Feb 17, 2009

Nyamuk, Penyakit & Cuaca!

Nyamuk

Kebelakangan ini, kawasan tempat tinggal saya tiba-tiba sahaja dikerumuni oleh nyamuk yang saya tidak pasti dari mana datangnya. Setiap kali menyembur racun serangga, lebih dari 20 ekor nyamuk bertaburan di lantai. Itu baru ruang tamu sahaja, kalau dicampur dengan bilik-bilik dan dapur, sekurang-kurangnya ada 50 ekor. Rumah saya sudah umpama pusat penternakan nyamuk. Masalahnya, saya sudah memeriksa di sekitar rumah saya dan tiada satu pun bekas berisi air menjadi tempat nyamuk bertelur.

Menyembur racun serangga bukanlah suatu yang sukar, tetapi apa yang saya kurang gemar adalah, lantai rumah menjadi melekit selepas itu.

Ada sesiapa mengalami masalah yang sama seperti saya?

Penyakit

Kebelakangan ini saya diserang pelbagai penyakit, beberapa minggu lalu, batuk berterusan sehingga saya terpaksa melakukan pemeriksaan X-Ray bagi memastikan saya tidak dijangkiti TB. Penyakit ini bukanlah sesuatu yang common di Malaysia tetapi kemasukkan pendatang tanpa izin telah menyebarkan penyakit ini. Nasib baik hasil pemeriksaan adalah negatif.

Petang semalam, saya diserang sakit kepala dan terpaksa tidur dari petang sehinggalah terjaga pada lewat malam. Panadol Activfast pula sudah kehabisan stok.

Cuaca

Minggu lalu, cuaca pada sebelah petang seringkali mendung dan kadangkala hujan. Minggu ini, cuaca agak panas sehinggakan bahangnya dapat dirasai pada sebelah malam. Mungkin faktor cuaca juga yang menyebabkan saya berasa pening kepala.

Esok saya akan ke Cyberjaya. Harap-haraplah cuaca di sana tidak sepanas di Kuala Lumpur walaupun harapan tidak terlalu tinggi berdasarkan pengalaman lepas.

5 comments:

Sis Lin said...

Di JB pun sama jgk,cuaca x menentu,bila hujan turun kemudian panas,masa tu la nyamuk2 tu mmbiak,byk jgk kes denggi kt sini,tp mntk d jauhkan ye,harap kita semua dpt mnjaga kesihatan dn kebersihan keliling rumah kita...

alien said...

cyberjaya panas jugak..

Afrezal Karim said...

cuaca skang tak menentu.. even hari ni di area seri kembangan hujan lebat.. not sure samada di cyberjaya hujan atau tidak.. salam ziarah

Anonymous said...

Kawasan perumahan saya juga dilandai masalah yang sama. Rumah saya umpama sarang nyamuk terutama pada waktu malam. Yang paling membimbangkan saya ialah infeksi penyakit denggi.

Anonymous said...

kadang2 sebab persekitaran. cuba check rumah sekeliling. hehe :)