Feb 20, 2009

Sudahkah anda menemui bakat terpendam anda?

Percaya atau tidak, setiap manusia sebenarnya dianugerahkan dengan kurniaan dan bakat masing-masing. Anda mungkin pernah mendengan ungkapan tersebut tetapi sukar untuk mempercayainya kerana tidak ramai antara kita yang sedar dengan kelebihan kita.

Ada yang pandai menyanyi, petah berkata-kata, menari, bersukan, berlakon, menulis dan macam-macam lagi. Kelebihan yang saya senaraikan sebentar tadi mungkin boleh dianggap sebagai anugerah mainstream di mana ianya diiktiraf tidak kira di mana jua anda berada.

Persoalannya, sekiranya anda tidak memiliki kelebihan yang saya sebutkan tadi, di manakah kekuatan sebenar anda? Malangnya, saya tidak boleh menjawap soalan itu untuk anda. Anda sendiri perlu mengenalpasti bakat terpendam anda.

Bagi diri saya, saya percaya bahawa saya dikurniakan anugerah instinct yang baik. Walaupun bunyinya agak corny tetapi saya percaya bahawa saya memiliki kelebihan tersebut. Pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa "Don't judge a book by its cover" tetapi biasanya gerak hati saya apabila bertemu orang baru sentiasa tepat. Biasanya dalam masa 5 - 10 minit saya boleh merasakan nature seseorang walaupun bukan secara spesifik dan lebih daripada 95% daripada jangkaan saya adalah tepat.

Contohnya, saya pernah tinggal bersama seorang rakan yang saya gelarkan A. A memiliki perwatakan yang disenangi ramai dan jarang sekali meninggalkan solat. Kiranya, A agak dipercayai ramai tetapi saya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena tetapi tidak pernah menyebut tentangnya kepada sesiapa. Pada satu hari, A mengajak rakan-rakan menyertai suatu program yang dikendalikan oleh syarikat keluarganya. Ramai yang percaya dan menyertainya berdasarkan perwatakan A di mana modalnya adalah beberapa ribu. Puas A mengajak saya tetapi ada sesuatu di hati saya mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena walaupun A nampak jujur. Beberapa bulan kemudian, A berhenti belajar dan lesap dengan duit rakan-rakan.

Selepas dari itu, saya begitu berhati-hati apabila memilih rakan terutamanya apabila melibatkan wang.

Berbalik kepada cerita bakat, setiap manusia memiliki bakat berbeza. Contohnya, kebanyakkan billionaire tidak memiliki bakat menyanyi tetapi mereka masih mampu untuk berjaya. Ini kerana mereka mengetahui bakat yang dimiliki oleh mereka dan menggunakannya dengan semaksima yang mungkin.

Sepanjang usia saya di muka bumi ini, saya sudah bertemu dengan ramai orang. Ada antara mereka yang tahu bakat mereka dan ada yang tidak. Yang menyedihkan adalah mereka yang tidak menyedari bakat mereka walaupun ianya sangat jelas. Walaupun bunyinya agak kejam tetapi saya tidak akan memberitahu apakah bakat terpendam mereka walaupun saya tahu. Bukan apa, jika mereka tidak menyedarinya sendiri, mereka tidak akan menghargai bakat tersebut dan mungkin menyalahgunakannya.

Sudahkah anda mengenalpasti bakat anda?

Feb 19, 2009

Rugi Kahwin Awal. Nak Tahu Kenapa?








Inilah yang terjadi apabila anda kahwin awal. Tengok je ke Abg Beckham kita nie? Jangan sampai skandal baru keluar sudahlah. Walaupun Milan terkenal sebagai fashion centre dan model-model menawan tetapi ianya lebih selamat buat Victoria Beckham berbanding di Los Angelas.

David Beckham Terkantoi Usha Cheerleader!

Adakah ini sebab mengapa Victoria Beckham beria-ia ingin berpindah ke Milan?



Selepas skandal panas beliau semasa di Spain, nampaknya David Beckham masih belum serik. Terkini, beliau dikatakan menjadi peminat setia basketball. Betul ke tengok basketball atau ...?

Feb 18, 2009

Hey Mamak, Tak Tau Ambil Order Ke?

