Nov 29, 2008

Makan Bola, Tidur Bola: Bola Bola Api!

Post ini ditujukan kepada peminat bola sepak di mana sahaja anda berada. Saya meminati sukan bola sepak sejak 1993 di mana ketika itu bola sepak Malaysia berada pada tahap kemuncaknya iaitu tangga ke-79 sejak ranking tersebut diperkenalkan. Pada ketika itu jugalah saya mula berjinak-jinak dengan English Premier League walaupun pada ketika itu tiada siaran langsung perlawanan liga setiap minggu seperti sekarang ini.

Seingat saya, cuma ada liputan mingguan yang ditayangkan di TV3 yang mempaparkan keputusan serta jaringan yang bagi setiap perlawanan yang berlangsung pada minggu sebelumnya. Selain TV, keputusan hanya dapat diikuti melalui akhbar harian seperti Utusan Malaysia yang ketika itu masih lagi belum "tercemar" dengan berita-berita politik.

Kini, dengan adanya kemudahan Internet anda boleh mengetahui berita terkini mengenai bola sepak di serata dunia dengan pantas. Malah, sekiranya anda tidak berkesempatan menontonnya secara live, anda masih boleh mendapatkan update mengenai keputusan semasa ketika perlawanan masih berlangsung. Berikut adalah laman web yang seringkali saya layari bagi mendapatkan maklumat terkini dunia bola sepak: -



Kelebihan:
Apa yang menarik mengenai ESPNsoccernet ialah fungsi Live Scores yang memberikan update mengenai keputusan semasa perlawanan yang sedang berlangsung. Setiap kali ada pasukan yang menjaringkan gol, laman web ESPNsoccernet akan melakukan refresh secara automatik. Selain itu, terdapat statistik mengenai sesebuah liga seperti siapakah penjaring terbanyak, assist, kad kuning, kad merah dan sebagainya. Selain itu, terdapat statistik bagi setiap pemain dalam liga terkemuka seperti EPL, Bundesliga, Serie A, La Liga dan sebagainya.

Kelemahan:
Berita terkini yang ada di laman web ini boleh dikatakan agak "ketinggalan zaman" sedikit kerana mereka lambat menerima berita atau mengemaskini laman tersebut. Kemungkinan besar, berita yang ada di ESPNsoccernet telahpun dilaporkan di laman web bola sepak yang lain.



Kebaikan:
Saya hanya mengetahui mengenai laman web ini beberapa tahun yang lalu melalui seorang rakan yang juga peminat bola sepak. Apa yang menariknya adalah rangkuman berita yang paparkan adalah yang terkini dan sensasi di mana sumbernya boleh dipercayai. Selain itu, ia membenarkan pelawat memberi komen terhadap sesuatu berita di mana sekiranya anda meminati diskusi hangat antara peminat bola sepat, ini adalah tempat yang sesuai bagi anda.

Kelemahan:
Live scores agak kurang memuaskan pada pendapat saya. Selain itu, ia lebih menekan kepada EPL berbanding ESPNsoccernet yang memberikan liputan yang lebih meluas mengenai liga di seluruh Eropah. Malah di antara ketiga-tiga laman web ini, TeamTalk memiliki ranking traffik yang lebih rendah.



Kelebihan:
Pada pendapat saya, kelebihan Goal.com adalah gossip panas yang sentiasa menghiasi muka hadapan laman web tersebut. Walaupun saya tidak pasti kesahihan berita yang dipaparkan tetapi ketika musim perpindahan pemain dibuka, terdapat banyak spekulasi menarik mengenai transaksi pemain. Berita yang dipaparkan juga agak pantas seperti TeamTalk.com

Kelemahan:
Disebabkan berita yang dikeluarkan adalah pantas, kebiasaannya kredibiliti berita tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Selain itu, berita yang dikeluarkan terlalu singkat dan kurang maklumat tambahan.

Selain dari ketiga-tiga laman web ini, anda juga boleh ke laman rasmi pasukan kegemaran anda dengan menaip, cth: "manchester united official website", "real madrid official website" dan sebagainya.

Toilet oh Toilet!



Berapa ramaikah di antara anda yang mempunyai "pengalaman ngeri" / fobia apabila memasuki tandas?

