
Walaupun Cuil dikatakan memiliki database website yang terbesar, saya percaya Google mempunyai kelebihan dari segi relevancy dan juga kepantasan mengemaskini sistemnya. Saya berkata demikian kerana salah satu daripada website saya tidak disenaraikan di bawah Cuil walaupun saya mendaftar website tersebut sebelum Cuil dilancarkan iaitu pada bulan Mac yang lalu. Sungguh aneh kerana dakwaannya bahawa databasenya yang terbesar tetapi tidak memiliki website saya.
Cuil membenarkan orang ramai untuk menghantar request sekiranya website mereka tidak disenaraikan dan saya telah berbuat demikian tetapi tiada sebarang respond dan sehingga kini website saya masih tidak disenaraikan. Dari segi traffik pula, jumlah pengunjungnya semakin berkurangan berbanding semasa ia baru dilancarkan. Ketika ini, Cuil berada pada ranking 2,381 di Alexa dan masih lagi tidak mampu mencabar tahta Google.

No comments:
Post a Comment