Seperti biasa, pagi ini saya ke restaurant mamak bagi membeli breakfast. Hari ini menu pagi saya adalah roti canai biasa dan roti canai telur. Sambil menantikan makanan tiba, saya sempat melihat fenomena yang sentiasa berlaku di restaurant mamak.

ORDER LAIN, YANG SAMPAI LAIN!

Saya rasa anda mungkin sudah biasa dengan situasi ini jika selalu lepak di restaurant mamak. Setiap orang mempunyai tindakbalas yang berbeza, ada yang lantang menyuarakan rasa tidak puas hati, dan ada yang buat tidak kisah.

Saya termasuk dalam kategori yang kedua. Bukan kerana takut untuk menyuarakan protes sebagai pelanggan tetapi saya teringat filem "Road Trip" tahun 2000 lakonan Kyle Edwards. Dalam salah satu scene, beliau memesan makanan tetapi ianya tidak seperti yang beliau inginkan (terlalu manis), lalu meminta agar makanannya dimasak semula. Tukang masak kemudiannya membawa semula makanan tersebut ke dapur dan kemudiannya menjilatnya sehingga hilang rasa manis, dan memasukkannya ke dalam seluarnya sebelum menghidangkannya kepada Edwards.



Jika dalam filem, ianya memang kelakar tetapi realitinya perkara yang sama mungkin boleh berlaku. Sungguh menjijikkan.

Saya selalu mengingatkan rakan-rakan supaya berfikir dua kali sebelum 'naik angin'. Masalahnya bukan apa, kita tidak tahu apa yang berlaku di dapur tempat mereka menyediakan makanan. Walaupun bunyi agak skeptical tetapi saya lebih gemar mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya apabila melibatkan makanan. Jika benda lain mungkin saya tidak teragak-agak untuk complain!

Namun begitu, jika anda berada di restaurant di mana anda boleh melihat tukang masaknya menyediakan makanan anda, maka ianya tidak menjadi masalah tetapi diingatkan supaya lain kali jika anda ke restaurant yang sama, berhati-hatilah!

Feb 17, 2009

Ryan Giggs Gay?



Jawapannya tentulah tidak! Saja ingin membuat cerita tergempar. Terjumpa gambar ini di Utusan Online hari ini. Nak tergelak pun ada tengok muka Ryan Giggs sambil jarinya seolah-olah menuding ke arah ------ Nani.

Nyamuk, Penyakit & Cuaca!

Nyamuk

Kebelakangan ini, kawasan tempat tinggal saya tiba-tiba sahaja dikerumuni oleh nyamuk yang saya tidak pasti dari mana datangnya. Setiap kali menyembur racun serangga, lebih dari 20 ekor nyamuk bertaburan di lantai. Itu baru ruang tamu sahaja, kalau dicampur dengan bilik-bilik dan dapur, sekurang-kurangnya ada 50 ekor. Rumah saya sudah umpama pusat penternakan nyamuk. Masalahnya, saya sudah memeriksa di sekitar rumah saya dan tiada satu pun bekas berisi air menjadi tempat nyamuk bertelur.

Menyembur racun serangga bukanlah suatu yang sukar, tetapi apa yang saya kurang gemar adalah, lantai rumah menjadi melekit selepas itu.

Ada sesiapa mengalami masalah yang sama seperti saya?

Penyakit

Kebelakangan ini saya diserang pelbagai penyakit, beberapa minggu lalu, batuk berterusan sehingga saya terpaksa melakukan pemeriksaan X-Ray bagi memastikan saya tidak dijangkiti TB. Penyakit ini bukanlah sesuatu yang common di Malaysia tetapi kemasukkan pendatang tanpa izin telah menyebarkan penyakit ini. Nasib baik hasil pemeriksaan adalah negatif.

Petang semalam, saya diserang sakit kepala dan terpaksa tidur dari petang sehinggalah terjaga pada lewat malam. Panadol Activfast pula sudah kehabisan stok.

Cuaca

Minggu lalu, cuaca pada sebelah petang seringkali mendung dan kadangkala hujan. Minggu ini, cuaca agak panas sehinggakan bahangnya dapat dirasai pada sebelah malam. Mungkin faktor cuaca juga yang menyebabkan saya berasa pening kepala.

Esok saya akan ke Cyberjaya. Harap-haraplah cuaca di sana tidak sepanas di Kuala Lumpur walaupun harapan tidak terlalu tinggi berdasarkan pengalaman lepas.