Post ini ditujukan khas kepada mereka yang tiada kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan tandas awam. Saya tidak faham mengapa masih ada yang mengambil sikap sambil lewa sedangkan sudah banyak kali diingatkan oleh pihak berkuasa mengenai isu ini.

Saya secara peribadi mempunyai dilemma setiap kali menggunakan tandas awam terutamanya ketika membuka pintu tandas. Saya tidak pasti jika anda berhadapan dengan masalah yang sama tetapi setiap kali ke tandas, saya berdoa/berharap agar tandas tersebut "bersih" untuk digunakan.

Bersih bukan bermaksud lantainya perlulah berkilat, baunya mesti semerbak haruman lavender dan sebagainya tetapi cukuplah setakat mangkuk tandasnya diflush oleh setiap orang yang menggunakannya.



Bayangkan anda membuka pintu tandas tersebut, pengguna sebelumnya lupa atau sengaja tidak mahu menekan butang flush dan meninggalkan "saki-baki" mereka. Saya sudah banyak kali melihat fenomena yang menjijikkan ini dan ianya telah berlarutan sejak sekian lama.

Ini mesej saya kepada anda, "sekiranya anda sendiri berasa jijik dengan **** anda, apatah lagi orang lain yang melihatnya". Apa perasaan anda jika pengguna yang lain melakukan perkara yang sama terhadap anda.



Kadangkala saya tertanya, bagaimanakah agaknya keadaan tandas di kediaman mereka? Adakah mereka tidak flush mangkuk tandas mereka selepas menggunakannya? Atau mungkin mereka masih lagi mengorek lubang di belakang rumah mereka dan kemudiannya mengkambuskan sisa buangan mereka dengan pasir?

Sikap sebegini tidak ubah seperti mementingkan diri sendiri kerana ianya boleh menyebabkan wabak penyakit tersebar. Malah ia memberi mesej jelas bahawa rakyat kita masih berada dalam kelompok mentaliti dunia ketiga walaupun kita terkenal sebagai sebuah negara membangun dan ingin mencapai status sebagai negara maju pada 2020.

Susu Apa Yang Boleh Di Makan?

Ini bukan teka teki. Jawapannya ialah: -


Nov 27, 2008

Senarai 25 Bandar Paling Bersih Di Dunia: Di Manakah Kita?



Jawapannya ialah TIADA DALAM SENARAI! Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Mercer Human Resources Consulting ke atas 300 buah bandar terkemuka di seluruh dunia, mereka telah berjaya mengenalpasti 25 bandar paling bersih di dunia berdasarkan beberapa kriteria pemilihan.

Apa yang mengejutkan pada pendapat saya adalah negara jiran kita, Singapura yang terkenal sebagai sebuah bandar terbersih di rantau ini tidak tersenarai langsung dalam pemilihan kali ini.

Berikut adalah senarai 25 Bandar Paling Bersih di Dunia: -



Mengikut kepada budaya hidup masyarakat bandar terutamanya di Kuala Lumpur, saya tidak merasakan bahawa kita mampu untuk tersenarai dalam ranking tersebut untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 10 tahun dari sekarang. Peranan kerajaan dan badan bertanggungjawab sahaja tidak cukup jika rakyat sendiri tidak mahu menghargai keindahan yang dikurniakan kepada kita.


Perkhidmatan Broadband No. 1 di Malaysia: Going Nut + Screaming!


(sumber: http://hanief.blogspot.com)

Di kala menulis post ini, kemarahan agak membara di hati saya. Apa tidaknya, 4 jam saya menunggu Internet untuk pulih kepada sediakala, "terima kasih" kepada TMNet Streamyx yang memberikan perkhidmatan yang "bermutu tinggi". Banyak tugasan yang terpaksa ditangguhkan kerana rangkaian internet terganggu. 

Malah, saya cuba menghubungi pihak Streamyx bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah ini. Malangnya, tiada seorang pun operator yang bertugas bagi menerima panggilan. Mesej yang saya terima adalah, terdapat gangguan yang berlaku di kawasan utara dan juga beberapa kawasan lain.

