nih...xbertamadun betullaa

-atie- said...

kat bazar pun kene raba gak...saket jiwaaa

Anonymous said...

ops yg last tu batal puase

usahawankekal said...

laa mesti orang yang meraba ni takde otak kan..mudah-mudahan puasa ni ramai la yang insaf dari meraba-raba

http://usahawankekal.wordpress.com/