Feb 14, 2009

Rempit, Flat dan Setinggan: Rakyat Malaysia Perlukan Penyelesaian Segera!



Rempit, rempit, rempit...

10 tahun lepas, perkataan rempit tidak wujud dalam kamus kita tetapi sejak memasuki abad ke 21, mereka muncul umpama cendawan selepas hujan. Umpama tiada tujuan hidup, mereka ini menghiasi permandangan ibu kota tiap kala malam menjelma bangga mempamirkan aksi-aksi stunt mereka di jalan raya.

Sedar atau tidak, gejala rempit ini menjadi tunjang kepada pelbagai lagi masalah social di negara kita. Bermula dari gejala lepak, kemudian kepada lumba haram, seks bebas, samun, merompak dan akhirnya kes pembunuhan. Generasi muda terutamanya bangsa Melayu paling teruk menerima kesan dari aktiviti kurang bermoral ini.

Persoalannya, dari mana puncanya?

Dari pengamatan saya, semuanya bermula dari persekitaran tempat tinggal mereka. Rata-rata yang saya lihat, Mat Rempit memiliki latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota. Kebanyakkan mereka mempunyai masalah dengan keluarga masing-masing tetapi saya di sini bukan untuk memberi penilaian kepada setiap ibu bapa tetapi peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan dalam membanteras masalah yang semakin menular ini.



Berbalik kepada persekitaran tempat tinggal, mereka ini datang dari keluarga yang tinggal di rumah flat kos rendah di mana keselesaan sememangnya tiada dalam kamus hidup mereka. Bayangkan jika satu keluarga dengan 4 orang anak tinggal di rumah flat 2 bilik. Biasanya, anak lelaki terpaksa tidur di ruang tamu kerana tidak mempunyai pilihan. Mereka merasa tidak selesa walaupun di rumah sendiri menyebabkan mereka lebih gemar meluangkan masa di luar bersama rakan-rakan.

Apa yang saya tidak fahami di sini bagaimana peranan kerajaan membenarkan pemaju membina rumah tanpa menyelidik samada penghuni akan berasa ataupun tidak. Sekarang anda faham mengapa kebanyakkan post saya sebelum ini banyak mengutuk kerajaan berbanding pembangkang walaupun saya tidak menyokong mana-mana parti politik. Masalahnya dengan ahli politik adalah mereka tidak pernah merasai kesusahan yang dialami rakyat. Bagaimana mereka boleh berbangga dengan ungkapan "pemimpin berjiwa rakyat".

Saya ingin mencadangkan supaya suatu program "Pemimpin bersama rakyat" diadakan dengan pemimpin dari BN tinggal selama 3 hari di rumah kos rendah seperti rumah flat bagi merasai sendiri kesengsaraan yang dialami oleh rakyat berpendapatan rendah. Dengan cara ini, barulah mereka dapat merancang perubahan drastik bagi menangani masalah social yang semakin menular.

Malaysia bukan Singapura yang begitu 'miskin' dengan keluasan kawasan mereka. Malah, Singapura yang sangat kecil masih mampu menampung 2 juta penduduknya berbanding Malaysia yang berkeluasan berpuluh kali ganda dengan hanya 13 kali ganda jumlah penduduk. Saya rasa kita masih mampu membina rumah yang lebih besar dan selesa.

20 tahun dahulu, rakyat mungkin lebih gemar mengikut sahaja kehendak kerajaan tetapi kini rakyat sudah boleh berfikir. Graduan universiti yang mahukan perubahan akan mula mengundi pembangkang manakala mereka yang berpendidikan lebih rendah menunjukkan rasa memberontak mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti kurang bermoral bagi menunjukkan protes.

Jika anda lihat kini, semakin banyak projek rumah flat menggantikan rumah setinggan. Saya pernah merasai tinggal di kedua-dua jenis rumah dan percaya ataupun tidak, rumah setinggan jauh lebih selesa berbanding rumah flat walaupun didirikan hanya menggunakan papan, paku dan zink.

Feb 13, 2009

American Idol Season 8: Top 36 dan Prediction!



Musim baru American Idol sudah semakin hampir ke kemuncaknya apabila memasuki pusingan Top 36 di mana undian akan bermula. Sebenarnya ini kali pertama saya mengikuti rancangan ini dari siri pertama sehinggalah 36 finalist dipilih.