Persoalannya, bolehkah kita meminta ganti-rugi akibat gangguan sebegini kerana kita tetap perlu membayar dengan harga tetap bergantung kepada pakej masing-masing sedangkan perkhidmatan yang diberikan kurang berkualiti?

Perkara ini bukanlah fenomena yang ganjil bagi perkhidmatan Streamyx. Sebelum ini saya pernah mengalami masalah yang sama di mana ia mengambil masa beberapa hari sebelum masalah tersebut dapat diselesaikan. Sudahlah kualiti internet pun bukan di tahap terbaik, kualiti penyelenggaraan juga amat teruk. Masa beberapa hari untuk menyelesaikan satu masalah bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Utada Hikaru: Fly Me To The Moon





Poets often use many words
To say a simple thing
It takes thought and time and rhyme
To make a poem singing

With music and words I've been flying
For you I have written a song
To be sure that you'll know what I'm saying
I'll translate as i go along

Fly me to the moon,
And let me play among the stars
Won't you let me see what spring is like on Jupiter and Mars
In other words: Hold my hand!
In other words: Darling, kiss me!

Fill my heart with song,
And let me sing forever more
You are all I long for all I worship and adore
In other words: Please be true!
In other words: I love you!

In other words: Please be true!
In other words: I love you!

Com'on, just take me to the moon... yeah

Nov 26, 2008

Kami Memang Ah Long, Kami Cuma Mau "Tolong"!

Walaupun kita seringkali mendengar keganasan dan kerakusan ceti haram yang lebih dikenali sebagai Ah Long, saya percaya tidak ramai antara kita yang pernah bertemu atau bersua muka dengan mereka. Saya juga tergolong dalam kategori tersebut sehinggalah beberapa hari yang lalu.


(sumber: http://skullbase.blogspot.com)

Pada malam tersebut, saya dan rakan-rakan lepak di sebuah restauran mamak di kawasan berdekatan Hartamas. Kebetulan kami duduk berdekatan dengan meja di mana Ah Long dan peminjamnya berjumpa. Mereka bergiat aktif dalam kumpulan seramai kira-kira 5 orang manakala si peminjam pula ditemani oleh pasangannya.



Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka duduk lepak seperti orang lain tetapi secara tiba-tiba situasi menjadi tegang apabila salah seorang ahli kumpulan terbabit naik berang (sebab-sebab tidak diketahui). Pasangan wanita si peminjam cuba menenangkan keadaan dengan menarik tangan Ah Long tersebut supaya duduk dan bertenang.

Apa yang menyedihkan adalah, kesemua ahli kumpulan Ah Long tersebut adalah orang Melayu. Cara percakapan mereka sememangnya kasar dan kurang ajar sekali umpama mereka ini tidak mempunyai agama langsung. Nasib baik si peminjam agak bijak memilih kawasan tempat awam untuk bertemu kerana jika tidak, saya pasti bahawa sesuatu yang buruk pasti berlaku. 


(sumber: http://wikimedia.org)

Sukar untuk meletakkan kesalahan di bahu sesiapa kerana si peminjam meminjam wang kerana kesempitan hidup dan memerlukan wang secepat mungkin, pihak bank pula menetapkan syarat-syarat yang ketat serta mengambil masa yang lama untuk memproses permohonan sehinggakan ramai yang berfikir dua kali sebelum meminjam, Ah Long pula bijak mengambil peluang kerana masih ramai yang berani meminjam walaupun tahu risikonya disebabkan tiada jalan lain.

Sampai bilakah kegiatan ceti haram akan terus berleluasa? Dan berapa ramai lagikah yang bakal menjadi mangsa?

Nov 25, 2008

Jualan Jimat Malaysia: Tawaran Tahunan Terunggul



Saya terlihat poster ini di Bukit Bintang baru-baru ini. Dalam kegawatan ekonomi yang melanda dunia termasuk di Malaysia, adakah rakyat masih mampu untuk membelanjakan wang mereka bagi tujuan membeli-belah?

Barenaked Ladies - History of Everything




Our whole universe was in a hot dense state,
Then nearly fourteen billion years ago expansion started. Wait...
The Earth began to cool,
The autotrophs began to drool,
Neanderthals developed tools,
We built a wall (we built the pyramids),
Math, science, history, unraveling the mysteries,
That all started with the big bang!

