Rempit, rempit, rempit...
10 tahun lepas, perkataan rempit tidak wujud dalam kamus kita tetapi sejak memasuki abad ke 21, mereka muncul umpama cendawan selepas hujan. Umpama tiada tujuan hidup, mereka ini menghiasi permandangan ibu kota tiap kala malam menjelma bangga mempamirkan aksi-aksi stunt mereka di jalan raya.
Sedar atau tidak, gejala rempit ini menjadi tunjang kepada pelbagai lagi masalah social di negara kita. Bermula dari gejala lepak, kemudian kepada lumba haram, seks bebas, samun, merompak dan akhirnya kes pembunuhan. Generasi muda terutamanya bangsa Melayu paling teruk menerima kesan dari aktiviti kurang bermoral ini.
Persoalannya, dari mana puncanya?
Dari pengamatan saya, semuanya bermula dari persekitaran tempat tinggal mereka. Rata-rata yang saya lihat, Mat Rempit memiliki latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota. Kebanyakkan mereka mempunyai masalah dengan keluarga masing-masing tetapi saya di sini bukan untuk memberi penilaian kepada setiap ibu bapa tetapi peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan dalam membanteras masalah yang semakin menular ini.
Berbalik kepada persekitaran tempat tinggal, mereka ini datang dari keluarga yang tinggal di rumah flat kos rendah di mana keselesaan sememangnya tiada dalam kamus hidup mereka. Bayangkan jika satu keluarga dengan 4 orang anak tinggal di rumah flat 2 bilik. Biasanya, anak lelaki terpaksa tidur di ruang tamu kerana tidak mempunyai pilihan. Mereka merasa tidak selesa walaupun di rumah sendiri menyebabkan mereka lebih gemar meluangkan masa di luar bersama rakan-rakan.
Apa yang saya tidak fahami di sini bagaimana peranan kerajaan membenarkan pemaju membina rumah tanpa menyelidik samada penghuni akan berasa ataupun tidak. Sekarang anda faham mengapa kebanyakkan post saya sebelum ini banyak mengutuk kerajaan berbanding pembangkang walaupun saya tidak menyokong mana-mana parti politik. Masalahnya dengan ahli politik adalah mereka tidak pernah merasai kesusahan yang dialami rakyat. Bagaimana mereka boleh berbangga dengan ungkapan "pemimpin berjiwa rakyat".
Saya ingin mencadangkan supaya suatu program "Pemimpin bersama rakyat" diadakan dengan pemimpin dari BN tinggal selama 3 hari di rumah kos rendah seperti rumah flat bagi merasai sendiri kesengsaraan yang dialami oleh rakyat berpendapatan rendah. Dengan cara ini, barulah mereka dapat merancang perubahan drastik bagi menangani masalah social yang semakin menular.
Malaysia bukan Singapura yang begitu 'miskin' dengan keluasan kawasan mereka. Malah, Singapura yang sangat kecil masih mampu menampung 2 juta penduduknya berbanding Malaysia yang berkeluasan berpuluh kali ganda dengan hanya 13 kali ganda jumlah penduduk. Saya rasa kita masih mampu membina rumah yang lebih besar dan selesa.
20 tahun dahulu, rakyat mungkin lebih gemar mengikut sahaja kehendak kerajaan tetapi kini rakyat sudah boleh berfikir. Graduan universiti yang mahukan perubahan akan mula mengundi pembangkang manakala mereka yang berpendidikan lebih rendah menunjukkan rasa memberontak mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti kurang bermoral bagi menunjukkan protes.
Jika anda lihat kini, semakin banyak projek rumah flat menggantikan rumah setinggan. Saya pernah merasai tinggal di kedua-dua jenis rumah dan percaya ataupun tidak, rumah setinggan jauh lebih selesa berbanding rumah flat walaupun didirikan hanya menggunakan papan, paku dan zink.
11 comments:
slalunya yg tak buat kerja ialah org yang tak minat akan perkerjaan tersebut..
org mcm ni sllnya nk berkerja kalau dpt "faedah" yg bsifat personal..
aku berpendapat mereka mmg saja nk jatuhkan yg miskin..
supaya ble yg miskin asyik nk wat problem je.
dgn ni dh pasti "pesakit sosial" ni tak gunakan otak utk khidupan melainkan utk kerosakan..
akhirnya, yg miskin terus rugi dan yang senang terus kaya..
jdi seperti sistem kasta di india...tammat
ahmad: pjg lak komen aku..
ahmad: sistem yang memisahkan antara kaya dan miskin dipanggil feudalism. negara yang mengamalkan sistem ini tidak mempunyai middle class. harap2 ianya tidak berlaku di malaysia kerana ia tidak ubah seperti sistem tuan/hamba.
tapi malaysia seolah-oplah bergerak ke arah fuedalism....
saya setuju dengan perbandingan rumah setinggan dan flat. seperti juga saya lebih rela membawa motor selama sejam untuk ke tempat kerja kerana menyewa rumah kampung di kawasan yg jauh drp bandar; berbanding dengan tinggal di rumah flat.
Artikel yang menarik...
Bagi saya, masalah rempit dan gejala penagihan dadah
sekalipun adalah berpunca dari gagalnya sesebuah
institusi keluarga dalam mendidik para ahlinya...
Manakala persekitaran tempat tinggal pula adalah faktor
kedua kerana rumah yang sempit dan keadaan keluarga yang
huru hara akan menggalakkan anak-anak keluar
pada waktu yang tidak sepatutnya bagi menenangkan hati
mereka...
p/s: Template kita hampir serupa...!!!
Rempit tetap akan rempit sampai bila2..
dan pasal mat rempit jugalah kereta kawan saya kemek kat depan,,buat dia takde mood nk cuci kereta
nice observation you got there =)
Tidak semua mat2 dan minah2 rempit ni berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah, rumah yang sempit dan keluarga bermasalah. Ada juga dari keluarga yang terpelajar, rumah yang se-selesa syurga dunia... tapi terjebak dengan gejala rempit.
generasi muda melayu yang banyak terlibat dengan rempit ini adalah... sebenarnya golongan terpelajar. mereka bersekolah. mereka mempunyai otak yang bagus untuk belajar. apa anda ingat senang nak 'tune' motor untuk racing? silap2 motor ex5 diorang tu dah ada VTEC dari awal2 lagi. (manual VTEC, nak racing tukar profile lain, nak balik kampung tukar profile lain bagi save minyak... hehe)
bagi pendapat saya, banyak perkara yang terlibat dengan permasalah rempit ini, mulai dari institusi keluarga, keadaan persekitaran tempat tinggal (seperti isu yg saudara bangkitkan), tahap pendidikan, kesedaran sosial, tanggungjawab sosial, dan semestinya peranan kerajaan. (ada lagi rasanya... cuma tak cukup perkataan nak digambarkan).
alhamdulillah saya tidak terjebak dengan rempit suatu ketika dahulu walaupun amat suka bawak motor laju2. hehe.
aku rase rempit ni adalah kombinasi kesalahan2 ramai pihak:
1-Ibu bapa yang tidak menajaga anak
2-Guru
3-Ahli Politik yang sibuk "hal" lain
4-Masyarakat yang hanya tahu kutuk rempit, tp x pernah buat apa2 untuk bantu mereka.
5-Cara pemikiran kita
Apa kata kalau kembalikan budaya lepak?
Post a Comment