Seperti musim-musim yang lalu, peserta-peserta lelaki nampaknya lebih menonjol berbanding wanita walaupun ada beberapa yang mampu memecah dominasi lelaki dalam pertandingan ini.

Peserta kegemaran saya adalah: -





Anoop Desai aka 'Noop Dog' dari Kansas City - memiliki suara dianggap soulfulness oleh Paula dan Kara sentiasa mengejutkan judges dengan persembahan yang bertenaga.





Arianna Afsar - saya agak menyukai wataknya yang periang dan suara yang agak istimewa ketika menyanyikan lagu "Put Your Records On" dalam episode 1 season 8. Namun begitu, tiada lagi coverage mengenai Arianna sehinggalah terpilih sebagai Top 36.

Jasmine Murray dari Starkville juga mempunyai potensi untuk pergi jauh kerana memiliki suara yang agak unik (natural talent) dan mempunyai personaliti yang agak baik untuk seorang peserta kulit hitam - kita semua tahu bagaimana perangai peserta wanita kulit hitam yang kebanyakkan gemar berperangai 'drama queen', Jasmine terkecuali dari kategori tersebut. Michael Sarver - seorang yang sentiasa merendah diri walaupun berbakat besar. Yang terakhir, Kendall Beard - HOT HOT HOT!

Namun begitu, pada pendapat saya peserta yang benar-benar mempunyai potensi untuk menang adalah: -
  • Anoop Desai (setakat ini belum melakukan kesilapan tetapi kemampuan menyanyikan lagu genre rock masih belum diketahui)
  • Adam Lambert (persembahan sungguh menakjubkan - rumor mengatakan beliau adalah Gay!)
  • Danny Gokey (setakat ini belum melakukan kesilapan - ada sedikit angkuh, terlalu emosi mungkin akan membawa padah)
  • Jasmine Murray (usia yang terlalu muda mungkin membataskan kemampuannya - pemilihan lagu yang tidak sesuai)
  • Matt Giraud (setakat ini belum melakukan kesilapan tetapi memiliki attitude yang kurang saya gemari)
  • Stephen Fowler (suara hebat tetapi chocked apabila sampai ke yang tinggi - lupa lyric)
  • Lil Rounds (saya kurang gemar dengan perangainya. Alert: Drama Queen!)
'Dark Horse' - peserta yang mempunyai potensi membuat kejutan: -
  • Kai Kalama (tidak tahan tekanan - suara hilang ketika di Hollywood)
  • Arianna Afsar (tidak pasti kepelbagaian suara)
  • Alex Wagner-Trugman (tiada kepelbagaian suara)
  • Jorge Nunez-Mendez (masalah dengan pronunciation lagu English)
  • Michael Sarver (tidak pasti kepelbagaian suara tetapi ada personaliti yang baik)
  • Scott Macintyre (suara tidak begitu hebat tetapi mungkin akan dapat undi kasihan dari orang ramai)
  • Jackie Tohn (suara unik tetapi tidak pasti samada mampu membawa lagu selain dari genre rock)
Terkini, Joanna Pacitti dari Philadelphia yang dipilih dalam senarai 36 telah disingkirkan atas sebab yang tidak diketahui. Banyak spekulasi mengapa beliau disingkirkan di mana tempatnya kini digantikan dengan Felicia Barton dari Virginia Beach. Berita ini agak mengecewakan kerana pada saya Joanna mempunyai potensi sebagai 'dark horse' dalam pertandingan kali ini.

Berhati-Hati Memilih Filem Hollywood!





Saya rasa mungkin ramai antara anda yang telah mengetahuinya tetapi saya tetap ingin berkongsi dengan mereka yang masih belum pernah membacanya. Di atas adalah komen dari artis terkenal Hollywood mengenai isu Israel dan Palestine.

Jadi, selepas ini jika anda ingin menonton mana-mana filem yang dibintangi oleh artis-artis berikut, fikir dahulu sebelum membeli tiket wayang. Wang tiket anda mungkin digunakan oleh artis-artis tertentu bagi disalurkan kepada Israel.

Happy Valentines Day



Saya ingin mengucapkan Happy Valentines Day kepada mereka yang menyambutnya. Kepada sesiapa yang ingin berkongsi coklat (mungkin terlalu banyak peminat), saya amat mengalu-alukannya.