"Since the dawn of man" is really not that long,
As every galaxy was formed in less time than it takes to sing this song.
A fraction of a second and the elements were made.
The bipeds stood up straight,
The dinosaurs all met their fate,
They tried to leap but they were late
And they all died (they froze their asses off)
The oceans and Pangaea
See ya, wouldn't wanna be ya
Set in motion by the same big bang!

It all started with the big BANG!

It's expanding ever outward but one day
It will cause the stars to go the other way,
Collapsing ever inward, we won't be here, it wont be heard
Our best and brightest figure that it'll make an even bigger bang!

Australopithecus would really have been sick of us
Debating out while here they're catching deer (we're catching viruses)
Religion or astronomy, Encarta, Deuteronomy
It all started with the big bang!

Music and mythology, Einstein and astrology
It all started with the big bang!
It all started with the big BANG!

Nov 24, 2008

GoMobile Expo 2008: GO GO GO!!

Pada asalnya, saya bercadang untuk berkunjung ke GoMobile Expo 2008 pada hari Sabtu tetapi disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan maka saya menukar plan tersebut kepada hari Ahad. Bagi anda yang terlepas atau tidak mengetahui tentang event ini, ianya bermula sejak hari Jumaat yang lalu bersamaan 21 November sehinggalah semalam, 23 November 2008.

Saya sebenarnya tidak berniat membeli apa-apa. Cuma sekadar ingin melihat handphone terbaru yang ada di pasaran kini dan seterusnya membuat mengisi ruangan blog ini. Memang ada niat untuk membeli handphone baru tetapi bajet tidak mengizinkan saya berbuat demikian terutamanya dengan krisis ekonomi dunia yang memaksa saya untuk lebih berjimat-cermat.



Saya bertolak dari rumah kira-kira jam 4 petang. Walaupun saya sudah maklum bahawa expo ini akan berakhir pada jam 7 malam tetapi saya tetap bertekad untuk ke sana. Saya merasakan bahawa ada kemungkinan yang ianya akan berakhir lebih lewat daripada yang dijadualkan. Perjalanan ke PWTC dari rumah saya menaiki kereta hanya memakan masa kira-kira 30 minit disebabkan oleh kesesakan lalu-lintas berhampiran dengan Flat Pekeliling.



Saya menjangkakan kemungkinan besar kebanyakkan booth telah ditutup/sedang berkemas untuk pulang dan jumlah pengunjung yang agak kecil terutamanya apabila melihat pintu masuk ke expo tersebut yang agak lengang.



Kedatangan para pengunjung disambut meriah oleh syarikat telekomunikasi gergasi milik Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan yang juga merupakan lelaki kedua terkaya di Malaysia.



Menjejakkan kaki ke dalam dewan pameran, saya mendapati terdapat lebih dari seratus pengunjung yang masih membanjiri expo tersebut dengan jurujual sibuk untuk melariskan produk mereka. Saya sendiri dikerumuni beberapa orang pekerja yang cuba menjual produk dan perkhidmatan telekomunikasi.



Malah, ada antara jenama yang saya sendiri tidak pernah mendengarnya sebelum ini.



Setelah bosan berlegar-legar di dalam dewan tersebut, saya akhirnya berhenti berhampiran dengan booth LG. Kebetulan mereka mengadakan pertandingan Speed Dial di mana hadiah utama adalah pakej percutian ke Korea Selatan untuk 2 orang manakala mereka yang menduduki tangga ke-2 hingga ke-10 akan menerima sebuah handphone LG.



Walaupun tampak mudah, hampir sejam mencuba saya masih gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 yang terbaik. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa bukan rezeki saya untuk memenangi pertandingan tersebut.

Kira-kira jam 7 malam, pekerja-pekerja mula sibuk berkemas untuk pulang. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menangkap beberapa lagi gambar sebelum pulang.



Saya kemudiannya keluar ke perkarangan pintu masuk dewan tersebut dan bercadang untuk pulang tetapi seolah-olah didorong oleh sesuatu, saya menuju semula ke pintu masuk expo tersebut.

