Percaya atau tidak, setiap manusia sebenarnya dianugerahkan dengan kurniaan dan bakat masing-masing. Anda mungkin pernah mendengan ungkapan tersebut tetapi sukar untuk mempercayainya kerana tidak ramai antara kita yang sedar dengan kelebihan kita.
Ada yang pandai menyanyi, petah berkata-kata, menari, bersukan, berlakon, menulis dan macam-macam lagi. Kelebihan yang saya senaraikan sebentar tadi mungkin boleh dianggap sebagai anugerah mainstream di mana ianya diiktiraf tidak kira di mana jua anda berada.
Persoalannya, sekiranya anda tidak memiliki kelebihan yang saya sebutkan tadi, di manakah kekuatan sebenar anda? Malangnya, saya tidak boleh menjawap soalan itu untuk anda. Anda sendiri perlu mengenalpasti bakat terpendam anda.
Bagi diri saya, saya percaya bahawa saya dikurniakan anugerah instinct yang baik. Walaupun bunyinya agak corny tetapi saya percaya bahawa saya memiliki kelebihan tersebut. Pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa "Don't judge a book by its cover" tetapi biasanya gerak hati saya apabila bertemu orang baru sentiasa tepat. Biasanya dalam masa 5 - 10 minit saya boleh merasakan nature seseorang walaupun bukan secara spesifik dan lebih daripada 95% daripada jangkaan saya adalah tepat.
Contohnya, saya pernah tinggal bersama seorang rakan yang saya gelarkan A. A memiliki perwatakan yang disenangi ramai dan jarang sekali meninggalkan solat. Kiranya, A agak dipercayai ramai tetapi saya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena tetapi tidak pernah menyebut tentangnya kepada sesiapa. Pada satu hari, A mengajak rakan-rakan menyertai suatu program yang dikendalikan oleh syarikat keluarganya. Ramai yang percaya dan menyertainya berdasarkan perwatakan A di mana modalnya adalah beberapa ribu. Puas A mengajak saya tetapi ada sesuatu di hati saya mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena walaupun A nampak jujur. Beberapa bulan kemudian, A berhenti belajar dan lesap dengan duit rakan-rakan.
Selepas dari itu, saya begitu berhati-hati apabila memilih rakan terutamanya apabila melibatkan wang.
Berbalik kepada cerita bakat, setiap manusia memiliki bakat berbeza. Contohnya, kebanyakkan billionaire tidak memiliki bakat menyanyi tetapi mereka masih mampu untuk berjaya. Ini kerana mereka mengetahui bakat yang dimiliki oleh mereka dan menggunakannya dengan semaksima yang mungkin.
Sepanjang usia saya di muka bumi ini, saya sudah bertemu dengan ramai orang. Ada antara mereka yang tahu bakat mereka dan ada yang tidak. Yang menyedihkan adalah mereka yang tidak menyedari bakat mereka walaupun ianya sangat jelas. Walaupun bunyinya agak kejam tetapi saya tidak akan memberitahu apakah bakat terpendam mereka walaupun saya tahu. Bukan apa, jika mereka tidak menyedarinya sendiri, mereka tidak akan menghargai bakat tersebut dan mungkin menyalahgunakannya.
Sudahkah anda mengenalpasti bakat anda?
7 comments:
manusia kat dunia ni ada macam2 brader..aku rasa aku ada talent cam ko gak..tp aku tak 100% tepat macam ko jugak...aku suka peratikan orang...so maybe aku develop skill aku dr sana kot?
bakat saya mungkin agak biasa utk orang lain tapi amat baik utk saya dan pelajar~
iaitu bakat utk mengenal pasti kesalahan ejaan bhs english dgn membaca sekali aje artikle/ karangan... tp kadang kala agak X tepat :P
wah!kita sama la..aku pun mcm kau jugak..hhehe..tapi kadang2,sakit jugak bila ada perassaan mcm tu,
lebih2 lagi bila apa yg kita rasa,benar,,
betul...apabila melibatkan wang, dengan sesiapa pun kita kene pikir banyak kali..kadangkala ada juga rakan yang suka meminam duit, kalau setakat seringit dua tu masih ok la...bukan nak kata saya kedekut..tapi melibatkan ratus2 dan nak pulangkan duit tu bukan main lama..dah bertukar semester baru nak bayar...adoi!!!...dan saya lihat rakan tu taklah 'miskin' sangat sampai tak makan...tapi meminjam duit lebih untuk keselesaan dirinya sendiri, bengang jugak nampak rakan tu bertukar handphone canggih padahal saya masih pakai yang dah dijual kat kedai pun...
Pengaarannya, tak payang bagi pinjam duit kat sapa2..baik simpan e kat tabung haji..ade baiknya..boleh pegi haji cepat...
belum la. hehe :)
Ramai orang confident mereka ada 'instinct' bila bertemu member baru, seriously ramai...Dan ramai juga yang rasakan instinct mereka tepat base on experience. Macam kau. Tapi percayalah ini semua karut, lagi lama hidup, lagi banyak berjalan, lagi ramai kenal manusia, then kita akan makin pandai nilai manusia lain.
1. Sebenarnya kita hanya ingat instinct yang betul sahaja, yang salah kita selalu lupakan.
2.'Instinct' kita terhadap seseorang berubah sedikit demi sedikit, so eventually kita lupa instinct pertama kita terhadap dia dan assume telahan kita tepat dan kita ada 'super power' base on instinct baru yang develop from time to time.
Pasal kebolehan pula, aku pandai makan, dan pandai kritik orang lain. Macam komen ini... Hahahahhaa...
hahaha..ape lah talent Mr.Right nih..
as for me..tah la..mcm xde pon..
huh..sedih betul..
ok slumber nnt kalo2 kite jumpe i nak u character i pulak ok!
pasal mmb ngan duit pulak aku mmg bengang masa skola mnengah ada main kutu ngan member2,rm5 je pon..
2member ni mmg ISETAN lah!
dorg paling awal bila diundi,bila dah turn dorg,duit pon dah dpt then kutu tu dah cam xmain pas tu!
pastu wat bangang die je!
skt aty smpi skang!
Post a Comment