Tiba-tiba, bunyi siren berkumandang dan saya ditarik oleh beberapa pekerja GoMobile. Saya yang terpinga-pinga ketika itu diumumkan sebagai pengunjung bertuah yang hadir. Mula-mula sekali saya berasa agak curiga tetapi apabila orang ramai mula bertepuk tangan, maka saya agak lebih yakin bahawa saya adalah pemenang.

Rupa-rupanya saya adalah pemenang bertuah terakhir yang diumumkan pada expo tahun ini. Saya menerima: -

Beg hamper



Majalah Mobile World (November 2008) + Goodies


dan...

HADIAH UTAMA

Motorola W209




TERIMA KASIH GoMobile 2008! Jumpa Lagi 2009!


Air Dicincang Tidak Akan Putus: Sejauh Manakah Kebenaran Pepatah Ini?

Tidak dinafikan masalah sosial dan juga kadar jenayah semakin meningkat hari demi hari. Namun begitu, cerita yang bakal anda baca ini (jika rajin) mungkin agak mengejutkan kerana ia berlaku di negara kita yang tercinta ini dan terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan majoritinya adalah penganut beragama Islam.

Negara-negara di sebelah Asia cukup terkenal dengan tradisi memukul anak-anak mereka bagi tujuan "mengajar/mengasuh" tetapi ada ibu bapa yang sanggup menjadikannya alasan bagi mendera anak-anak mereka sehingga menyebabkan mental dan fizikal anak mereka terganggu. Alasan yang biasa kita dengar adalah: -

"Kalau dari kecil tidak diajar, besar nanti jadi hantulah jawabnya"

Masalahnya, kebanyakkan jiran-jiran tidak mahu masuk campur ataupun sekurang-kurangnya melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa kerana mereka "bersetuju" dengan cara yang digunakan bagi tujuan "mendidik" anak-anak.













Jika perkara ini berlaku kepada menantu, mungkin ianya tidak mengejutkan kerana memang sudah menjadi lumrah kebanyakkan ibu mertua tidak menyukai/merestu menantu mereka yang dikahwini atas dasar cinta tetapi masalahnya dalam kisah di atas, ibu yang mengandungkan anak tersebut dan mempunyai talian darah secara langsung sanggup melakukan perkara sebegini.

Cuma satu sahaja persoalan yang bermain di fikiran saya kini iaitu,

Bolehkah anak tersebut "menderhaka" kepada ibunya jika keadaan memaksanya berbuat demikian dan apakah akibatnya kerana dalam Islam "syurga berada di bawah tapak kaki ibu"?

Nov 23, 2008

Pameran/Jualan Robot Gundam di Sungai Wang Plaza

Terlebih dahulu saya ingin membuat pengakuan jujur kepada pembaca sekalian. Saya tidak mempunyai mengetahuan sama sekali tentang Robot Gundam, Transformers dan sebagainya. Saya dibesarkan bersama-sama dengan pengaruh oleh: -

Tomato Man


Doraemon

(http://www.shopro-entertainment.com)

Dash Yonkuro



Dragon Ball Z

(sumber: http://discover-indo.tierranet.com)

Captain Tsubasa

(sumber: http://best-anime-pictures.blogspot.com)

Mungkin disebabkan hanya saya seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga menyebabkan saya kurang berminat dengan robot-robot dan seterusnya dengan action figure. Saya percaya ramai antara pembaca yang mengumpul koleksi action figure. Jadi, saya tidak akan mengulas dengan lebih lanjut mengenainya kerana anda mungkin lebih pakar berbanding saya.

Bagi anda yang tidak mengetahui apakah Gundam seperti saya, ini adalah terjemahan yang saya jumpa di Wikipedia: -

Gundam (ガンダム, Gandamu?) is a metaseries of Japanese anime, featuring giant robots, or "mecha", created by Sunrise studios. The series started in April 1979 as a TV series called Mobile Suit Gundam, and later became a franchise name with more sequels, prequels, side stories and alternative timelines, published and aired in various media including TV anime, OVA, manga, novels, and video games. Gundam became a collective term for 7 different time lines, all featuring their own story-lines, with a few common denominators and war machines called Gundam.

Tanpa membuangkan masa, berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya tangkap pada event yang berlangsung minggu lalu: -